Bismillahirrahmanirrahim,
Ketuk-Ketuk Hati: "Mudah ke aku hidup berkeluarga suatu hari nanti?"
Pabila berkunjung rumah sanak saudara baru-baru ini, kelihatan sepupu-sepupuku yang dahulunya teman saya bermain 'pondok-pondok','masak-masak','kahwin-kahwin' dan macam-macam lagi di kampung, kini sudahpun berkeluarga yang sibuk melayan karenah tetamu sambil bertatih-tatihkan anak-anak mereka yang manja.
Kepala kian bersarang memikirkan semula, bagaimanalah kita mahu memikul tanggungjawab sebagai,suami dan isteri,ibu dan ayah suatu hari nanti.
Sudah hampir 20 episod drama Nur Kasih saya sempat membelek-belek hinggakan terlupa tentang raya. Maklumlah taksub dengan mesej penyampaian dalam drama ni.Banyak intipati yang saya perolehi.Entahlah tetiba mendalami drama ni.
Kalau zaman kecik-kecik dahulu, ada sahaja kita memikirkan rupa 'bakal suami' sekadar 'suka-suka' sahaja .Tetapi kini, mungkin sudahpun kita kena serius mengenainya. Mungkin juga kebanyakan antara kita banyak memikirkan perkara SEBELUM perkahwinan itu. Tetapi terfikirkah kita pengorbanan dan perjuangan SEMASA dan SELEPAS pernikahan itu?
Issh...issh....memang perkahwinan itu selangkah persediaan ke arah 'kesusahan'.Sudah bersediakah dan sanggupkah kita menghadapinya? Nak ambil hati bakal suami lagi.Nak ambil hati bakal mak ayah mertua lagi tu.Nak beli rumah lagi tu. Nak seimbangkan komitmen antara pelajaran dan keluarga pulak tu. Macam-macam lagi lah. Issh..Issh...
Fikirlah tentang tanggungjawab dan kebersanggupan kita dalam mencari erti perjuangan hidup menerusi perkahwinan....
"Aku Belum Bersedia,Tetapi Aku Harus Berusaha Ke Arah Persediaan"
“Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dgn mas kahwinnya RM..”
Itu yg tersurat.....
Tersirat? ini dia:
Tersirat? ini dia:
“Aku tanggung dosa2 si
dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu
bapanya, & aku tanggung dosa bakal anak2 aku. Kalau gagal, maka aku fasik,
dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah
badan aku”
from: Br.Syahmi&Afiq
Salam Aidilfitri daripada KETUK-KETUK HATI
Bersama kita menyucikan fitrah insani
Mohon Maafkan Diri Ini
0 Perkongsian:
Post a Comment