Post Terbaharu :

Sunday, October 30, 2011

Insaf di Theme Park,Berjaya Times Square



Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, masih rajin jari-jemari ini untuk post entri yang terbaru.

Sehari selepas tamatnya IPTIM, pada awal perancangan saya ingin ke Pudu Sentral (nama baru bagi Stesen Puduraya) bagi membeli tiket bas ke Parit Buntar untuk melawat keluarga angkat di sana.
Seorang sahabat mengajak saya ke Times Square almaklum dia dapat boucer diskaun 15% ke Theme Park,Berjaya Times Square.

Dengan hanya menaiki monorail dari stesen KL Sentral, kami terlajak ke stesen Bukit Bintang, padahal TS terletak di stesen Imbi. Kami pun berjalan kaki ke sana. Sepanjang perjalanan, kami disogokkan pelbagai barangan dari salesman dan saleswoman yang 'kononnya' minta sokongan sedangkan hakikinya mengambil kesempatan. Bermacam helah dan alasan kami berikan memandangkan kami tiada hati nak beli barangan mereka. Mana tidaknya, wajarkah keychain sebesar biskut harganya sampai RM60.00?
Wajarkah seller nak melariskan produk mereka dengan cara menyogok/memaksa orang awam!?
Setibanya kami di Theme Park tersebut,
 kami menaiki "Cosmo" iaitu sejenis gondola yang berputar 360 degree!
Pada mulanya kami duduk di kerusi gondola itu dengan tenangnya. Tiba-tiba enjin dihidupkan dan gondola itu diterbalikkan dengan laju dan xsemerta-mertanya beberapa kali. Kami terkejut dan hanya nama "Allah" terpacul dari mulut ini sambil berkata "Nak Balik...Nak Balik..." dimeriahkan lagi dengan pekikan orang bersebelahan saya. Kawan saya asyik menyebut "Ya Allah, nyawa ini hendak tercabut". 

Sepanjang gondola itu diterbalikkan ke hadapan,ke atas, ke belakang dan ke bawah, saya hanya memikirkan seolah-olah seperti terlibat dalam kemalangan jalan raya. Air mata berjujuran membasahi pipi ini. Seakan-akan malaikat maut datang menjemput untuk menarik nyawa saya. MasyaAllah....

Sehabis sahaja permainan tersebut ditamatkan, saya terus menangis dan dengan cepatnya terus ke tandas kerana kepala pening dan loya. Melihat kawan yang menangis, tersentap hati saya ini. Detik hati saya ingin menaiki lagi permainan yang lain memandangkan saya sudahpun membayar tiket. Saya ke permainan seterusnya iaitu "Spinning" bersendirian. Sayang seribu kali sayang, situasinya lebih kurang sama dengan permainan "Cosmo" itu. Saya bergegas ke tandas kerana loya.

Petang itu juga,kami segera pulang ke UIA. Peritnya pengalaman kami di Theme Park tersebut.

Ketuk-ketuk Hati: Hidup Ini Adalah Pinjaman,Bila-Bila Masa Sahaja 'Tuannya' Boleh Mengambil Semula PinjamanNyA. Kita Milik Allah.





Unit Fotografi IPTIM

Bismillahirrahmanirrahim,
alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk terus bernafas pada hari ini. Seperti yang sedia maklum Pesta Sukan IPTIM 2011 telah melabuhkan tirainya pada 28 oktober yang lalu. Banyak pengalaman yang bermakna sepanjang program tersebut berlangsung almaklumlah kami didedahkan dengan cara pengurusan dan  realiti sukan yang bertaraf tinggi.

Saya? Alhamdulillah seperti yang dinyatakan dalam entri sebelum ini memang saya berhajat untuk menjadi jurugambar dalam IPTIM ni. Ternyata hajat saya kesampaian dan saya terpilih dalam UNIT FOTOGRAFI. Yang menyedihkannya, saya turut terpilih untuk menjadi barisan koordinator unit (ketua). Bukannya apa, saya agak takut nak pegang tanggungjawab yang berat. Mana kan tidaknya, apa saya nak jawab kat akhirat kelak kalau terlepas tanggungjawab itu?


Kalau dipandang secara kasar, memanglah unit kami ini seolah-olah tak banyak kerja. Asyik shoot gambar sahaja. Hakikatnya, unit kami juga sibuk seperti unit-unit yang lain jua. Kami kena susun jadual bertugas mengikut acara sukan, menguruskan sesi fotografi bersama unit sukarelawan dan kontijen, print gambar setiap malam untuk ditayangkan di booth, update gambar dengan unit publisiti setiap hari dan juga mengedarkan CD foto kepada kontijen luar. Paling penting, biarlah kita bekerja untuk mendapatkan redha Allah bukannya redha manusia semata-mata. ~Selamat Bercuti~


Terima kasih buat 
Br.Yin boss yang komited, Br.Faris yang pro, Br.Luqman yang sporting, Br.Akram yang manis, 
Sis.Asilah yang rajin, Sis.Ajue yang comel dan Sis.Fatimah yang aktif,
atas segala komitmen padu yang dihulurkan dan 
perkongsian ilmu DSLR yang dikongsikan bersama.


#Sekiranya anda ingin melihat foto-foto IPTIM oleh unit fotografi IPTIM,
 sila ke link ini (Pesta Sukan IPTIM 2011)



 #Kandid Unit Fotografi






#Sekitar Stadium Saidina Hamzah,UIA Gombak












Monday, October 17, 2011

Usrah Outing di Gunung Lambak Kluang,Johor

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah sabtu lepas, saya berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga di Gunung Lambak,Kluang Johor.
Perlu ke kita melancong? Perlu, jika kita sudah berkeluarga satu hari nanti, ajarlah anak-anak menghayati seni ciptaan Ilahi. SubhanaAllah, saya sempat merakamkan foto di sana. Hayatilah...


"Andai mendongak Langit, adakah itu tandanya sombong dan lupa diri?
Tiadakah di sana kasih Ilahi yang dicari?"



 Langit Membiru

Sang Monyet yang lapar

Air terjun Gunung Lambak


Signage Salam di rumah


Jambatan Gantung yang menyeramkan

BERDOSA pakai stoking koyak bagi Muslimah !

Bismillahirrahmanirrahim,
alhamdulillah, saya masih dikurniakan kudrat untuk menulis entri kali ini. Jari-jemari ini ringan sahaja untuk menaip tiap-tiap perkataan . (Tapi kan, rajin tak jari-jemari ini membilang seutas tasbih untuk berzikir pada Allah? erkk....).

Risau saya dibuatnya tentang tajuk post ini: "BERDOSA pakai stoking koyak bagi Muslimah !".
Saya tidak berniat mahupun menjatuhkan hukum malah tidak sesekali mahu 'mencipta' fatwa. 

Sedikit perkongsian:
Semasa semester 1 yang lalu, saya ke bilik seorang sahabat ni selepas pulang dari kelas. Pada hari tersebut cuacanya agak panas. Saya memakai stoking gelap berwarna hitam kepunyaan ayah. Memandangkan stoking itu sudah agak lama dibeli, terdapat kesan koyak kecil dibahagian tapaknya, almaklumlah permukaan tapak stoking kan mudah haus dek selalu bergeser dengan kasut.

Salah seorang sahabat menegur saya,
"Eh stoking Lily koyak ke?"

"A'ah, tapi inshaAllah xnampak kulit kaki sebab terlindung dengan kasut,lagipun stoking ini bukan digunakan samasa solat" 
balas saya.

Tiba-tiba seorang lagi menambah malah memberi sedikit 'tazkirah', mungkin saya patut menggelarkannya 'ustazah'.

"Lily tau tak,stoking yang koyak tu bla..bla..
 setiap aurat kita tu bla..bla..bla.. kalau terdedah sedikit dosanya bla..bla..bla....", 
tegas 'ustazah' itu. 

Saya xberapa ingat ayat yang disampaikannya.
                                

Merah malu muka saya ditegurnya di hadapan  kawan-kawannya yang lain. Seakan-akan HINA NYA STOKING KOYAK kepunyaan ayah saya itu. Seakan-akan BERDOSA memakai stoking koyak bagi seorang muslimah itu! Setiap kali saya memakai stoking, saya sentiasa berharap agar terhijabnya aurat kaki dan terlindung dari segala keburukan. Walaupun ada kesan koyak yang kecil ditapak, tapi sekurang-kurangnya ianya masih dapat menutup kaki saya apabila memakai kasut. Stoking tu saya gunakan untuk ke kelas sahaja. Barangkali, dia mahu saya memakai hijab yang SEMPURNA untuk menutup aurat.

Apa yang paling membingungkan di sini, kalau diperhatikan oleh SILAP MATA (mata yang memerhati secara kasar), 'ustazah' tu X memakai stoking pun semasa di luar. (mungkin dia terlupa kot nak pakai stoking, Husnu Zon...) atau mungkin saya terlepas pandang.Mungkin juga dia dah pakai stoking kini. Siapa tahu kan? Hidayah itu milik Allah.

Walau apa pun, segala kebaikan yang disampaikannya saya ambil dan tentunya ada hikmah disebaliknya.




IPTIM Mai !

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah baru sahaja sebentar tadi saya menyediakan segala keperluan dan kelengkapan untuk program bakal menjelma iaitu IPTIM !!! Syukur sangat pada Allah yang masih beri saya kekuatan dan semangat buat diri ini walau pada mulanya saya agak berat untuk turut serta program tersebut. 


Begini lah keadaan bilik semasa mahu berkemas barang-barang.

Alhamdulillah, selesai sudah mengemas barang.

Apa itu IPTIM? IPTIM ini singkatan bagi Pesta Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia 2011. Alhamdulillah,kali ini UIA Petaling Jaya menjadi tuan rumah di mana ia menghimpunkan seluruh IPT berlabel islam untuk terlibat dalam pelbagai sukan. Program ini akan berlangsung dari 18-21 oktober (kursus induksi) manakala acara sukan berlangsung pada 22-28 oktober 2011.













#Gambar semasa SMAC 2011 - IHSAN FOTO INSANIAH CORNER 

UIA PJ pun telah menaiktaraf beberapa kawasan seperti padang,gelanggang dan selainnya
. Sebelum ini,saya requested pada pihak penganjur untuk menjdai jurugambar (official photographer), harap-harap tercapai lah hasrat saya tu. Apa-apa pun NIAT perlu sentiasa diperbetulkan dan IKHLAS mengerjakannya.

#Gambar semasa SMAC 2011 - IHSAN FOTO INSANIAH CORNER  


Mudah-mudahan segala perancangan dan perlaksanaan diredhai dan dipermudahkan Allah. 






Saturday, October 15, 2011

Apa Perlu Buat Kalau Kita Tension?

Bismillahirrahmanirrahim,


“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.” 
 al Baqarah : 152 – 153



"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan kententuan bagi tiap-tiap sesuatu" 
At-Thalaq:2-3 

Ketuk-Ketuk Hati :


PERKONGSIAN: TENSION? Ada antara kita bila tension shj mencari laptop utk MElayari internet,MEnonton movie,MEnyanyi, MAin game, MErungut, MErengek dan sebagainya....
(mmg setiap org lain2 caranya kan?)

Mengapa tidak kita MEncari Allah utk MEngadu?
~Buat diriku yang kerap tension~ ^_^

Wednesday, October 12, 2011

Sebuah Pertemuan

Bismillahirrahmanirrahim,


Allah sengaja menemukan kita... :
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH...
~LB~

Tuesday, October 11, 2011

Lonely


Feel Lonely? Maybe that is happens to me right now, but i know that Allah always be with me. 
So why should I still feel alone? Be strong..