Post Terbaharu :

Monday, October 17, 2011

BERDOSA pakai stoking koyak bagi Muslimah !

Bismillahirrahmanirrahim,
alhamdulillah, saya masih dikurniakan kudrat untuk menulis entri kali ini. Jari-jemari ini ringan sahaja untuk menaip tiap-tiap perkataan . (Tapi kan, rajin tak jari-jemari ini membilang seutas tasbih untuk berzikir pada Allah? erkk....).

Risau saya dibuatnya tentang tajuk post ini: "BERDOSA pakai stoking koyak bagi Muslimah !".
Saya tidak berniat mahupun menjatuhkan hukum malah tidak sesekali mahu 'mencipta' fatwa. 

Sedikit perkongsian:
Semasa semester 1 yang lalu, saya ke bilik seorang sahabat ni selepas pulang dari kelas. Pada hari tersebut cuacanya agak panas. Saya memakai stoking gelap berwarna hitam kepunyaan ayah. Memandangkan stoking itu sudah agak lama dibeli, terdapat kesan koyak kecil dibahagian tapaknya, almaklumlah permukaan tapak stoking kan mudah haus dek selalu bergeser dengan kasut.

Salah seorang sahabat menegur saya,
"Eh stoking Lily koyak ke?"

"A'ah, tapi inshaAllah xnampak kulit kaki sebab terlindung dengan kasut,lagipun stoking ini bukan digunakan samasa solat" 
balas saya.

Tiba-tiba seorang lagi menambah malah memberi sedikit 'tazkirah', mungkin saya patut menggelarkannya 'ustazah'.

"Lily tau tak,stoking yang koyak tu bla..bla..
 setiap aurat kita tu bla..bla..bla.. kalau terdedah sedikit dosanya bla..bla..bla....", 
tegas 'ustazah' itu. 

Saya xberapa ingat ayat yang disampaikannya.
                                

Merah malu muka saya ditegurnya di hadapan  kawan-kawannya yang lain. Seakan-akan HINA NYA STOKING KOYAK kepunyaan ayah saya itu. Seakan-akan BERDOSA memakai stoking koyak bagi seorang muslimah itu! Setiap kali saya memakai stoking, saya sentiasa berharap agar terhijabnya aurat kaki dan terlindung dari segala keburukan. Walaupun ada kesan koyak yang kecil ditapak, tapi sekurang-kurangnya ianya masih dapat menutup kaki saya apabila memakai kasut. Stoking tu saya gunakan untuk ke kelas sahaja. Barangkali, dia mahu saya memakai hijab yang SEMPURNA untuk menutup aurat.

Apa yang paling membingungkan di sini, kalau diperhatikan oleh SILAP MATA (mata yang memerhati secara kasar), 'ustazah' tu X memakai stoking pun semasa di luar. (mungkin dia terlupa kot nak pakai stoking, Husnu Zon...) atau mungkin saya terlepas pandang.Mungkin juga dia dah pakai stoking kini. Siapa tahu kan? Hidayah itu milik Allah.

Walau apa pun, segala kebaikan yang disampaikannya saya ambil dan tentunya ada hikmah disebaliknya.




1 Perkongsian:

nurhamizatulzullraooh said...

kalau terkoyak tu saya akan ganti yang baru..tapi buat masa ni saya tak dibenarkan memakai stoking sebab sedang dalam rawatan sihir mungkin nak memberi ruang atau melancarkan darah jadi kalau keluar rumah rasa tak selesa sangat sebab tak pakai sebelum ni pakai bila tak pakai rasa macam kaki ni tak pijak tanah dan dihantaui dengan rasa bersalah serta berdosa

Post a Comment