Post Terbaharu :

Saturday, January 21, 2012

Kes Anwar Ibrahim-Saiful Bukhari Sepatutnya Begini...

Bismillahirrahmanirrahim,

901,mungkin itulah nombor paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) apabila dibebaskan dari tuduhan meliwat ke atas bekas pembantunya,Saiful Bukhari Azlan (SBA). Sehingga kini, sebenarnya kes ini masih belum terlerai terutamanya buat SBA yang ingin menuntut bela terhadap dirinya. Mana kan tidak, maruah diri hendaklah di'suci'kan.
Banyak pihak mengatakan kes ini merupakan salah satu konspirasi untuk menjatuhkan mana-mana parti politik. Entah betul atau tidak. Masing-masing 'tolak' situ sini. Ketepikan sebentar dunia politik. Pandanglah dari sudut yang berlainan. Kes ini melibatkan DSAI yang merupakan seorang ISLAM. Begitu juga SBA yang merupakan seorang ISLAM. 

Pada pendapat saya,sewajarnya kes liwat yang terdakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari ini tidak perlulah digempar-gempurkan secara meluas kerana ianya melibatkan imej ISLAM itu tersendiri.Apatah lagi ianya melibatkan maruah diri bagi kedua pihak. Atau kata mudahnya, "Malulah saya". Sudah tercalar, bagaimana mahu diganti? 

Cukuplah kes ini dibawa ke mahkhamah syariah, tidak melibatkan mana-mana pihak luar campur tangan dan selesaikan sahaja dengan tenteram di situ.Yang membimbangkan,kes ini telah pun mendapat liputan meluas,baik dalam mahupun di luar negara. Risau-risau,pelbagai perspektif negatif agama lain terhadap Islam yang ditafsirkan 'BOBROK' di mata mereka.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, Nabi SAW bersabda: 
“Seorang hamba tidak menutupi aib hamba yang lain di dunia 
kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat”. 
(HR; Muslim)

Monday, January 2, 2012

Untungnya Solat Dhuha!

Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu

Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

~Doa Dhuha,Kumpulan UNIC~


Pertama kali mendengar lagu ini,sayu dan redup rasanya hati. Saya mula diperkenalkan dengan solat dhuha ini semasa sekolah menengah. Setiap kali masuk waktu mata pelajaran Agama Islam,Ustaz Kusnan sentiasa mengajak kami sekelas melakukan solat Dhuha sebelum kelas dimulakan. Pada waktu itu,saya masih tidak mengerti lagi,apa 'pentingnya' solat Dhuha ini. Kalau di rumah, ahli keluarga saya pun buat solat yang sama. 

Kemuncaknya, saya melihat roomate di UIA rajin melakukan solat Dhuha ini. Lebih-lebih lagi semasa Pesta Sukan IPTIM,walaupun banyak tugasan yang perlu dilangsaikan pada waktu pagi, namun saya kagum melihat mereka yang sanggup 'curi-curi' masa untuk menunaikan solat Dhuha.

Teringat lagi seminggu sebelum peperiksaan EPT (English Placement Test) berlangsung,saya yang kerunsingan  menghitung masa-masa yang untuk belajar grammar. Semakin belajar,semakin runsing, semakin takut. Dalam hati asyik kata "TAKUT! TAK EXIT!!!". Saya yakin,rata-rata pelajar di Pusat Asasi UIAM tak rela diri mereka repeat subjek EPT.
Lantas,saya terus mesej pada kawan-kawan untuk minta nasihat. Alhamdulillah,kawan-kawan terus memaku semangat buat saya. Seorang sahabat mengingatkan,

" Lily, jangan ingat nak EXIT sahaja. Ingat,kita belajar ni sebab nak ilmu. 
Kalau rasa resah,buatlah solat Dhuha.InshaALLAH Allah pasti tolong"
~Nurul Nafisah Kamis & Aina Mardiyah~

Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah, akhirnya saya EXIT jua. Mudah-mudahan,Allah Ar Razzaq berkati segala usaha saya dan dapatlah saya manfaatkan ilmu-ilmu yang ada. Benarlah janji Allah Azza Wa Jalla yang menjaminkan rezeki dalam Surah Ad Dhuha 1-5:
  “Demi waktu duha. Dan malam apabila ia sunyi sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu) sebagaimana yang dituduh oleh kaum Musyrik.Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda”.



Sunday, January 1, 2012

Kebaikan Yang Dilupakan

Bismillahirrahmanirrahim,

" Ketika anda melakukan sesuatu yang betul dan baik, 
tiada siapa pun yang mengingatinya..."

"Tetapi bila anda melakukan kesilapan, 
tiada siapa pun yang melupakannya..." 

~Asyraf Salleh~


Ketuk-Ketuk Hati:
Ingatlah  2 perkara seperti yang dianjurkan dalam ikram muslimin
1. lupakan kebaikan kita pada orang lain
2.lupakan kejahatan orang lain pada kita