Post Terbaharu :

Sunday, April 15, 2012

Kenali Hachiko

Bismillahirrahmanirrahim,
Saya ingin berkongsi serba sedikit cerita mengenai salah satu mahluk ciptaan Allah ini iaitu seekor anjing. Saya agak manyampah, mana2 sproduksi yang menghasilkan filem berkenaan haiwan,pastinya haiwan tersebut boleh bercakap atau boleh melakukan apa-apa sahaja seperti manusia. Bukankah ianya tidak logik diterima akal? Bukankah kita ini sudah diciptakan sebaagai sebaik-baik makhluk?
Apabila mendengar kisah anjing ini, air mata sesiapa sahaja pasti meruntun dan bergelinangan ditakung mata. Mengapa? Jom, kita hayati kisah benar anjing ini.


Hachiko, itulah nama sang anjing yang berasal dari negara terbitnya matahari,Jepun. Pada asalnya, ramai masyarakat dikelompok negara tersebut merasakan Hachi (nama singkatan bagi Hachiko) merupakan seekor anjing yang misteri. Baka keturunannya amatlah baik dan ia berasal dari keturunan Akita. 

Hachiko ni dibela oleh seeorang lelaki bernama Ueno Hidesaburo yang merupakan seorang profesor di salah sebuah universiti di Jepun. Pada awalnya, isteri professor ni sukar menerima kehadiran Hachi di rumah disebabkan kenakalan Hachi,lama kelamaan hatinya terpaut semasa melihat 'kemesraan' di antara Hachi dan suaminya. 




Professor Ueno selalunya ke tempat kerja menaiki keretapi di stesen Shinbuya .Setiap kali beliau hendak ke tempat kerja, Hachi sentiasa menemani di sisi tuannya itu. Hinggalah waktu petang,Hachi menunggu ketibaan tuannya pulang dari kerja dan ianya menjadi rutin harian Hachi untuk menjemput tuannya pulang.

Suatu hari,semasa professor Ueno sedang mengadakan kuliah, beliau diserang sakit angin ahmar secara tiba-tiba lalu meninggal dunia. Hachi yang serba tidak tahu tentang ketiadaan tuannya buat selama-lamanya, masih menunggu tuannya pulang dari kerja. Paling menyedihkannya,Hachi setia menunggu tuannya tanpa jemu di hadapan stesen keretapi dan ianya berlarutan hingga 9 tahun!

Penantian Hachi berakhir pada 8 Mac 1935, Hachi ditemui mati.

Kisah Hachiko ini pernah difilemkan pada tahun 1987 berlabel 'Hachiko Monogatari' (versi Jepun) dan pada tahun 2009 bernama 'Hachiko A Dog's Story'(versi Inggeris). 

Kisah Hachiko ini sangat memberi inspirasi kepada masyarakat awam terutamanya di Jepun kerana ianya sarat dengan nilai-nilai kesetiaan dan kasih sayang antara manusia dan haiwan.


1 Perkongsian:

abgDude a.k.a kai said...

anjing adalah sejenis haiwan yang setia pada tuan nya...
sbb tu anjing di gelat Men's Best Friend

- encikkai.com -

Post a Comment