Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah kita berada di hari ke 24 Ramadan.
Sejenak sebentar tadi, selepas tamat berkerja saya berbuka di surau sambil menikmati 'Mee Tonggek Utara' bersama air bandung. Tiba-tiba terdengarlah 2 orang kanak-kanak ni bernyanyi sakan lagu Untuk Dia nyanyian asal kumpulan Sleeq dan Najwa Latif yang tengah hangat di corong radio tu.
"Untuk dia...untuk dia....untuk dia....bla..bla..."
Itulah nyanyian 2 orang kanak2 berusia sekitar 3-4tahun yang sempat ku perhatikan tadi. Nak kata sedap, hmm entahlah sebab suara kanak2 kan comel ala-ala chipmunk.
Masa tu saya terkenang zaman kanak-kanak saya suatu ketika dahulu. Boleh dikatakan hampir kesemua lagu-lagu nasyid popular dihafalnya. Antaranya kumpulan nasyid yang 'otai' seperti Raihan, Hijjaz,Saujana,In Team, Rabbani dan sebagainya.
Pesanku buat adik2 semua, kecik2 ni sebaiknya kita hafal lagu macam '25 RASUL' nyanyian Raihan tu dik, dah besar nanti kita baru ada semangat nak rasa cinta2 kepada Dia (Allah) &Rasul. Tak salah dik nak nyanyi lagu Untuk Dia tu dik, akak pun suka lagu tu. Bagi akak, kalau sehari tu tak dengar lagu berunsurkan nasyid atau mengingati Allah, akak rasa macam resah je. Jangan biarkan budaya hedonisme terus meresap ke urat saraf kita.
p/s: mungkin budak2 xakan baca entri ni, tapi biarlah ibu bapa & bakal ibu bapa dapat intipati yang dapat saya sampaikan walau secebis ini.
0 Perkongsian:
Post a Comment