Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke 27 Ramadan.
Jumaat lepas, saya baru sahaja berhenti kerja di bazaar Ramadan Putrajaya. Kini sudah pun berada di bumi Johor.
Sepanjang bekerja di sana, ada perkara yang seakan menjengkelkan saya, iaitu "Tahun 2013, Ramai Orang Tak Puasa..."
Betul ke ni?
Di Bazaar, saya menjual air. Waktu menjualnya bermula sekitar 3.45 - 4.15 petang. Masa itu ramai juga yang sudah mula beli air. Antaranya orang awam dan para pekerja yang berniaga di bazaar tersebut. Majoritinya beli air dalam bekas cawan.
Dulu saya fikir, mungkin mereka beli air 'awal sangat' ni sebab kemungkinan tak sempat nak beli di akhir-akhir waktu nanti. Almaklumlah sibuk dek kerja.
Tetapi semakin hari, saya sudah mula 'curious' dengan pembeli-pembeli awal ini. Ada seorang makcik di gerai sebelah ni dia beli air sekitar pukul 4 petang. Dia maklumkan pekerja dia uzur, sebab tu nak minum. Ok, memang tak hairanlah kalau perempuan yang beli awal. Tapi kalau lelaki apa kes?
Pernah saya lihat, rakan sekerja lelaki ni. Dia ambil air dengan bekas cawan bersama straw kemudiannya pergi ke bawah meja dan menyedutnya. Hmmm...dia tengah test rasa air je kot... Tapi kenapa rasa air sampai tinggal setengah je air dalam cawan tersebut?
Ada seorang lagi rakan sekerja saya, muka dia baik je. Sekali nampak dia sorok-sorok di celahan tong air sambil menghirup air dengan leganya. La... sedihnya. Fail lah macamni kalau nak jadikan bakal suami. Huhu. Saya fikir mungkin dia dah tak tahan sangat nak teruskan puasa. Tapi kalau ye pun, janganlah minum di tempat yang orang lain boleh lihat. Tak tentu pasal ramai yang salah sangka nanti.
Ada juga, seorang penjual di gerai lain ni, mendesak untuk beli air secepatnya sampaikan dia marah dan merungut.
Masa jam 3 petang, ada dua orang lelaki ni sudah beli macam-macam di gerai lain. Kemudiannya, saya terdengar gerai di sebelah berbisik-bisik,
"Psst.....awalnya diorang tuu..."
Dan kawannya menyapa dengan senyuman sinisnya,
"Biasalah tu Bro...."
Hmm....sedih mendengarnya. Saya tak mahu semakin ramai yang tak nak ikut suruhan wajib Allah ni. Kesianlah kat saudara seagama kita. Setakat ni, saya melihat orang disekeliling saya semuanya berpuasa walaupun memang puasa itu tak dapat dilihat.
Kalau benarlah mereka tak berpuasa, apa yang berlegar-legar di ruang kepala ni, "Tak takut ke dengan azab Tuhan?" Sebab ini rukun Islam kot! Ada hati nanti nak beraya!
Ini baru cerita bab puasa. Kalau bab solat lagi lah dasyatkan?
Apa-apa pun,
Mungkin ini satu reflection bagi saya untuk sentiasa bersangka baik dengan orang sekeliling. Dari situ, kita dapat menilai dan cuba perbaiki tahap puasa kita yang belum tentu terbaik lagi ini...
0 Perkongsian:
Post a Comment