Bismillahirrahmanirrahim,
Malam sabtu haritu, cermin mata saya hilang skrunya dan menyebabkan besinya patah. Nak tak nak saya gam bingkainya dengan gam kasut yang diberikan oleh Nafisah. Hari isnin tu, tengah-tengah jalan di sekitar masjid tersempak gerai jual cermin mata di Business Centre. Saya pun terus tempah bingkai baru. Nak buat full set agak mahal sedikit, tambah lagi saya kena buat cermin photogrey memandangkan saya mempunyai rabun silau yang melampau.
Demi berjimat cermat, saya hanya beli bingkai sahaja yang berharga RM80. Cermin mata yang lama, tukang kedai terpaksa bawa ke kedai untuk potong dan haluskan cermin lama tersebut ke bingkai baru.
Sepanjang hari itu, saya ke kelas, ke cafe, ke bilik, pergi meeting tanpa kaca mata. MasyaAllah...sungguh perit rasanya orang yang kerabunan ini. Ini belum lagi buta. Pelajar ICT memang banyak kuliah menggunakan projector. Saya yang duduk barisan hadapan dalam kelas pun masih kekaburan tak nampak apa yang terpampang di skrin.
Selepas seharian pergi ke kelas tanpa kaca mata, alhamdulillah hari ni dapat merasa cermin mata yg baru dgn harapan dapat jaga pandangan, meneliti ilmu2, melihat tumbuhan2 hijau, melihat ayat2 suci quran. Suruhan melihat bnda2 baik itulah cermin mata terbaik buatku
2 Perkongsian:
Cermin mata baru acap dh pecah mak terpijak.. sekarang guna cermin mata lama yg skru dah takda.. selalu spec guna kat luar rumah atau tengok TV je skrg ni. Spec lama tu skru dah takda skru mcm ly, Tapi ada alternatif sementara. Cari lidi batang satay, cucuk kat lubang skru tu dalam2, kemudian patahkan..Jadilah skru sementara. smpai skrg ni tahanlah jugak wkaka~
spek guna lidi...inovatif jgk tu...
ly penat dah pakai spek besi...kali ni nk mrasa spek plastik mcm acap punye tu. spekmbesi cepat calar2
Post a Comment