Post Terbaharu :

Saturday, December 20, 2014

Usrah Farewell

Bismillahirrahmanirrahim,
Biasanya kalau di penghujung sem, mesti akan ada yang nak buat gathering, reunion, jamuan, dinner dan makan-makan. Saya memang agak jarang nak join mana-mana jamuan sebabnya tak nak terlalu berseronok. Tambah lagi tengah diet dan nak berjimat cermat.

Cuma, malam semalam, rakan-rakan usrah ada nak buat 'potluck' sempena minggu terakhir halaqah untuk sem ini. Masing-masing bawa makanan sendiri untuk makan bersama. Paling sedap si Bahiyah bawa bihun goreng sedap dan si Syahirah bawah lasgna paling enak di dunia.

Dalam usrah ini, memang kita berseronok dan bahagia dapat makan sedap-sedap, dan dapat bergambar sakan, tapi kewajipan saling mengingatkan tentang akhirat dan masalah umat tidak dilupakan. Sebab itu saya lebih suka jamuan 'underground' seperti ini. Biarlah bersederhana tapi penuh dengan pengisian diri. Alhamdulillah.

Teringat satu pesan daripada seorang Madam daripada IKRAM semasa Tanzim IKRAM PJ di CFS suatu ketika dahulu,

"Sesibuk mana pun kita, janganlah tinggalkan usrah"

Ya betul. Bila kita dah berjauhan dengan keluarga ni, siapalah yang nak saling mengingatkan kita? Sebab itu kena join usrah. Lagi-lagi UIA ini penuh dengan lubuk usrah. Agak sayang kalau kita sia-siakan. Paling penting, segala pengisian itu dapat diamalkan dan istiqamah.

Terima kasih Acu, Shifa, Lily, Syahirah, Aleeya, Atikah, Farhanah dan Bahiyah. Ukhuwah Fillah! :')

Saturday, December 6, 2014

Kapal Terbang Kertas

Bismillahirrahmanirrahim,
Zaman kecik-kecik dahulu, pastinya kita selalu buat origami kapal terbang atau roket seperti ini kan? Ada yang buat sampan, bunga, kotak dan macam-macam lagi. Sungguh ianya mempunyai nilai nostalgia tersendiri. 

Hari ini,permainan origami ini tak sepopular seperti dahulu. Generasi hari ini mungkin asing dengan origami seperti ini.

Katakanlah kita diminta membuat dan menerbangkan kapal terbang/roket menggunakan kertas. Semasa kita buat, pasti terdetik kita mahu ianya dapat dibaling dan terbang lebih jauh. 

Semalam, saya ada cuba buat dan balingkan ia. Namun kapal terbang tu tak terbang sejauh mana yang diharapkan. Baru baling sikit, dah jatuh.

==============================

Sama juga dalam kehidupan ini. Kadang-kadang, apa yang kita harapkan, mungkin tak kesampaian. Seperti kapal terbang kertas itu, apakah kita sudah pastikan ianya ada ciri-ciri untuk pergi lebih jauh?

Kita perlu pastikan ia mempunyai ciri-ciri yang diharapkan. Ya, kita sendiri perlukan usaha yang kuat untuk pergi lebih jauh. Tak semua apa yang kita nak di dunia ini, kita akan dapat.