Post Terbaharu :

Saturday, June 27, 2015

Kalaulah Aku...

Bismillahirrahmanirrahim,

"Kalaulah aku cantik, mesti ramai lelaki nak pikat aku "
"Kalaulah aku handsome, mesti awek-awek gila bayang kat aku"
"Kalaulah aku kurus, mesti badan aku jadi macam model"
"Kalaulah aku jawab soalan yang itu, mesti aku dah Skor A dah"
"Kalaulah aku kaya....hari-hari Hari Raya"

"Kalaulah dahulu aku macamtu, mesti sekarang tak jadi macamni"
"Kalaulah aku dapat putar balik masa, mesti aku tak buat silap"

Kalaulah aku begitu...kalaulah aku begini...
Mungkin perkataan ini selalu terpacul di mulut.

Baru-baru ni, ada sesuatu yang berlaku ke atas diri saya.  Pilihan dan tindakan saya itu sepertinya silap.  Sehingga hari ini saya selalu terfikir dan tersebut, "Kalaulah dahulu aku macamtu, mesti sekarang tak jadi macamni".

Bila ada masalah, saya selalu ceritakan pada kakak-kakak saya untuk minta pendapat dan motivasi.

"Kak....sedihlah....kenapalah Lily buat pilihan macamtu.  Kalaulah hari itu Lily tak buat macamtu, mesti sekarang tak jadi macamni".

Balas kakak,
"Lily, tak baik cakap macamtu. Hidup kita ni asyik kata "Kalau..Kalau" buat kita ni tak redha apa yang Allah dah tetapkan untuk kita. Semua perancangan Allah tu mesti ada sebab. Kita terjatuh sikit pun ada sebab. Yang penting belajar dari apa yang berlaku".

Sambung saya,
"Tapi Ly dah buat solat sunat dan doa banyak-banyak kak, doa macam belum termakbul je. Sedih".

Balas kakak,
"Sabar je Ly, inshaAllah ada hikmah semua terjadi. Banyakkan sabar. Kalau belum termakbul, jangan putus asa. Ly mintak je, mintak je banyak-banyak kat Allah".

Betul juga peringatan kakak tu. Ye lah, kita ni asyik nak mengeluh je. Tak bersyukur dengan setiap pemberianNya. Orang lain lagi berat ujiannya. Nak patah balik masa pun bukan boleh.

Sebenarnya tak salah kalau kita just wondering macam;

"Kalaulah aku kaya, aku boleh dermakan harta pada orang yang memerlukan". 
"Kalaulah aku pandai, aku boleh dapat gembirakan hati mak ayah".

Cuma perlu disertakan dengan usaha. Bukan angan-angan mat jenin.


"Bersemangatlah untuk meraih segala hal yang bermanfaat bagimu. Mintalah pertolongan Allah dan jangan lemah. Apabila engkau tertimpa sesuatu (yang tidak menyenangkan) janganlah berkata, ‘Seandainya aku dulu berbuat begini niscaya akan menjadi begini dan begitu’ Akan tetapi katakanlah, ‘QaddarAllohu wa maa syaa’a fa’ala, Allah telah mentakdirkan, terserah apa yang diputuskan-Nya’. Karena perkataan seandainya dapat membuka celah perbuatan syaitan.”
(HR. Muslim)

Monday, June 15, 2015

Misi Membeli Laptop

Bismillahirrahmanirrahim,
Buat masa sekarang, saya guna laptop business untuk buat kerja harian. Spec memang kureng. Laptop sekarang ni dibeli pada tahun 2010. Kira hampir 5 tahun lah juga usianya. Jangka hayat laptop paling baik pun 3 tahun. Bila dah melebihi tahun tu dia akan banyak ragam.
Bila jadi budak IT ni, memang banyak buat kerja guna komputer/laptop. Lagi-lagi bila saya banyak buat kerja grafik. Sekarang nak siapkan kerja FYP pun tergendala sebab laptop susah nak support. 

Target nak beli laptop second hand je. Tapi spec mesti better dari yang ada sekarang. Kalau nak beli ni saya fokuskan kat dia punya processor, OS, RAM dengan grafik kad. Kalau boleh nak cari laptop yang sesuai untuk buat kerja grafik dan gaming. 
Ni saje letak sticker NVIDIA dan RADEON.
Bajet laptop power. :-P
Jadi sementara ada cuti 3 bulan ni, saya amik langkah untuk mengumpul duit. Bulan Ramadan ni saya ambil upah kerja sebagai pembantu bazaar. Gajet-gajet kamera DSLR pun saya mula jual. Barang-barang terpakai pun saya jual. Sayang tu memang rasa sayang. Tapi dari menyemak kat rumah, lebih baik jual. 

Saya tak nak lah menyusahkan mak ayah untuk belikan laptop ini. Kalau boleh saya nak cari duit atas usaha sendiri. Bila saya kumpul duit ni, boleh nampak pengorbanan mak ayah selama ini. Mereka lagi banyak cari rezeki untuk banyak benda. Ni saya cuma fokuskan kat barang yang satu.

InshaAllah, biiznillah.






Sunday, June 14, 2015

Ceramah dalam Bahasa Inggeris

Bismillahirrahmanirrahim,
Sejak masuk UIA, bahasa pengantaraan yang digunakan biasanya dalam bahasa Inggeris. Kalau ada program atau talk pun guna bahasa Inggeris.

Saya ni bukanlah bagus dalam bahasa Inggeris. Kalau setakat nak menulis atau cakap-cakap tu mungkin boleh sikit. Masalah paling besar, saya ada masalah pendengaran dalam bahasa Inggeris. Masa ujian MUET yang lalu, markah paling teruk adalah bab listening. Lain didengar, lain fahamnya.

Saya memang tekad dalam hati, kalau ada mana-mana talk dalam bahasa Inggeris, memang saya akan reject awal-awal. Buat apa dengar kalau kita tak faham! Pernah saya dengar satu talk ni, tapi saya tidur. Itu ego saya ketika itu sampailah sekarang.

Sampailah malam tadi, saya ter-klik video Zakir Naik di youtube, entah kenapa saya khusyuk dengar ceramahnya dalam yang diusampaikan dalam bahasa Inggeris itu. Kemudian saya layan video Ahmad Deedat dan beberapa tokoh ulama yang lain. Wah, boleh je saya faham, malah terasa ada panahan cinta di situ. Penyampaian mereka cukup terkesan di hati. Tengok kata-kata mereka dalam FB pun banyak yang sentap.
Kita ni kalau tak nak buka hati kita sendiri, memang sampai bila-bila akan tersungkur di situ sahaja. Hai, dalam kelas pun pensyarah ajar dalam bahasa Inggeris, boleh je saya survive selama ini. Itu lah, ego. Selagi ada benda baik, cubalah kita buka ruang untuk diri kita. Lepas ni kena belajar menerima sesuatu.