Bismillahirrahmanirrahim,
Sejak masuk UIA, bahasa pengantaraan yang digunakan biasanya dalam bahasa Inggeris. Kalau ada program atau talk pun guna bahasa Inggeris.
Saya ni bukanlah bagus dalam bahasa Inggeris. Kalau setakat nak menulis atau cakap-cakap tu mungkin boleh sikit. Masalah paling besar, saya ada masalah pendengaran dalam bahasa Inggeris. Masa ujian MUET yang lalu, markah paling teruk adalah bab listening. Lain didengar, lain fahamnya.
Saya memang tekad dalam hati, kalau ada mana-mana talk dalam bahasa Inggeris, memang saya akan reject awal-awal. Buat apa dengar kalau kita tak faham! Pernah saya dengar satu talk ni, tapi saya tidur. Itu ego saya ketika itu sampailah sekarang.
Sampailah malam tadi, saya ter-klik video Zakir Naik di youtube, entah kenapa saya khusyuk dengar ceramahnya dalam yang diusampaikan dalam bahasa Inggeris itu. Kemudian saya layan video Ahmad Deedat dan beberapa tokoh ulama yang lain. Wah, boleh je saya faham, malah terasa ada panahan cinta di situ. Penyampaian mereka cukup terkesan di hati. Tengok kata-kata mereka dalam FB pun banyak yang sentap.
Kita ni kalau tak nak buka hati kita sendiri, memang sampai bila-bila akan tersungkur di situ sahaja. Hai, dalam kelas pun pensyarah ajar dalam bahasa Inggeris, boleh je saya survive selama ini. Itu lah, ego. Selagi ada benda baik, cubalah kita buka ruang untuk diri kita. Lepas ni kena belajar menerima sesuatu.
0 Perkongsian:
Post a Comment