Post Terbaharu :

Showing posts with label foreigner uia. Show all posts
Showing posts with label foreigner uia. Show all posts

Friday, October 24, 2014

Prejudis Terhadap Foreigner

Bismillahirrahmanirrahim,
Sejak masuk UIAM Gombak ni, saya didedahkan dengan ramai dan suasana bersama pelajar antarabangsa atau lebih dikenali sebagai 'Foreigner' (sebenarnya tak elok guna istilah ni, tapi suka hati saya lah).

Pengalaman bersama mereka sebelum ini, iaitu semasa tinggal satu bilik dan buat kerja satu group membuatkan sikap prejudis saya terhadap mereka semakin menjadi-jadi. Dengar-dengar cerita daripada kawan-kawan lagi lah bertambah racunnya. Setakat ini, hubungan bersama kawan-kawan yang dari negara jiran seperti Singapura dan Indonesia takde masalah. Mungkin wujud persamaan. Tapi ianya jadi sangat berbeza dengan negara lain khususnya Timur Tengah.

Kebiasaannya, kalau bab di bilik, foreigner ni banyak dikaitkan dengan isu kebersihan dan kebisingan. Manakala kalau bab buat kerja assignment atau projek, mereka ni ada yang tak nak beri komitmen, diam seribu bahasa.  Ada pula yang kononnya bersemangat nak buat kerja, tapi pengakhirannya buat kerja tahi-tahi ayam. Propa sahaja lebih. 

Pengalaman kawan saya sendiri, mereka buat kerja projek penting, tapi si foreigner sorang tu tak pernah nak sumbang apa-apa walaupun sudah disuruh. Yang dia buat hanyalah, duduk dan tekan slide semasa sesi pembentangan!

Itu membuatkan saya betul-betul 'allergic' nak buat kerja dengan foreigner ni.
====================================================
Al-kisah apa yang berlaku hari ini, semasa di kelas Project Management tadi, ramai betul classmate tak datang termasuklah semua groupmate saya kecuali seorang foriegner ni. Dia selalu juga tak datang kelas. Susah juga, kalau ada kuiz atau assignment, dia banyak tertinggal. Maka ditakdirkan hanya saya dan dia sahaja ada.

Cuma saya memang tak berkenan, dia suka duduk di sebelah saya. Bukan tak suka, cuma kadang-kadang foreigner ni ada 'bau' minyak wangi tersendiri. Setakat ni, hidung saya tak terpikat. Yang paling saya tak suka, dia ni selalu tak bawa pen dan kertas. Selalu pinjam saya punya. Kita ni kalau dah nama pun student, buatlah cara student life. Kita boleh meragam cantik-cantik datang kelas, tapi tak kanlah setakat bawak pen/kertas pun malas.

Aktiviti di kelas hari ini, pensyarah meminta kami buat case-tudy tentang isu yang berlaku dalam ekonomi dunia. Kami kena baca dan buat analisis berdasarkan artikel diberikan. Pening juga nak membaca dan analyze. Apatah lagi maklumat mengenai ekonomi. 

Macam-macam karenah juga si dia ni. Angin satu badan saya dibuatnya.  Dia nampak bersungguh-sugguh baca artikel tu. Then, dia tanya saya, "What do you understand about this articel?" Saya balas sambil buat muka takde selera, "I want to know your understanding first." bernada tegasSaje nak tengok reaksi dia. Mujur dia cuba beri keterangan. Cuma saya takdelah dapat pick up apa yang dia cakap sangat. Sebab foreigner ni kalau cakap, ayat dia tanpa henti dan slanga bahasa yang kurang difahami. 

Selepas itu, saya kongsikan apa yang saya faham. Kemudian saya banyak diamkan diri. Dia tanya macam-macam. Tapi saya buat muka takde mood. Biasalah perempuan. Hmm....mungkin ketika itu saya sudah mula rasa rimas dan tak suka malah menyampah. Persepsi prejudisku bertambah-tambah. Terdetik dalam hati, 'Eh apalah yang aku buat ni...tak baik buat orang lain macam tu'.

====================================================
Kebetulan pula masa tu, saya sempat scroll FB, terjumpa post video dari Maaruf Club tentang hubungan dan adab kita dengan foreigner ni. Hah....tersentap lah saya. 

Prinsip saya mudah sahaja, 'Kalau kita buat kat orang, orang akan buat kat kita'. Bila difikirkan semula, siapalah kita nak membenci mahluk Allah yang lain. Angkuh dan sombongnya diri ini. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangannya termasuk saya sendiri. Mungkin saya sudah cop awal-awal semua foreigner sebegitu. 

Apa gunanya saya belajar di UIA berteraskan konsep Internationalization tanpa mengamalkannya. Nabi kita pun tak beza-bezakan manusia mengikut bangsa atau warna kulit. 

Selepas fikir-fikir, saya cuba ubah persepsi saya terhadap dia. Bukan semua foreigner sebegitu, yang bagus memang bagus. Yang hancur,memang hancur. Itulah fungsi kita, saling membantu dan melengkapi. Saya cuba selesakan diri dengan dia. Berbincang secara beradab tanpa ada prejudis. Alhamdulillah...case study itu akhirnya dapat penyelesaiannya, dan prejudis itu kurnag sedikit demi sedikit.InshaAllah. :-D

"Bukankah kecurigaan terbunuh bila kita bersapa"
-AI Usher-