Post Terbaharu :

Showing posts with label hukum mengurat. Show all posts
Showing posts with label hukum mengurat. Show all posts

Sunday, June 22, 2014

Kenapa Lelaki Selalu Begini?

Bismillahirrahmanirrahim,
Apa yang saya maksudkan dalam tajuk ini berkaitan dengan 'Lelaki Suka Mengurat Perempuan'. Ada wanita yang suka dingurat oleh lelaki, ada juga wanita yang benci jika lelaki berbuat sedemikian. Saya tak nafikan, 'mengurat' ini adalah satu fitrah dan kebiasaan kebanyakan para lelaki hari ini. 

Tetapi, apakah benar sebegitu caranya mereka melayani fitrah mereka? 

Saya tak rasa itu fitrah sebenar, melainkan ianya lebih berbentuk gangguan. Berdasarkan survey yang pernah saya kaji, kebanyakan lelaki yang pergi ke pasar malam bukanlah untuk mencari makanan, minuman atau barang yang dijual di pasar, tetapi mereka sebenarnya ingin mencari 'Aweks'. Ianya lebih kepada buat sesuatu yang tidak berfaedah.

Kita sendiri boleh melihat, golongan-golongan lelaki yang akan bersiul bila perempuan cantik lalu, ada pula yang minta nak jalan sekali. Apa yang saya perasan mereka suka melihat anggota belakang wanita. Ada juga yang akan minta no phone daripada kawan-kawan sekelas dan sebagainya.

Paling tidak zaman sekarang ini, lelaki lebih mudah mengurat perempuan melalui Facebook. Mereka akan ber-PM atau ber-komen status atau gambar dengan perempuan.

==================================================
Saya ambil contoh melalui pengalaman saya sendiri. Ini antara saya ingat. 

Dulu, masa awal-awal ada Facebook, saya kerap post/share sesuatu yang berkaitan dengan agama. Ada lah lelaki ber-Pm dengan saya. Pada awal permulaan, dia kata dia suka something berkaitan agama. Ok baguslah tu. Dia kata nak share dan bincang2 dengan saya tentang isu semasa dan isu ummah. Kononnya kawan-kawan lain tak berminat tentang ini. Wow, bagus ni. Tapi kan..... lama kelamaan dia dah mula tanya soalan-soalan peribadi. Dia mula bahaskan diri dia Abang lah. Dia panggil saya dengan nama-nama manja lah. Hebat betul dia ni, mengurat atas lesen agama.

What the fish?!! Terus saya tak nak layan dia lagi dah selepas itu

Kisah seterusnya, ada seorang lelaki satu negeri, tiba-tiba SMS saya. Entahlah dari mana dia dapat no telefon saya. Dia kata dia ni tak pandailah, nak berkenalan dan berkwan dengan orang yang pandai-pandai. Dia suruh add dia dalam FB. Paling best muka dia sama macam Imam Muda Nazrul (Imam Muda 2). Saya saje lah stalk FB dia, hmm tengok banyak friend perempuan-perempuan seksi. 

What the fish?!! Terus reject dia ni. 

Kisah lain, ada juga yang tiba-tiba call. Tanya nama, duduk kat mana bla-bla. Eh, apa hak dan tujuan dia nak tau maklumat diri saya. Dia ni budak UIA. Buat malu nama UIA je.

What the fish?!! Terus saya bertegas dan marah-marah dia.

Yang paling best kisah seseorang dari jurusan agama, Usuluddin. Ber-PM di FB, Kononnya hendak berkenal2lan. Ayat mahu ber-'kanda-dinda'. 

What the fish?!! Hmmm....apalah gunanya belajar elok2 selama ini, tak nak beramal dengan ilmunya, di mana lelaki terbaik kalau permulaan sudah begini.

Kenapa lelaki selalu begini????

Melalui pengalaman-pengalaman seperti ini, saya simpulkan kepada wanita-wanita, mudah sahaja: JANGAN LAYAN. 
LELAKI YANG BAIK XDE NAK NGORAT2NYER... PEREMPUAN YANG BAIK ADALAH YANG X MEMANDANG DAN X DIPANDANG...HARAP MAKLUM.

Saya cukup risau dengan perempuan zaman sekarang ini, terlalu mudah hanyut dengan insan bernama lelaki.

========================================================
Mengurat ini adalah satu mukadimah kepada bercinta. Bercinta pula mukadimah kepada perkahwinan. Sayangnya, mengurat dan bercinta zaman kini lebih kepada sesuatu yang tidak baik. Kalau hendak mengurat, tentu ada seninya mengikut panduan agama. Islam sudah mengaturkan batas pergaulan lelaki dan perempuan. Ada step-stepnya kalau nak ambil perempuan jadikan sebagai pasangan hidup. Janganlah ikut jejak syaitan. 

Sekiranya berkenan pada seseorang, nyatakanlah hasrat hati dengan cara yang berhikmah dengan membetulkan niat. Barulah gentle bro!
Ini tidak, sikit-sikit kirim salam, sikit-sikit 'Hai boleh berkenalan'.

“Wahai orang-orang yang beriman! 
Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya;
 dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
 sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” 
Surah Al-Baqarah ayat 208.