Bismillahirrahmanirrahim,
Saya mula berjinak-jinak dalam dunia blog sejak tahun 2009 iaitu semasa zaman SPM. Masa tu nama blog saya "Lileez Studio-Insaniah Corner".
Lileez - nama samaran.
Studio - angan-angan ada studio seni/workspace sendiri.
Insaniah - peringatan yang kita ini seorang insan, manusia yang ada kelemahan.
Corner - suatu sudut.
Masa ini, saya banyak menulis sudut penulisan ke arah kerohanian.
Kemudian, pada awal tahun 2011, saya tukar ia kepada nama "Ketuk-Ketuk Hati". Saya saje guna istilah ketuk-ketuk untuk menampakkan ianya santai. Saya sedar hati kita ni 'mengada-ngada' yang perlu diketuk sedikit.
Masa ini, saya banyak tulis pengisian secara ringkas. Ye lah, panjang berjela pun orang malas nak baca.
2 tahun kemudian, masih menggunakan nama blog yang sama. Penulisan nampak lebih panjang. Saya banyak kongsikan pengalaman hidup. Kadang-kadang mengenai coretan peribadi dan rohani. Saya catatkan supaya suatu masa bila saya baca semula, membuatkan saya berfikir semula dan tersenyum.
Kini sudah tahun 2015, saya tukar ia kepada "Blog Lily Insani". Mungkin ia lebih mudah diingati dan sebagai 'easy recognizable'. Header blog akan tukar tak lama lagi. Selepas ini juga, saya akan fokus untuk membangunkan blog untuk hasil kerja seni dan design, sebagai rujukan portfolio saya.
Bila saya fikir semula, kenapa saya mahu ketuk hati ni? Sedangkan hati ini milik Allah? Layakkah? Hati ini sifatnya sedih. Kita bertanggungjawab nak menguruskannya. Dan...sampai bila mahu diketuk jika bukan kita sendiri yang mengubahnya sekarang jua?
Semoga terus istiqamah dalam dunia blog ini dan tidak jemu untuk kongsikan pengisian yang ada manfaatnya untuk orang lain...