Bismillahirrahmanirrahim,
Majlis konvokesyen UIAM kali ke 29 telah pun melabuhkan tirainya semalam. Tetapi Pesta Konvokesyen (Convest'13) masih lagi rancak berjalan. Menghitung hari untuk bertugas sebagai committee untuk Grand Wedding pada 23 November ini.
Di sini saya kongsikan sebuah kisah ringkas yang saya cedok hasil dari perbincangan bersama rakan-rakan usrah.
[KISAH DI HARI KONVOKESYEN]
".....Seorang pelajar di sebuah universiti ulung ini telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik kesuluruhan. Dengan pencapaian akademiknya yang cemerlang itu, maka pihak universiti dengan rasa hormat menjemput beliau untuk berucap di atas pentas di hadapan ribuan pelajar2 dan ibu bapa yang ada di dalam dewan konvokesyen itu.
Pada hari yang berbahagia khususnya buat para graduan, pastinya rasa terharu, bangga jika dipilih sebagai antara mereka yang cemerlang.
Setelah beliau menaiki pentas dan berucap sepatah dua kata, para hadirin dipanah dengan rasa terkejut apabila dengan tidak semena-menanya beliau MENGOYAKKAN scroll yang beliau terima itu di hadapan khalayak. Ramai yang tertanya-tanya. Tak kurang juga ada yang rasa marah dek perbuatan seumpama itu sepertinya 'biadap' dalam majlis yang penuh protokol ini.
Kenapakah beliau begitu berani berbuat sedemikian rupa?Jawapan beliau...
"Saya memang boleh menjawab kertas-kertas exam ketika di dewan peperiksaan. Tapi cuma satu yang tak dapat jawab iaitu soalan hati saya. Persoalan hati itu, apakah yang diiginkan oleh hatiku? Siapakah aku? Apakah matlamatku? Dari manakah aku?..." [hati yang gersang]
Wallahualam... perkongsian usrah mlm td
~Sungguh luhur hati pelajar ini. Mencari ilmu bukanlah hanya kerana kertas exam mahupun sekadar menyedapkan hati. Tetapi mendalami apa yang tersirat dalam hati sebagai seorang insan di muka bumi ini.
Mungkin menyarung jubah dan memakai topi mortar board di hari konvokesyen itu adalah nikmat terindah bagi para graduan setelah bersusah payah bertarung menuntut ilmu bersama air mata terharu. Tetapi setelah membuka jubah itu, air mata kesedihan pula menjelma, memikirkan hutang PTPTN yang belum dilunaskan, pekerjaan yang belum dapat, sumber pendapatan untuk membina bahtera perkahwinan, dan juga mencari nafkah buat keluarga tersayang. Sungguh hidup ini penuh dengan tanggungjawab .
Koreksi semula matlamat asal kita menuntut ilmu. Setelah disogok dengan budaya, ajakan kawan2, asakan situasi, boleh jadi matlamat kita berubah. Sungguh kita insan lemah, tinggi rendah daya intelek seseorang bukan menjadi kayu ukur untuk ke akhirat. Semoga Allah permudahkan perjalanan kita sebagai seorang mahasiswa dan pasca nya kelak. ~