Post Terbaharu :

Showing posts with label mahallah talhah. Show all posts
Showing posts with label mahallah talhah. Show all posts

Saturday, November 9, 2013

Travelog Ke UIA Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim,
Ini adalah secebis coretan pengalaman saya ke UIA Kuantan pada 1 - 3Nov 2013 yang lalu.  Travelog ini sungguh bermakna, kerana sukar untuk dirasai di lain waktu tambah lagi saya pergi ke sana secara bersendirian. 

Entahlah macamanalah saya boleh sebegitu nekad nak ke sana. Padahal, minggu tu banyak paper midterm. Semuanya bermula bila sahabat di sana, Shifa ajak datang ke sana memandangkan hari Sabtu haritu cuti Deepavali. Banyak nilai yang saya pelajari melalui travelog bersendirian ini.



Pertama-tamanya, saya tidak berniat untuk 'kondem' mana-mana pihak dalam entri ini. Cukuplah kita melihat dan menilai denga sudut hati ini. Penulisan kali ini agak kurang serius.


::Kronologi:: 

-1 NOVEMBER 2013-
Pagi ni, ada last paper midterm di CAC. Lepas habis exam, terus ke bust stop depan Edu. 
Masa tu dah terlepas bas. Nasib baiklah ada seorang sister ni yang boleh diajak berbual. 

Si Nafisah misscall sampai 6kali. Dia sempat kejar Lily. Rupa-rupanya dia belikan Lily kek kopi oreo dengan pavlova sempena ulang tahun kelahiran lily. Sungguh pemurah si Nafisah ni. Kami sempat makan kek tu sekejap dekat bus stop tu. Sementara pavlova tu Nafisah hadiahkan untuk dimakan bersama sahabat, Shifa di sana.

Bas rapid takde pulak waktu orang tengah solat jumaat. Jadi Lily dengan sister tu naiklah teksi. Ni first time naik teksi sejak masuk UIA Gombak. Tambang dikenakan dalam RM8.

Sampai je di LRT Gombak, keadaan di situ sangatlah sunyi. Sungguh, rasa takut & risau menyelubung diri. Ye lah, baru sahaja minggu lepas ada kejadian tikam menikam di situ. Sampailah masa nak beli tiket pun rasa menggigil. Barulah masa ni fikir betapa pentingnya  baca Mathurat setiap hari untuk kita minta perlindungan daripada Allah. Mati tu boleh datang tiba-tiba je. Samada tragis, sadis, nostalgis atau sebagainya. :-(
Tiba di stesen bas Jalan Pekeliling, Lily terus beli tiket bas. Bas yang ada pukul 3.30petang iaitu bas Cosmic ape ntah. Harga tiket dalam RM24.20. Kali ini tak sangka pulak dapat naik bas 2 tingkat. Seram sejuk rasanya. Lagi-lagi nanti nak kena lalu highway karak. 
Masa jalan di lebuhraya Gombak, terkejut juga bila nampak kuliyyah Lily iaitu KICT betul-betul ada dekat dengan highway ni. Baru tahu, belakang KICT ni rupa-rupanya ada jalan ke arah pantai timur. Patutlah Shifa kata dia asyik nampak UIA Gombak masa perjalanan yang lalu.
Sepanjang dalam bas, Lily tak tidur langsung. Sebab jalan lebuhraya di sana agak menarik perhatian. Banyak hutan sepanjang perjalanan. Orang yang duduk sebelah pun tengok pelik je Lily asyik ambil gambar dalam bas tu.

SubhanaAllah. Cantik seni awan pada petang itu.
Selepas 3jam perjalanan, alhamdulillah tibalah jua di terminal bas Kuantan. Terminal ni agak baru. Bentuknya pun macam di TBS. Selepas solat zuhur& asar di sini. Lily terus ke UIA dengan perkhidmatan delivery oleh pelajar UIA sendiri.Dia charge dalam RM7. Di sini, kalau naik teksi agak mahal, dalam RM15 sebabnya teksi di sini tak menggunakan meter. Konsepnya lebih kepada kereta sewa.

-------------------------------------------------------------------


Tiba je di UIA Kuantan, MasyaAllah kelihatan pintu gerbangnya agak cantik, menarik perhatian bagi pengunjungnya. Jalan di sini agak pelik sikit. Kalau di UIA Gombak, jalannya satu hala mengelilingi kampus, di sini walaupun 2 hala tapi tak dapat mengelilingi satu UIA Kuantan ni. Lagipun jarak bagi setiap kuliyyah dan semua bangunan semuanya berjauhan.

Lily terus ke Mahallah Maimunah. Mahallah ni berdekatan dengan Masjid. Keluar je dari kereta, tengok lampu jalan sangatlah malap dan suasana di sini sangatlah sunyi bak kata orang 'xde life'. Di situ, bermulalah pemerhatian mengenai fasiliti di kampus ini. Sebenarnya, Lily fikir student2 dekat sini selama ini hidup serba 'mewah' dan 'senang' di sini. Sangkaan itu meleset. Lily mula insaf pada waktu itu.

Masa sampai di sini, terlupa nak mesej si Shifa dek sakan teruja merasa UIA Kuantan ni. Tersempaklah dengan Shifa di Mahallah. Allah...rindu rasanya jumpa Shifa masa tu selepas 2 bulan berjauhan. Shifa pun nampak semakin kurus. Kurang makan agaknya. Sedangkan hidupku di Gombak, asyik makan je kerjanya. 

Malam itu, Lily solat maghrib&isyak di musolla Mahallah. Macam biasa, di musolla mesti ada sister-sister buat usrah. Cuma keadaan musolla di sini takdelah 'seindah' mana seperti di Gombak. Kedudukan one stop center mahallah pun seperti kurang strategik. Benarlah kata Shifa, bila duduk di IIUMK ni, kita asyik nak bandingkan je antara IIUM Kuantan dengan IIUM Gombak.
Selepas itu, kami terus ke cafe mahallah. Cafe ini terletak berdekatan dengan Mahallah Talhah. Tempatnya terpencil dan agak jauh dari Mahallah Maimunah. Lily order kue teow kungfu sementara si Shifa order bihun sup herba dengan burger daging cheese special. Tapi kan....yang tak bestnya harga makanan di sini agak mahal dan  rasanya agak masin!          Mungkin cara orang sini memasak kot. Kami makan kek pavlova yang Nafisah bagi tu bersama.

Seterusnya kami pulang ke bilik. Reka bentuk mahallah di sini lebih kurang seperti di Gombak cuma di sini lebih cantik dan unik. Lagi-lagi bila kedudukannya berdekatan dengan hutan. Nampak seperti tinggal di villa atau resort. Damai rasanya.  

Inilah gambar compartment mereka. Ruang tamunya agak luas. Compartment menggunakan papan. Susunan katil, meja belajar, almari sama seperti Mahallah Asma UIA Gombak. 

Cuma di sini lebih banyak nilai tradisionalnya. Itu yang Lily suka. Sebab rasa tenang.


Malam itu, Lily berkenal-kenal dengan roomate Shifa iaitu Aisyah, Siti dan Atie. Mereka semuanya baik-baik belaka dan sangat periang. Patutlah, walaupun fasiliti di sini agak 'kurang' dibandingkan Gombak, tetapi sikap mereka banyak bagi impak positif dalam kehidupan di sini. Malam itu kami, menonton filem 'Curse of Chucky' bersama.

Lily dan Shifa tidur pukul 3.30pagi. Kami banyak berbual-bual tentang keadaan di sana dan  banyak bincang pasal soal fiqh, isu politik dan isu semasa.

------------------------------------------------------
-2 NOVEMBER 2013-

Pagi itu, kami takde buat apa sangat. Banyak meluangkan masa di dalam bilik. Sementara Lily sibuk menyiapkan kerja-kerja design untuk AGM silat nanti. Masa tu juga, kami sibuk plan untuk pergi jalan-jalan di East Coast Mall (ECM).
Ini adalah pemandangan dari tingkap bilik. Cantik kan?

Petang itu, kami ke ECM menggunakan perkhidmatan delivery oleh Kak Kim. 5 orang penumpang sumbat dalam satu kereta. Kesian Shifa & roomate nya kena berhimpit-himpit dalam kereta tu. Kui..kui..kui...

Di sini, pengangkutan awam amatlah sukar untuk ditemui. Memang di sini ada bas Rapid Kuantan yang keluar masuk dalam UIA ini. Tapi susah sangat nak jumpa bila bas tu akan lalu. Pelajar-pelajar di sini banyak berdikari mencari perkhidmatan delivery atau kereta sewa. Mungkin juga mereka sudah berhabis banyak wang untuk mendapatkan perkhidmatan seperti ini. 

Sedangkan Lily hanya perlu berkorban RM1 untuk naik bas Rapid KL selama ni. Kita dah terlalu senang kot!
Dalam perjalanan ke ECM, kami ternampak sekumpulan pemuda yang naik kereta sedang bergaduh dengan orang cina. Dipercayai kereta cina tu tercalarkan  bumper belakang kereta pemuda itu. Padahal takdelah calar mana pun. Lily rasa takut masa tu. Risau ada kejadian yang tak diingini berlaku. Kalau tak pun, takut je ada rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina je nanti. Melayu ni dah lah semakin bobrok ahlaknya. Agama jelah yang dapat bimbing kita sekarang ini.

Perkara pertama yang kami buat di sini adalah makan! Lapar sangat masa ni. Kami singgah di KFC. Shifa yang belanja Lily makan sempena hari lahir Lily. Terima kasih Shifa, sayang sangat kat Shifa ni.
Ecah : "Jom! Kita makan!" [muka lapar]
Ct: "Copeklah makan, den lapor benor nih" [muka tahan lapar]
Lily : "Makanlah burger untuk tmbesaran sihat" [sihatlah sangat]
Aty : "Makan sudu pun boley" [xde benda lain ke nak makan] 
Shifa : "Comeynya daku..." [perasan. kikikiki]

Kami sibuk berjalan-jalan di sini sambil membeli barang-barang keperluan di gedung Big Aeon. Kami pulang ke UIA pada malam itu dengan menaiki teksi yang tambangnya RM20. Kalau naik ramai-ramai murahlah sikit.

Si ecah ada beli shawl/pashmina di situ. Tapi sayangnya shawl itu tertinggal atau tercicir semasa perjalanan pulang. Ini pertama kali dia nak mengenakan pakai shawl tu. Dia ada mengingatkan, 'mungkin ada hikmahnya shawl tu tercicir. Mungkin Allah tak izinkan dia pakai shawl tu buat masa ini'. Kalau Lily, dah panik & kalut nak cari barang yang hilang tu. Seolah-olah macam tak redha dengan 'kehilangan'. Inilah yang dikatakan, 'terima dengan penuh hikmah'.

---------------------------------------------------

Malam itu juga, Lily ke Mahallah Talhah untuk berjumpa dengan bekas roomate tercinta iaitu Fathin Nur Syakirah. Allah...part ni sangat rindu. Teman sebilikku yang selalu membawa keceriaan selama ini, kini ku temui di bumi Kuantan ini. Fathin ni memang tak banyak berubah. Asyik study dan makan kue teow kungfu. 

Kami banyak berkongsi cerita kehidupan semasa di Gombak dan di Kuantan ini. Fathin ini pernah duduk di UIA Gombak masa tahun pertama dulu. Dia juga asyik membandingkan kehidupan sekarang dengan yang dahulu. Demi cita-cita, dia juga banyak mengingatkan dirinya untuk menerima hidup di situ dengan redha.

Inilah keadaan bilik di Mahallah Talhah. Ruang tamu tersangatlah luas. Keadaan compartmentnya sama seperti di Mahallah Hafsa UIA Gombak. Kebanyakkan perabotnya terdiri daripada besi.

-----------------------------------------------------
-3 NOVEMBER 2013-

Hari yang menyedihkan memandangkan hari ini hari yang terakhir Lily berada di sini. Singkatnya waktu. Kalau diikutkan, Lily nak balik ke Gombak hari selasa (cuti Awal Muharram). Tetapi, Shifa mengingatkan tanggungjawab untuk pergi ke kelas hari Isnin tu.

Pagi itu, Lily & Shifa pergi melawat Ija, roomate masa CFS. Ija pun semakin comel. Kami sempat berkongsi cerita dan khabar. Ikut plan, kami nak bertawaf satu UIA Kuantan ini, tapi  Allah tak izinkan. Bumi UIAM Kuantan dibasahi hujan. Jadi kami terus ke Cafe untuk makan tengahari. Masa ni, tersempak dengan si Qila, kawan semasa CFS. Nak jumpa Ruru, dia pulak ada di Gombak ketika itu (nak melawat suaminya la tu). 

Inilah keadaan cafe di sini. Terletak di atas sungai. Lily makan lauk ikan keli masak sambal dan sayur kangkung. Bukanlah nak mengata, tapi kedua-dua lauk itu sangat masin dan mahal. Kalau di UIA Gombak boleh dapat harga RM3. Di sini dikenakan RM4-5. Hmm...entahlah macamana pelajar-pelajar di sini banyak belajar bersabar.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan untuk melihat kuliyyah-kuliyyah di sini. Ini adalah laluan dari Mahallah talhah ke kuliyyah.
Cuaca ketika ini amatlah panas walaupun selepas hujan. Yang di belakang itu kuliyyah Pharmacy. Lily tak sempat nak ambil gambar penuh di situ. Tengah-tengah jalan ini ada roundaboard.

Ini mahallah baru yang sedang dibina. Tahun depan pelajar-pelajar akan berpindah di mahallah ini. Cantik dan besar sangat. Konsep mahallah ini pun dah lari dari konsep UIA sebab biasanya mahallah UIA cumalah 4 /5 tingkat dan bentuknya sama dengan semua mahallah. Inilah ganjaran buat pelajar-pelajar UIA yang sudah banyak bersabar di sini.
Perjalanan seterusnya ke Kuliyyah of Science (KOS). Jauh juga nak ke KOS ini dengan berjalan kaki. Jaraknya lebih kurang dari Mahallah Asiah ke KICT yang memerlukan 15-20minit perjalanan. 
Ihsan gambar Lily Insani yer
Ramai kata, KOS ni satu-satunya kuliyyah paling buruk di UIA Kuantan ini. Lily tengok cantik je. Harmoni gitu. Cuma kesian sikit bila Shifa kata di sini takde cafe. Yang ada pun macam orang jual nasi lemak di satu tempat. Kesiannya pelajar-pelajar di sini. Nak dapat cafe pun payah.Terpaksalah mengharapkan cafe di mahallah sahaja.

Oleh kerana penat dan kepanasan, kami pulang ke mahallah sementara Lily boleh bersiap-siap untuk pulang.Tak dapatlah nak tawaf satu UIA ini. Tapi ini pun sudah memadai.  Sebelum itu, Shifa sempat belikan kek coklat moist untuk Lily. Sweetnya Shifa belanja kek ini. 

Petang itu, Lily terus ke terminal bas. Tiket yang ada pukul 4.30petang melalui bas Utama Ekspress.Tak best sikit masa ini, sebab dapat tempat duduk belakang sekali & kena duduk sebelah lelaki. Di sini, Lily tersempak dengan Syarif, pengawas junior masa sekolah dahulu. Tak sangka, dari Batu Pahat boleh tersempak di Kuantan ini.
Tiba je di Kuala Lumpur, keadaan di situ sedang banjir kilat dan sesak dengan kereta yang nak ke Shah Alam sempena perlawanan bola sepak. Perasaan semakin sayu ketika ini. Rindu pada UIA Kuantan masih lagi terpahat di hati....


Sungguh, UIA Kuantan banyak mengajarku erti sabar,syukur dan redha.
Kalaulah kita tak reti nak menghargai dan rasa bersyukur dengan nikmat kesenangan
(walaupun ada peritnya) ketika zaman belajar ni, 
suatu hari nanti kita akan rasa lelah dengan rasa bodoh.
Mahu apa lagi, wahai manusia yang tamak ini?

------------------------------------------------
Untuk Shifa dan roomate,
Terima kasih sudi menjemput dan menerima kehadiran Lily sepanjang Lily berada di sana.
Semoga Allah membalas jasa budi kalian.
Sungguh tabah diri kalian menempuhi hari-hari di sana.
Semoga dipermudahkan segala urusan di sana.

Untuk Shifa, Lily sayang Shifa <3
Ramai kata kita macam adik beradik, 
walaupun kita tak pernah sama dan serasi dalam apa jua aspek,
inshaAllah kita sama dalam perjuangan dalam mencari erti redha Allah.