Post Terbaharu :

Showing posts with label quadcopter. Show all posts
Showing posts with label quadcopter. Show all posts

Wednesday, March 23, 2016

Minat & Hobi Itu Suatu Pembaziran?

Bismillahirrahmanirrahim,
Baru-baru ni, saya mula meletakkan minat dalam aktiviti permainan quadcopter atau dikenali sebagai drone. Untuk langkah permulaan, saya beli mini drone yang berharga RM90 di mall Jalan TAR.
Permainan ni kan untuk orang lelaki je?
Eh taklah, bagi saya permainan RC terbuka untuk semua. Kenapa nak klasifikasi gender?
Kat Youtube siap ada mak orang lagi tu main & buat review pasal drone ni. 
Saya tertarik dengan ilmu aircraft, terfikir macamana benda tu boleh terbang. Mungkin lelaki yang lebih dominasi sukan ini. Perempuan lebih tertarik di depan cermin. Lagipun, saya teringin nak mencuba bidang Aerial Photography.

Ada seorang kawan ni, dia kata, 

"Kenapa lily beli drone tu, membazir je.... 
Instead of beli benda tu, baik lily pergi beli cermin mata baru."

Wohoo...sentap juga kata-kata dia itu. Yup betul, cermin mata saya pakai sekarang ni dah patah, dibalut dengan saletip tebal. Mungkin dia tak tahu, saya berhempas pulas set bajet antara keperluan dan kemahuan. Kalau kita ni ada bajet lebih, boleh lah beli apa yang kita nak sebagai tanda penghargaan buat diri sendiri.

Pesanan dari sahabat saya,  AI Usher
"Dalam dunia ini, ada org minat kumpul action figure, lego, keris, modified kereta, kumpul brg antik. Minat org kan. xperlu plekeh minat org yg xsama dgn kita

Bagi org lain yg xsama minat dgn kita. Dia akan kata bazir duit. 
Konklusinya, jika sesuatu tu jd minat seseorang, hormati. Tak perlu kutuk."