Post Terbaharu :

Thursday, May 5, 2011

Sanah Helwah Nafisah!

Salam alaik.
Buat Nurul Nafisah Kamis yang merupakan seorang sahabat sekelas suatu ketika dahulu yang juga cemerlang dalam akademiknya,alhamdulillah Allah masih melanjutkan umur sahabat yang menuntut jurusan kejuruteraan ini yang telah berada dimuka bumi ini selama 19 tahun pada 4 mei yang lepas.
SELAMAT HARI LAHIR KE 19.


Ketuk-ketuk Hati: Tiada hadiah yang istimewa (klik di sini) yang dapat ku hulurkan melainkan ku sisipkan doa agar maghfirah dan rahmat Allah sentiasa mengiringimu....

maafkan Lily lambat hantar entry kali ini.

Persediaan Ambil ICT Core Coures

Salam alaik.
Ramai yang menguar-uarkan subjek-subjek ICT Asasi UIA ni agak mencabar minda kita.
Benarkah? Tidak terbandingkan subjek bagi jurusan MEDIC,PHARMACY,ENGINEERING dan sebagainya?



"Tukar mind setting kita, jangan awal-awal kata SUSAH!"
~Syifa Tahir~






Sahabat saya yang akan melabuhkan tirai sebagai penuntut asasi ini meninggalkan pesanan buat saya:



DATABASE :
Banyakkan praktis dan fokus dalam kelas.

MATHEMATICS 3:
*Banyakkan praktis,kreatif dan kritis.
*Study semula MATH 1&MATH2 berkaitan Differentation dan Integration.

Hardware&Troubleshoooting :
*Banyakkan menghafal.
*Banyak berkaitan COMP1.

Programming:
*Fahamkan konsep dan berfikiran kreatif,
*Think out the box.

Ketuk-ketuk Hati: Getirnya terasa sebelum menghadapi. I BELIEVE,I ACHIEVE

Nak Jadi Sahabat Macam Ini

Salam alaik.

(Gambar semasa sambutan Birthday Sazila,SCS)

Sahabat yang baik ialah seorang yang menjaga hubungan dengan kedua ibubapanya, adik beradiknya dan yang paling penting menjaga hubungannya dengan Allah, setelah itu barulah kita sebagai sahabatnya.
~Bro Marzuqi Rameli~


Ketuk-Ketuk Hati :Kita Bertemu Lillah,Kita Berpisah Lillah,Bergembira Kita Alhamdulillah,Bergaduh Kita Nauzubillah.Mengertilah apa yang perlu ada dalam diri sebagai seorang sahabat.Ingat-ingatlah jikalau kita tidak mengajak sahabat ke arah kebaikan, apa nak jawab kat akhirat kelak?

Wednesday, May 4, 2011

Ukiran&Tulisan Buat Sahabat

Salam alaik.

Andai seorg sahabat membuat kebaikan, ukirlah diatas batu agar ia tersemat dihati & kekal sebagai memori terindah...dan seandainya seorg sahabat membuat kesalahan,tulislah ia diatas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan.."
~Zatil Farhani~



‎"Apa tujuan bersahabat? Adakah sebagai tempat meluah masalah semata-mata?
Apabila masalah itu selesai, atau sebaliknya xmencapai penyelesaian,
PUTUS di situ persahabatn itu? Huhu, mudahnya macam tu..."

Sahabat, masa senang dan susah,
Sahabat, kerana ALLAH adalah yg paling bermakna...
Susah senang bersama...
Saling menolong ke jalan ALLAH, kerana ALLAH
Saling mengingatkan kepada ALLAH...

Lihat kembali, kenapa dan apa tujuan kita bersahabat...

Tidak pernah terlintas dlm hati, utk melupakn persahabatn ni,
Tidak pernah terlintas utk membiarkan shbt dlm kesusahan...
Cuma terkadang aku putus asa, terkadang aku alpa...
Kerana? Aku manusia, dan juga punya rasa...
~Huda Fauzi
~

Tuesday, May 3, 2011

Hanya Kerana Prereg, Hilang Separuh Jiwa

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
~surah Al-Mukmin ayat 60~


Salam alaik.astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...
mungkin inilah bait-bait kalimah yang sebaiknya saya ucapkan tika ini.

Kepala seakan-akan pening-pening lalat dek kerana 'taksub' merencana subjek yang perlu didaftar bagi semester akan datang ini.

Sudah pastinya subjek yang bakal menjelma mencabar minda saya khususnya subjek mathematics 3,database,programming dan juga troubleshooting. Math3 dan Programming yang terpaculnya mulut sebagai subjek 'killer' itulah yang menghantui minda saya.Persoalannya di sini, apakah kombinasi yang baik bagi subjek-subjek tersebut?
SAYA RISAU TERSILAP MENGATUR LANGKAH!


"Tak perlu ikut orang lain, ikutlah diri sendiri. Kita yang bakal menempuhinya sendiri"
~Shifa Roslan~

"Lily, istikharah lah dalam pemilihan"
~Nurul Azri Md Ali~




Ketuk-Ketuk Hati:
FIKIRLAH,TETAPI TIDAK PERLU KHUATIR (klik sini)
YAKINLAH DENGAN KEIMANAN, INSHAALLAH DIA SENTIASA BERSAMA


Ku takkan pernah cuba berhenti....langkahku mencariNya

Monday, May 2, 2011

Penangan Bubur!

Salam alaik.
Ketuk-ketuk Hati: usia muda perlulah dilengkapkan dengan galian sebanyak ilmu dan juga variasi kemahiran.Salah satunya kemahiran memasak.



Alhamdulillah,inilah bubur puteri mandi hasil daripada tangan saya,emak dan kakak.