Post Terbaharu :

Saturday, September 17, 2011

Untuk Warga CFS IIUM

p/s: promote bunting baru daripada insaniahcorner photography


‎"Tiada istilah lewat dalam menuntut ilmu,
selagi hayat dikandung badan,
terokailah ia,
sesungguhnya ilmu Allah itu amatlah luas"


~Orang yang berilmu itu adalah 
orang yang selalu memanfaatkan ilmunya~


ALL THE BEST FOR FINAL EXAMINATION


especially for my roomate,Ruzanna&Aishah,my neighbourmate-Shifa,Mira,Pysah&Fatin, my classmate-Bibea,Yaya,Muna,group 105,401,404, and all CFS IIUM students"

Wednesday, September 7, 2011

Jaga Pandangan Tentang...

Bismillahirrahmanirrahim,
Ketuk-Ketuk Hati:

‎"Terlalu kerap memandang kelemahan seseorang,

bukanlah suatu yg baik"

Mulia dan baik sangatkah kita ini?

Sunday, September 4, 2011

Manusia Takut Ini

Bismillahirahamanirrahim,

Kebanyakan Manusia Takutkan Ini:
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I



Salah satu ketakutan manusia. Takut orang menilai&mengkritik.

Mungkin Ini Dunia Semata-mata,
Maka Seimbangkanlah Duniawi dan Ukhrowi Itu....

Saturday, September 3, 2011

Mudah Ke Hidup Berkeluarga Suatu Hari Nanti?

Bismillahirrahmanirrahim,

Ketuk-Ketuk Hati: "Mudah ke aku hidup berkeluarga suatu hari nanti?"

Pabila berkunjung rumah sanak saudara baru-baru ini, kelihatan sepupu-sepupuku yang dahulunya teman saya bermain 'pondok-pondok','masak-masak','kahwin-kahwin' dan macam-macam lagi di kampung, kini sudahpun berkeluarga yang sibuk melayan karenah tetamu sambil bertatih-tatihkan anak-anak mereka yang manja. 

Kepala kian bersarang memikirkan semula, bagaimanalah kita mahu memikul tanggungjawab sebagai,suami dan isteri,ibu dan ayah suatu hari nanti. 



Sudah hampir 20 episod drama Nur Kasih saya sempat membelek-belek hinggakan terlupa tentang raya. Maklumlah taksub dengan mesej penyampaian dalam drama ni.Banyak intipati yang saya perolehi.Entahlah tetiba mendalami drama ni.

Kalau zaman kecik-kecik dahulu, ada sahaja kita memikirkan rupa 'bakal suami' sekadar 'suka-suka' sahaja .Tetapi kini, mungkin sudahpun kita kena serius mengenainya. Mungkin juga kebanyakan antara kita banyak memikirkan perkara SEBELUM perkahwinan itu. Tetapi terfikirkah kita pengorbanan dan perjuangan SEMASA dan SELEPAS pernikahan itu? 
Issh...issh....memang perkahwinan itu selangkah persediaan ke arah 'kesusahan'.Sudah bersediakah dan sanggupkah kita menghadapinya? Nak ambil hati bakal suami lagi.Nak ambil hati bakal mak ayah mertua lagi tu.Nak beli rumah lagi tu. Nak seimbangkan komitmen antara pelajaran dan keluarga pulak tu. Macam-macam lagi lah. Issh..Issh...

Fikirlah tentang tanggungjawab dan kebersanggupan kita dalam mencari erti perjuangan hidup menerusi perkahwinan....
"Aku Belum Bersedia,Tetapi Aku Harus Berusaha Ke Arah Persediaan"

“Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dgn mas kahwinnya RM..”
Itu yg tersurat.....
Tersirat? ini dia:
“Aku tanggung dosa2 si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya, & aku tanggung dosa bakal anak2 aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah badan aku”
from: Br.Syahmi&Afiq





Salam Aidilfitri daripada KETUK-KETUK HATI
Bersama kita menyucikan fitrah insani

Mohon Maafkan Diri Ini 







Monday, August 29, 2011

E-Card Raya


"Aku Tidak Mahu Berkawan Denganmu 
Jika Tidak Memberi Manfaat Pada Urusan Akhiratmu...."

~Selamat Hari Raya~

Saturday, August 27, 2011

Mengapa Graf Iman Menurun Di Akhir Ramadan?

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam Ramadan Karim....
Pernah saya membaca satu sumber (kalau xsilap majalah solusi), memperihalkan iman dan amal kita yang ditafsirkan menggunakan graf. 
Apa yang saya lihat adalah pada awal Ramadan,graf kita berada dipuncak. Mungkin ianya mempamerkan sikap dan ghairahnya kita untuk menyambut Ramadan.


Kalau diperhati di musolla ground floor Mahallah Khadijah, setiap malam pasti ada sahaja dipenuhi dengan sister-sister yang sedang bersolat,berzikir, mengaji, dan beritikaf. 
Mana tidaknya, masing-masing berlumba-lumba untuk beramal di bulan yang dimuliakan Allah S.W.T ini. Tambah lagi, kalau di bulan-bulan yang lain, amal kita pahalanya hanya 1 sahaja, dibulan Ramadan inilah pahala kita digandakan. Nah.....untung bukan?


Hari-hari Ramadan silih berganti, akhirnya sampai jua di 10 malam terakhir. Di musolla, hari demi hari jumlah sister-sister semakin berkurangan. Mengapa ya? Mungkin ramai sister yang 'ABC' ,atau mungkin banyak program Iftar di luar sana, atau mungkin ada kelas ganti atau mungkin buat persiapan untuk pulang ke rumah,atau mungkin banyak komitmen lain dan sebagainya. 
BERBALIK PADA GRAF IMAN


Tergaru-garu kepala saya, MENGAPA GRAF YANG DIPAMERKAN PADA 10 MALAM TERAKHIR JATUH MENJUNAM? Bukankah biasanya manusia berebut-rebut beramal sepanjang 10 malam terakhir itu dengan penuh pengharapan menemui malam Lailatul Qadar iaitu malam terbaik daripada 1000 bulan? Dan bukankah sepatutnya graf kita melonjak tinggi?



Mengapa kita masih 'BERAT' untuk memuktabarkan amal ini?

Mana tidaknya,mungkin ada di antara kita: 


Memendam perasaan,memikirkan baju apa yang nak disarung pada hari raya nanti.

Masing-masing  takjub nak pulang ke rumah menyambut Aidilfitri. Sambil memikirkan harapan ibu bapa yang menunggu kepulangan anakanda mereka.

Lebih-lebih lagi, kalau berada dirumah memang tidak dinafikan agak PAYAH bangun malam untuk merintih menghadap Ilahi.

Bonus, expo raya beroperasi sehingga 2 pagi!

Mengertilah saya,mengapa graf iman kita 'menurun' pada 10 malam terakhir Ramadan. Pilihlah antara "Tinggal 10 hari lagi kita menyambut Aidilfitri" ATAU "Tinggal 10 hari lagi kita berpuasa". Apa status Ramadan kali ini? Layakkah kita menyambut Raya?


JOM,SAHABAT-SAHABAT SEMUA.MEMANDANGKAN RAMADAN TINGGAL SEHARI DUA JE NI, MARILAH KITA MANFAATKAN MASA-MASA YANG ADA YANG GANJARANNYA SUKAR DICARI PADA WAKTU LAIN. SIAPA TAHU,INI MUNGKIN RAMADAN TERAKHIR KITA.... 
~SELAMAT BERAMAL~