Bismillahirrahmanirrahim,
(Surah yassin 82:83)
" Awak Cantik Sangat Hari Ini"
Kembang mekar hati si gadis bersama pipi yang kemerah-merahan
pabila orang lain memujinya.
Ketuk-ketuk Hati:
- Jika orang memuji kita, ALHAMDULILLAH disebut bukan kerana pujian,tetapi sebagai tanda syukur pada Ilahi yang memelihara aib kita daripada dilihat oleh orang yang memuji.
- Jika orang memuji kita,ingat-ingatlah bahawa kelebihan yang Allah bagi itu hanyalah bersifat sementara,tiada yang kekal di dunia ini.Bila-bila masa sahaja Allah berkuasa menarik balik pinjamanNya.
“Jika Allah sudah berkata ‘KUN FAYAKUN’, jadilah! Maka jadilah ia. Maha Suci Allah, yang ditangan-Nya Segala Kekuasaan, Kepada-Nyalah semua urusan dikembalikan ”