Post Terbaharu :

Sunday, August 26, 2012

Syoknya Bergambar di Hari Raya,Tapi...

Bismillahirrahmanirrahim,
Pastinya tiba di hari lebaran,ramai antara kita suka merakam gambar kan? Baik menggunakan DSLR, kamera kompak ataupun kamera henset sahaja.


 Boleh je nak amik gambar sebagai kenangan di hari yang mulia ini tapi!!!.....

|
|

|

|
|
|
|

|
|

|

|
|
|
|

|

|

|
|
|
|

|

|

|
|
|
|

|

|

|
|
|
|

|

|

|
|
|
|

|
|

|

|
|
|



  @@@     @@@


  @@   @@
  @@@

 @

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri 2012

Bismillahirrahmanirrahim,
Terimalah bingkisan yg xsecantek ini....

Semoga dikelahiran syawal ini dapat kita sama2 membersihkan hati kita , 
mejadikn KEMENANGAN UMAT ISLAM ini sbg satu anjakan buat kita.....
jom, sama2 kita sucikan fitrah kita sbg insan yg hina dan bersederhana ini yg hakikatnya byk kekurangan diri dan sering melakukan kesilapan ini.... 

Selamat Hari Raya buat Semua Umat Islam...


Monday, August 13, 2012

Hayati Baik-Baik IKLAN RAYA BERNAS 2012

Bismillahirrahmanirrahim,
Pertama kali saya tonton iklan video pendek ni terus sebak.

Tak silap video ni dah pun dipublishkan semasa awal2 Ramadan haritu. Ramai kawan2 di Facebook share2 video ni. Saya tak terasa nak tonton pun ketika tu sebabnya itu adalah iklan raya,jadi kena tonton masa hampir2 raya.Bak kata orang "Baru Feeling!!!!"

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ianya berkisarkan tentang perjalanan ke kampung antara 2 orang anak yatim iaitu Rafizi dan Ahmad.

Ada beberapa aspek yang memikat hati saya untuk mengulas serba sedikit.Dalam masa yang sama ia menjadikan saya lebih insaf :

1.  Kekurangan Diri
Si Rafizi adalah insan yang cacat penglihatannya manakala si Ahmad pula kurang dari segi pertuturannya. Perhatikanlah mereka, bagaimana mereka boleh saling bergantung walaupun masing-masing punya kekurangan diri. Jika insan biasa, pastinya berkerut dahi memahami bait-bait pertuturan si Ahmad. Tetapi si Rafizi faham setiap apa yang dikehendaki Ahmad. Itulah istimewanya golongan 'istimewa' ini. Mereka ada 'sesuatu' yang kita tiada. Di sebalik kekurangan ada kelebihan. Contoh,cuba anda letakkan jari anda di bahagian titik-titik yang ada di wang kertas. Apa yang anda rasa dan apa yang anda dapat? Bagaimana si buta boleh tahu nilai RM pada note ringgit tersebut? 

2. Status Keluarga
Mereka adalah anak yatim yang tinggal di rumah Anak-Anak Yatim. Mungkin di antara kita masih lagi ada kedua mak dan ayah. Petikan perbualan di rumah kebajikan tersebut" Fizi, ko balek mana esok?" Balas si Fizi,"Kami tak ada keluarga,raya di sini kot". Allah2x, sayu saya mendengar suara comel si Rafizi itu. Kita masih lagi boleh berhari raya bersama keluarga,adik beradik mahupun saudara mara sambil mendengar gemersik lagu 'Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman. Mereka tiada sesiapa.

3. Pandai Berdikari
Acap kali kita dengar,"Umur baru setahun jagung, dah pandai buat kerja xsenonoh!". Itu tidaklah tepat buat mereka. "Umur baru setahun jagung, dah pandai berdikari!" Mereka nekad untuk pulang ke kampung tanpa batuan sesiapa kecuali antara mereka sendiri yang saling bergantung.  

4. Backup Plan
Mereka ke stesen bas untuk membeli tiket ke Segamat. Alangkah sedihnya tiket sudah pun habis.  Namun, ianya tak lah memutuskan harapan mereka. Plan A tak dapat, mereka guna Plan B. Seterusnya mereka mencuba nasib di stesen keretapi dengan harapan dapat pulang ke kampung halaman. Mereka bukanlah seperti kita, yang sempurna, mampu bersekolah penuh, mampu masuk ke Universiti,mampu berkerja di kerusi empuk di pejabat yang mungkin selama ini belajar sistem organisasi untuk melaksanakan plan-plan yang dirangka. Itulah istemewanya anak-anak ini berfikir secara ON THE SPOT. Walaupun ianya perkara asas, tetapi bagi anak kecil seperti mereka, tentunya suatu perkara yang 'dewasa' kan?

5. Berani
Mereka cuba bertanya kepada pemandu teksi untuk ke stesen keretapi.Pemandu teksi maklumkan destinasi yang ingin mereka tuju itu tidaklah jauh. Tapi.....sebaik sampai sahaja di stesen keretapi itu, dia maklumkan tambangnya RM10! Tidak ke mahal nilai tersebut. Saya yang hidup di CFS IIUM Petaling Jaya sebelum ini, naik teksi dari CFS IIUM ke Mid Valley baru RM8. Memang wajar tindakan anak-anak tersebut yang tidak segan silu untuk minta diskaun.  


6. Perikemanusiaan dan Tolak Ansur
Teknik imbas semula yang simple dalam video ini cukup baik. Video dimulakan babak pemandu lori cina yang marah-marah akan anak-anak yatim ini kemudian dipaparkan perjalanan anak yatim ini ke destinasi mereka. Walaupun pemandu lori tersebut marah akan perbuatan mereka, atas dasar toleransi dan keprihatinan beliau, ditolongnya nasib anak-anak tersebut. Terbaharu mungkin ada isu pertelingkahan antara kaum Melayu dan Cina (maaf, tak dapat nak dimaklumkan di sini) masih lagi berlaku. Mahukah kita mengulangi Peristiwa 13 Mei 1969 lagi? Sejarah Mungkin Berulang atau Sejarah Tak Mungkin Berulang? Bak selalu orang kata, bila dah belajar sejarah ni, kita belajar dari kesilapan yang lalu. Ye ke?

7. Rumah di Kampung
Tiba di pagi syawal, mereka sampai ke masjid. Pemandu lori kehairanan dengan anak-anak itu yang ingin ke masjid yang dikatakan 'rumah' itu. Di masjid, mereka mandi di tempat mengambil wudhuk dan berpakaian indah bersama-sama. Lihat, mereka tiada rumah....kita? Kita masih lagi duduk selesa di dalam bagunan yang bercat indah. Berlangsir cantik. Tersusun kuih-kuih raya yang terhidang dibalang meja ruang tamu. Disajikan lagi dengan rancangan raya di televisyen plasma di rumah tu. 

8. Si Ibu
Bahagian terakhir video ini ialah mereka saling menggenggam tangan semasa hendak ke suatu tempat. Seperti yang kita tahu, mereka pulang ke kampung adalah untuk bertemu keluarganya. Kita sangka mereka ingin bertemu dan memegang erat tangan ibunya, rupa-rupanya yang diusap-usap tangan adalah batu nisan ibunya di tanah perkuburan. Buat yang masih ada ibu, hari ini kita masih lagi boleh bersalam dan cium tangan ibu kita. Mereka? Hanya dapat mencium batu yang kasar itu...




Sunday, August 12, 2012

Alahai Adik-Adik...

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah kita berada di hari ke 24 Ramadan.

Sejenak sebentar tadi, selepas tamat berkerja saya berbuka di surau sambil menikmati 'Mee Tonggek Utara' bersama air bandung. Tiba-tiba terdengarlah 2 orang kanak-kanak ni bernyanyi sakan lagu Untuk Dia nyanyian asal kumpulan Sleeq dan Najwa Latif yang tengah hangat di corong radio tu.
"Untuk dia...untuk dia....untuk dia....bla..bla..."

Itulah nyanyian 2 orang kanak2 berusia sekitar 3-4tahun yang sempat ku perhatikan tadi. Nak kata sedap, hmm entahlah sebab suara kanak2 kan comel ala-ala chipmunk. 

Masa tu saya terkenang zaman kanak-kanak saya suatu ketika dahulu. Boleh dikatakan hampir kesemua lagu-lagu nasyid popular dihafalnya. Antaranya kumpulan nasyid yang 'otai' seperti Raihan, Hijjaz,Saujana,In Team, Rabbani dan sebagainya.



Pesanku buat adik2 semua, kecik2 ni sebaiknya kita  hafal lagu macam '25 RASUL' nyanyian Raihan tu dik, dah besar nanti kita baru ada semangat nak rasa cinta2 kepada Dia (Allah) &Rasul. Tak salah dik nak nyanyi lagu Untuk Dia tu dik, akak pun suka lagu tu. Bagi akak, kalau sehari tu tak dengar lagu berunsurkan nasyid atau mengingati Allah, akak rasa macam resah je. Jangan biarkan budaya hedonisme terus meresap ke urat saraf kita.

p/s: mungkin budak2 xakan baca entri ni, tapi biarlah ibu bapa & bakal ibu bapa dapat intipati yang dapat saya sampaikan walau secebis ini.

Thursday, August 9, 2012

Graduate...

Bismillahirrahmanirrahim,
Tup..tup....Ramadan akan pergi. Pastinya rasa sedih dan sayu terpahat di hati. Mana tidaknya, buat 1 amalan sahaja pahalanya berganda-ganda jika nak dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain.

Dan sekarang,lebih kurang  seminggu lebih lagi nk graduate dr Universiti Ramadan nie... :'(

Make sure semua subjek2 amalan kena score 4 flat & try dapatkan deen's list...

Mudah2an ibadah yg kita lakukan ini ikhlas dan beristiqamah...
InshaAllah...

Hanya Sebuah Lakonan...

Bismillahirrahamanirrahim,
Alhamdulillah sudah 3minggu saya berkerja di Bazaar Ramadan Putrajaya ni. Masa tengah sibuk-sibuk menyiapkan gerai, tiba-tiba kat belakang saya ada seseorang sedang mengacukan PISTOL ke arah org lain, masa tu perasaan saya cuak&cemas memikirkan nasib saya di situ.then dtglah pasukan polis kejar suspek tersebut siap dgn helikopter lg tu. Last2 dpt tahu,rupa2nya, diorang tgh shooting berlakon..." @_@
 
~Mungkin di Malaysia kita merasa cuak dgn 'musuh' hanya melalui lakonan utk FILEM shj...bagaimana nasib saudara2 kita yg berada di bawah tawanan mereka yg zalim yg sememangnya lakonan REALITI? Ada juga saudara2 kita masih berlapar dahaga tika Ramadan ni....Masih kurang BERSYUKUR KAH kita ? Memang hikmah Ramadan itu luas~