Post Terbaharu :

Saturday, June 25, 2011

Semester Ini: Kenali lah diri kita

Bismillahirrahmanirrahim
Sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat terutamanya yang sedang masih melangkah seribu kaki di alam kampus.


Renungkan diri kita selama ini.
Siapakah kita pada hari pertama menjejak kaki ke universiti?
Siapakah kita setelah memperoleh sahabat-sahabat baru?
Siapakah kita setelah tidak terkongkong oleh sesiapapun?


ATAU
untuk memudahkan penelitian dan memandang secara keseluruhan,
cuba renungkan diri kita ketika di semester pertama,kedua dan seterusnya sehingga lah hari ini.


..............................................................


Ketuk-Ketuk Hati:


Pernah saya mengadu kepada sahabat seusrah memperihalkan prestasi diri yang agak 'jiwa kacau' setelah  berhadapan dengan pelbagai situasi dalam semester berbeza yang berlainan atmosferanya di bumi UIA ni.
Secara khulasahnya,kita tatkala di........



SEMESTER 1:
KITA SEDANG MEMBINA DIRI 

SEMESTER 2:
KITA DIUJI DENGAN PELBAGAI UJIAN

SEMESTER BARU:
KITA MENGKOREKSI DIRI SELEPAS 
SEMESTER YANG LALU


Ada Apa Dgn Nora Elena?

Bismillahirahmanirrahim,
Tatkala media arus perdana hangat menyiarkan drama Nora Elena (baru sahaja tamat siaran) pasti ramai sahaja yang menyebut-nyebut kombinasi nama menarik perhatian itu.Ada yang sanggup menanti di hadapan kaca televisyen dari jam 7.00 petang hingga 8.00 malam.Bertitik tolak daripada itu juga lah ada juga termasuklah diri ini yang sanggup melewat-lewatkan waktu solat maghrib tika itu.

Walau pada hakikinya saya memang agak kurang berminat dengan mana-mana drama melayu, entah bagaimana diri yang lemah ini jua boleh turut tersangkut untuk menonton drama tersebut. Hampir 2 minggu saya menelan episod demi episod untuk mengetahui lanjutan jalan ceritanya melalui laman Tonton.com.Memang xdapat dinafikan,bila kita bersangkut paut dengan kebanyakan hiburan,mudah sahaja kita leka dan banyak mengabaikan perkara-perkara asas.

Walaupun drama ini berdominasikan tentang cinta dan kasih sayang antara insan,bagi saya lebih meneliti nilai kemanusiaan yang ditonjolkan  dalam drama ini.Antara yang menjadi tarikan saya,mengenai kesilapan manusia yang berhak diberi peluang kedua untuk menebus kesalahan dan memperbaiki diri.Selain itu juga,saya terpalit dengan kisah sikap manusia yang sentiasa berubah-ubah. Mungkin berubah ke arah yang lebih baik atau mahupun sebaliknya.

Ketuk-ketuk Hati: 
Di Dunia Ini, Ramai Sangat Manusia,Tidak Semudah Disangka Untuk Membelai Hati Mereka Sedangkan Hati Sendiri Pun Gersang.
Hati Kita Tiada Ketetapan. Bersamalah Kita Berusaha Memeliharanya.

Friday, June 17, 2011

LEBAH DAN KITA

Bismillahirrahmanirrahim,
Pernah suatu hari saya terpandang ilustrasi gambar lebah sedang memikul tempayan madu.Lantas,kepala ini terngiang-ngiang dan dikesempatan itu saya berdiskusi bersama sahabat-sahabat di facebook untuk mendalami mengenainya. 

Marilah kita bersama-sama menghayati kisah disebalik mahluk ciptaan Allah S.W.T ini. Tergerak hati saya untuk mencari sedikit pengetahuan melalui pembacaan tentang serangga kecil yang telah dirakamkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Qur’an iaitu pada surah An-Nahl. Tentu ada keistimewaannya. Jika kita amati hakikat penciptaan lebah,terdapat sifat-sifat istimewa padanya yang boleh kita pelajari dari serangga kecil yang berbisa ini.
Antaranya ialah:

1). Lebah hinggap di tempat yang bersih dan menghisap yang baik-baik.

Lebah hanya menghisap sari bunga. Sari bunga yang letaknya tersembunyi di dalam bunga sudah pasti adalah sari makanan yang baik dan menyihatkan. Ia tidak tercemar oleh debu atau sesuatu yang membahayakan yang lainnya. Lebah hanya menghisap sari bunga tertentu sahaja,bukan dari sebarangan bunga. Lebah juga memberi manfaat kepada bunga itu iaitu membantu proses penyuburan pohon tersebut.
Pengajaran : Selaku seorang muslim, kita hendaklah mencari rezeki dari sumber yang halal.Lebih baik makan roti keras hasil usaha yang halal daripada makan pizza hasil wang kita mencuri.

2). Lebah memberi manfaat pada lingkungan sekitar.

Semua orang tahu madu itu berasal dari mana. Madu dihasilkan oleh lebah. Dan madu merupakan salah satu minuman yang penuh gizi dan boleh dijadikan penawar sebagaimana disebutkan dalam Al Quran. Manusia boleh mengambil manfaat dengan meminum madu tersebut. Kesihatan tubuh akan terjaga jika kita minum madu secara teratur.
Pengajaran : Seorang muslim haruslah bermanfaat untuk orang lain.Disebutkan dalam hadith Rasulullah S.A.W bermaksud, “Sebaik-baik kamu adalah yang memberi manfaat kepada orang lain”.

3). Lebah tidak mencederakan atau melukakan kecuali apabila diganggu.

Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan hanya menyerang apabila merasa terancam atau terganggu. Untuk mempertahankan kehormatan umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepaskan sengatnya di tubuh pihak yang diserang.
Pengajaran : Kita harus memiliki sensitiviti terhadap sesuatu isu yang melibatkan maruah agama Islam itu sendiri.Bukan hanya berpeluk tubuh mendengar dan menyaksikan kezaliman Yahudi membantai saudara-saudara seagama kita,tetapi seorang muslim yang menghayati erti sebenar perjuangan Islam akan bangkit membela agamanya walaupun terpaksa bertaruh nyawa.

4). Lebah serangga yang bekerja keras.

Lebah adalah pekerja yang komited dan sentiasa bekerja keras. Sebaik saja ia keluar dari bilik menetas, lebah berpangkat pekerja ini mengosongkan dan membersihkan bilik sarangnya untuk diisi dengan telur baru. Selepas berumur tiga hari ia memberi makan larva dengan membawakan serbuk sari madu. Demikianlah hari-hari seterusnya ia bekerja dengan penuh semangat .
Pengajaran : Bukankah Allah pun memerintahkan orang mukmin untuk bekerja keras? Rezeki itu takkan datang bergolek..

5). Lebah bekerja secara berpasukan dan tunduk pada satu pimpinan.

Lebah selalu hidup dalam kelompok besar, tidak pernah menyendiri dan bersendirian. Mereka bekerja secara kolektif, berpasukan dan amat setia kawan. Masing-masing ada tugas sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil kawan untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu hormon) yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat penggera bahaya. Isyarat ini bertujuan mengundang kawan-kawannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap yang perlu ada bagi mereka yang beriman.

Pengajaran : Pentingnya muslim berada dalam satu kelompok atau jemaah kerana di situlah kekuatan dibentuk.Lebih-lebih lagi untuk mencapai hadaf Daulah Islamiyah,intima’ kita kepada satu jemaah yang membawa Islam berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah adalah sangat penting bagi memastikan kejayaan itu tercapai.

Beberapa sifat dan karakter lebah yang disebutkan di atas seharusnya dijadikan contoh tauladan bagi kita selaku yang bergelar muslim. Sungguh indah peribadi lebah yang Allah biaskan untuk manusia mengambil pelajaran dari serangga kecil ini. Dan tidak sia-sia juga Allah mengabadikan serangga kecil istimewa ini pada satu surah di dalam Al-Qur’an. Mari kita renungkan..

sumber: Nur Izz Qatrunnada

Tuesday, June 7, 2011

Tawe 2011: Go Sentra,Go Sentra,Gooo Sentra!

Bismillahirrahmanirrahim,
(timbaan pengalaman ketika Ta'aruf Programme 2011/2012 CFS IIUM)

Left...Up...Right,
Security,Transportation,
Go Sentra,Go Sentra,Gooo Sentra!


Jejak kakiku ke Lecture Hall A untuk sesi berta'aruf bersama sub-com Biro Keselamatan dan Pengangkutan a.k.a Security and Transportation Bureau (SENTRA),entah mengapa jantung ini berdegup kencangnya.

Pada mulanya saya agak terkedu pabila melihat name tag tertera tulisan 'ASSISTANT HEAD BIRO'.Ya Allah,beratnya tugasan ku kali ini.Apatah lagi,si kaum Hawa yang kebanyakkannya agak 'lemau' dengan bab-bab biro keselamatan ni.Namun,kata-kata kak Hadibah (klik sini) selama ini menjadi penguatku.

Episod kursus induksi dan sesi bertaaruf sesama biro pun bermula,perkara pertama saya tanya sub-com:

"Antum dan antunna,saya nk tanya.Siapa kat sini pilih nak masuk biro ni?"

Rata-rata,semua termasuk saya mengangkat tangan seolah-olah membantah kemasukan ke dalam biro ini.Mana tak nya,lain kita pilih lain yang kita dapat. Apatah lagi biro ni lebih berpraktikal untuk menjaga trafik dan sebagainya.Saya kembali bersuara,

"Antum dan antunna semua,xpelah.Saya sendiri pun xminta masuk dalam biro ini.Yang penting pertama-tama kita kenalah REDHA dan SYUKUR dengan apa yang kita dapat.Pastinya hikmah Allah itu menanti.Betul tak?"

SubhanAllah,hikmah yang dicari-cari sepanjang program kian terasa sehingga hari ini. Tak tersangka jalinan ukhuwah antara kami seerat begini. Biasanya,pabila pelajar Uia PJ dan Nilai disatukan,susah nak 'ngam'.
Tanggapan itu hakikinya kosong!

Allah itu kan suka memudahkan hambaNya.Saya sangat bersyukur dikurniakan sub-com yang sangat komited,bersifat idealisme dan prihatin persis mereka.Saya sangat selesa bekerjasama dengan mereka baik si brothers mahupun sisters.

Walaupun ada sahaja badai melanda sepanjang program ini,memang saya akui kehadiran mereka yang berpaksikan rahmat Allah inilah yang menguatkan saya. Justeru, SAYA MOHON MAAF ATAS KHILAF,SALAH SILAP SAYA SEPANJANG MENGENDALIKAN BIRO INI.TERIMA KASIH JUA KERANA MEMBERI SAYA PELUANG UNTUK MENGGALAS TANGGUNGJAWAB DALAM BIRO INI.

Mereka insan teristimewa pernah saya temui. Mereka adalah :

Akhi,
Qawi,Iqhlas,Thaqib,Aznil,Naim,Faedz,Muaz,Mundzir,Raja,Hafizuddin,
Afiq,Afifi,Harith,Yusof,Izuddin,Hamidi,Black,Izwan,As'ad.

Ukhti,
Nazihah,Nadhirah Khir,Syafiah, Halimatul,
Najihah Zailani,Dhabitah,Yasmin,Salsabila,Mazlida,
Ain Wardah,Najwa,Shikin,NajihahAbdullah,Masyitah,Ainul,
Jaja,Afaf,Ana,Adila,Nadirah Anuar, Alya, Farah.




Terima kasih buat kalian atas jasa titisan keringat dalam menjayakan misi kali ini.Semoga segala amal yang kita laksanakan ini mendapat redha disisi Ilahi.InshaAllah.

"SETIAP AMAL/KERJA KITA ADALAH IBADAH"

Ketuk-Ketuk Hati: ‎"Challenging is your experience" ,antara intipati yg diperoleh dalam program taaruf ni. Kat mana lagi kita nak belajar hadapai ranjau hidup ini? Cari dan gunakanlah peluang yang ada.



Tuesday, May 31, 2011

Minta Maaf : Jalan Terakhir


Bismilllahirahmanirrahim,

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.


Ketuk-Ketuk Hati : Hukum alam, manusia memang terlampau banyak kekurangan dan khilafnya. Pabila terletaknya sesuatu kesalahan itu, MEMINTA MAAF adalah 'jalan terakhir' yang kita pilih. Kemudian, apa jadinya? Noda silam kembali bertaut.
Mudah ke jalan yang menjadi titik noktah itu? Tidak!!! Jika gersang penyesalan dalam diri.

Walhal itu, jika adanya yang menyakiti hati kita, MEMBERI MAAF itu adalah yang sebaiknya.
Beringat-ingatlah sifat kasih Rasullullah,mudahnya Baginda memaafkan umatnya.

"Memberi Lebih Baik Dari Menerima,
Memberi Kemaafan Lebih Baik Dari Meminta Maaf"

Wednesday, May 25, 2011

Bila Laa Nak Jadi Hebat Ni...





‎"Kalau kita bukan orang hebat, sampai bila kita xnak jadi hebat?
 
Allahu rabbi, marilah kita sama2 menjadi KELEBIHAN kita dan dalam masa yg sama, cari juga KELEMAHAN dan perbaikilah ia, supaya, kita menjadi orang yg flexsible... insya-ALLAH... smoga diri ini tabah dan menjadi yg lebih baik! :)"

~Huda Fauzi~







Pesanan sementara:ketuk-ketuk xdapat nak update blog buat sementara waktu ini kerana terlibat dengan minggu orientasi pelajar baru asasi Uia....