Post Terbaharu :

Saturday, January 21, 2012

Kes Anwar Ibrahim-Saiful Bukhari Sepatutnya Begini...

Bismillahirrahmanirrahim,

901,mungkin itulah nombor paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) apabila dibebaskan dari tuduhan meliwat ke atas bekas pembantunya,Saiful Bukhari Azlan (SBA). Sehingga kini, sebenarnya kes ini masih belum terlerai terutamanya buat SBA yang ingin menuntut bela terhadap dirinya. Mana kan tidak, maruah diri hendaklah di'suci'kan.
Banyak pihak mengatakan kes ini merupakan salah satu konspirasi untuk menjatuhkan mana-mana parti politik. Entah betul atau tidak. Masing-masing 'tolak' situ sini. Ketepikan sebentar dunia politik. Pandanglah dari sudut yang berlainan. Kes ini melibatkan DSAI yang merupakan seorang ISLAM. Begitu juga SBA yang merupakan seorang ISLAM. 

Pada pendapat saya,sewajarnya kes liwat yang terdakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari ini tidak perlulah digempar-gempurkan secara meluas kerana ianya melibatkan imej ISLAM itu tersendiri.Apatah lagi ianya melibatkan maruah diri bagi kedua pihak. Atau kata mudahnya, "Malulah saya". Sudah tercalar, bagaimana mahu diganti? 

Cukuplah kes ini dibawa ke mahkhamah syariah, tidak melibatkan mana-mana pihak luar campur tangan dan selesaikan sahaja dengan tenteram di situ.Yang membimbangkan,kes ini telah pun mendapat liputan meluas,baik dalam mahupun di luar negara. Risau-risau,pelbagai perspektif negatif agama lain terhadap Islam yang ditafsirkan 'BOBROK' di mata mereka.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, Nabi SAW bersabda: 
“Seorang hamba tidak menutupi aib hamba yang lain di dunia 
kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat”. 
(HR; Muslim)

Monday, January 2, 2012

Untungnya Solat Dhuha!

Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu

Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

~Doa Dhuha,Kumpulan UNIC~


Pertama kali mendengar lagu ini,sayu dan redup rasanya hati. Saya mula diperkenalkan dengan solat dhuha ini semasa sekolah menengah. Setiap kali masuk waktu mata pelajaran Agama Islam,Ustaz Kusnan sentiasa mengajak kami sekelas melakukan solat Dhuha sebelum kelas dimulakan. Pada waktu itu,saya masih tidak mengerti lagi,apa 'pentingnya' solat Dhuha ini. Kalau di rumah, ahli keluarga saya pun buat solat yang sama. 

Kemuncaknya, saya melihat roomate di UIA rajin melakukan solat Dhuha ini. Lebih-lebih lagi semasa Pesta Sukan IPTIM,walaupun banyak tugasan yang perlu dilangsaikan pada waktu pagi, namun saya kagum melihat mereka yang sanggup 'curi-curi' masa untuk menunaikan solat Dhuha.

Teringat lagi seminggu sebelum peperiksaan EPT (English Placement Test) berlangsung,saya yang kerunsingan  menghitung masa-masa yang untuk belajar grammar. Semakin belajar,semakin runsing, semakin takut. Dalam hati asyik kata "TAKUT! TAK EXIT!!!". Saya yakin,rata-rata pelajar di Pusat Asasi UIAM tak rela diri mereka repeat subjek EPT.
Lantas,saya terus mesej pada kawan-kawan untuk minta nasihat. Alhamdulillah,kawan-kawan terus memaku semangat buat saya. Seorang sahabat mengingatkan,

" Lily, jangan ingat nak EXIT sahaja. Ingat,kita belajar ni sebab nak ilmu. 
Kalau rasa resah,buatlah solat Dhuha.InshaALLAH Allah pasti tolong"
~Nurul Nafisah Kamis & Aina Mardiyah~

Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah, akhirnya saya EXIT jua. Mudah-mudahan,Allah Ar Razzaq berkati segala usaha saya dan dapatlah saya manfaatkan ilmu-ilmu yang ada. Benarlah janji Allah Azza Wa Jalla yang menjaminkan rezeki dalam Surah Ad Dhuha 1-5:
  “Demi waktu duha. Dan malam apabila ia sunyi sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu) sebagaimana yang dituduh oleh kaum Musyrik.Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda”.



Sunday, January 1, 2012

Kebaikan Yang Dilupakan

Bismillahirrahmanirrahim,

" Ketika anda melakukan sesuatu yang betul dan baik, 
tiada siapa pun yang mengingatinya..."

"Tetapi bila anda melakukan kesilapan, 
tiada siapa pun yang melupakannya..." 

~Asyraf Salleh~


Ketuk-Ketuk Hati:
Ingatlah  2 perkara seperti yang dianjurkan dalam ikram muslimin
1. lupakan kebaikan kita pada orang lain
2.lupakan kejahatan orang lain pada kita

Wednesday, December 21, 2011

Untung Lah...Dapat Kerja Tapi Maruah 'Tergadai'

Bismillahirrahmanirrahim,
Sejujurnya sepanjang cuti semester kali ini,hati dan jiwa saya agak memberontak kerana tidak mahu berada di rumah jika tanpa membuat sesuatu kerja. Di sebalik itu, saya mengkoreksi diri semula. Apakah tujuan saya untuk berkerja? Dengan nama Allah S.W.T, saya mahu berkerja Lillah disamping ingin mengurangkan beban mak ayah dan juga ingin mencari suasana baru dalam hidup ini.
Selepas tamatnya semester 1 2011/2012 yang lalu, kaki saya 'rajin' berjalan meneliti setiap pelosok kedai-kedai yang menawarkan JAWATAN KOSONG. Tambah-tambah lagi, jari-jemari saya ini rajin menaip di atas papan kunci laptop sambil mencari kekosongan jawatan di Google search mahupun di laman Mudah.my. 

Bila pergi ke kedai, sambil bertanya "Encik,ada kerja kosong tak?" dibalasnya "Tak adalah  dik"Sedih...remuk perasaan ini. Bermacam-macam kedai ditanya soalan yang sama, namun jawapannya kekal. Mungkin ramai pelajar lepasan PMR dan SPM dah rebut peluang kerja sementara ini.

Baru-baru ni, ada sebuah supermarket dibuka berdekatan dengan rumah saya. Perkataan JAWATAN KOSONG jelas-jelas tertera di atas bunting yang dipasangnya.Lebih-lebih lagi gaji yang ditawarkan  agak 'lumayan'. Namun, hati saya seolah-olah tidak tergerak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut disebabkan 2 PERKARA. Apakah 2 PERKARA itu?   

*******************
Sebulan pun berlalu, saya bersama adik-beradik saya mengunjungi supermarket berkenaan, ternyata memang 2 PERKARA itu wujud!  

Yang pertama, AURAT. Sudah tentunya banyak kedai-kedai supermarket di Malaysia ini mewajibkan pekerjanya memakai baju uniform sebagai lambang identiti dan 'setia' pada kedai tersebut.
Paling menyedihkan di sini, BAJU UNIFORM 'STANDARD' : T-SHIRT LENGAN PENDEK YANG MEWAJIBKAN TUDUNG MASUK KE DALAM BAJU dan BAJU MASUK KE DALAM SELUAR (sambil menunjukkan sesuatu). Malah diherdiknya bagi wanita yang menyarung lengan untuk menutupi kulit. Apakah motif perlu meletakkan standardize sebegini? Mungkinkah dengan cara sedemikian dapat menarik 10 ribu pengunjung?
Yang kedua, IKHTILAT. Pekerja perempuan mencuit-cuit pekerja lelaki sambil ketawa terbahak-bahak dan berdekah-dekahnya. Lagi-lagi pekerja perempuan yang suka berkelompok. Seolah-olah perkataan dan penghayatan 'Batas Pergaulan' tidak wujud dalam kamus hidup mereka. Yes! Di sini bukan UIAM yang mertabiyyahkan pelajar dengan Biah Solehah.  Mengapa mesti begitu ya?

Ketuk-Ketuk Hati:
Saya faham, kehidupan dan  latar sosial setiap manusia itu pelbagai. Mungkin tatacara mereka ada sesetengahnya membuatkan kita rasa 'asing' dan 'jengkel' di kelopak mata. Semuanya terletak pada diri kita.Seharusnya kita cakna dalam menangani dan bersemuka dengan kemelut ini. Memang benar kita sibuk mengejar gaji dan pangkat di samping mencari Mardhatillah yang menjadi teras utama. Janganlah sampai orang kata :
'Untung lah...Dapat kerja gaji lumayan....tapi maruah tergadai'.

KITA BERKERJA UNTUK BERIBADAH.

Teringat kata-kata seorang sahabat,Nurul Nafisah Kamis,
" Kita kena biasakan diri berjumpa dengan orang ramai yang pelbagai sifat supaya mudah untuk kita menjalani proses adaptasi semasa zaman perkerjaan nanti".

Meskipun saya masih tidak bekerja pada ketika ini, tetapi saya masih menghasilkan pendapatan di rumah. Bagaimana caranya? Ikuti kisah seterusnya di sini.




Alhamdulillah, Dapat Speedlite Walau Hanya Kerja Di Rumah!

Bismillahirrahmanirrahim,
Walaupun cuti semester kali ini saya hanya terperap duduk di rumah, namun saya bersyukur masih lagi dikurniakan akal dan badan yang sihat.Tidak perlu lah saya terus memikirkan kerja yang diandaikan sebagai hujan (klik kisah di sini)Ayah selalu berpesan, 

"Tak mengapa tak dapat bekerja cuti ini, luangkan banyak masa dengan keluarga di rumah"

Sepanjang cuti inilah saya banyak menghabiskan masa di rumah dengan menambah ilmu asas kehidupan seperti memasak dan menjahit dan juga aktiviti wajib saya iaitu MENGITAR SEMULA BAHAN TERBUANG. Ikuti kisah kitar semula sebelum ini (klik sini).
Proses Menimbang Berat Bahan
Antara Barang Yang Ditimbang.
Yang menyedihkan, nilai harga bagi 1 kg kertas jatuh dari 35sen kepada 25 sen manakala 1kg plastik dari 40 sen kepada 35 sen . Kali ini, bahan-bahan kitar semula yang dapat saya kumpulkan mencecah lebih seratus kg. Syukur Alhamdulillah. Teringat lagi kata-kata ayah, "Kita bukan nak cari untung, tapi kita nak kurangkan pepejal di rumah,duit ni sebagai pendapatan sampingan sahaja,yang penting kita hendaklah sentiasa bersyukur".

Dengan hasil pendapatan ini, dapatlah saya menyediakan serba sedikit untuk persiapan di semester 3 nanti.  Sekurang-kurangnya saya dapat mengurangkan beban tanggungan keluarga terhadap saya. Tanpa diduga, ayah memberikan upah (kerana mengemas rumah dengan bersih) kepada saya walaupun tidak dipinta.

Alhamdulillah!Alhamdulillah!Alhamdulillah!
Betapa riangnya saya pada hari Sabtu yang lalu, saya berpeluang upgrade kamera DSLR dengan menambah aksesori lens hood dan speedlite yang dibeli secara online di laman Mudah.my. Cukuplah saya sekadar beli produk yang murah dahulu. InshaAllah jika ada kesempatan dan kemurahan rezeki, bolehlah saya beli gajet seperti Encik Khairul Azmi.
Kalau diikutkan dari sudut ekonomi peribadi,duit poket saya tidak mencukupi untuk membeli kehendak tersebut.  Tetapi,dengan mengitar semula bahan-bahan terbuang, kita dapat menjana sedikit pendapatan.

Ketuk-Ketuk Hati: Sudahkah anda bersedia merubah keadaan? Bumiku Lestari,Hidupku Damai Abadi. Sayangi Alam Sekitar

Tuesday, December 20, 2011

Baiknya Tuhan Kita

Ketuk-Ketuk Hati:
Baiknya Allah buat kita, tapi kita masih lagi merungut dan kurang bersyukur buatNya.