Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah,semalam saya berkesempatan menggunakan voucher 1Malaysia bersama dengan adik dan kakak. Bermacam-macam jenis buku dan alat tulis kami beli setelah terpendam beberapa bulan yang lalu.
Selepas kerajaan Malaysia memaklumkan kepada rakyat pada tahun lalu, bahawa pelajar sekolah akan mendapat RM100,manakala pelajar IPT bakal memperolehi voucher buku bernilai RM200. Ramai dalam kalangan pelajar IPT tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan tersebut. Pada mulanya saya terfikir, mengapa pelajar sekolah dapat wang tunai manakala pelajar IPT hanya dapat voucher yang terhad untuk membeli buku sahaja? Apakah rasionalnya?
Setelah saya mengkaji dan merujuk sumber-sumber akan dasar utama usaha kerajaan ini, saya dapati pemberian tersebut adalah untuk mengurangkan tanggungan ibu bapa terhadap keperluan di sekolah dan IPT.
Mutakhir ini, timbulnya isu yg kurang enak dimakan :'pelajar IPT beli novel seks guna voucher 1Malaysia' , 'pelajar jual voucher','pelajar IPT: "Membazir je,kami tak tahu nak beli apa dengan voucher tu" dan lain-lain.
Maka disebabkan itu,kerajaan mengambil tindakan tegas dengan menyaman pelajar yang menyalahgunakan voucher pemberian mereka itu (kes pelajar jual voucher). Manakan tidak kita dah memberi, penerima kena lah guna sebaik-baiknya. Jika tidak, hancurlah hati kita.
Pokok persoalan di sini adalah....mengapa pelajar tersebut berbuat sedemikian rupa? Mungkinkah mereka mempunyai masalah kewangan? Mungkinkah dengan menukar voucher tersebut kepada kepingan duit dapat membantu hidup keluarga mereka yang berposibiliti susah? Adakah wajar tindakan kerajaan menyaman mereka?
Saya bukanlah pro kerajaan mahupun pro pembangkang.Dari kaca mata saya, sewajarnya kerajaan menyelidik dahulu latar belakang pelajar terbabit seterusnya mengambil langkah yang rasional dalam membantu permasalahan mereka. Bagi saya, semuanya terletak di tangan pelajar itu sendiri. Jika dia mahu menggunakan voucher tersebut ke jalan kebaikan, dia akan guna sebaiknya. Jika dia mahu ke arah keburukan, dia akan guna ke arah yang menyimpang.
Ada juga pelajar IPT bersuara bahawa mereka tidak tahu nak berbelanja dengan voucher buku itu. Bagi saya, banyak lagi keperluan ilmiah seperti novel islamik,buku motivasi,majalah,buku kemahiran diri dan banyak lagi. Orang cemerlang adalah mereka yang pandai manfaatkan apa yang ada.
Ketuk-Ketuk Hati:
Kenapa kerajaan Malaysia pemurah bagi wang tunai dan voucher kepada pelajar? Adakah disebabkan pilihanraya yang bakal membuka tirai semata-mata?
Semoga kerajaan Malaysia ikhlas dalam membantu keperluan rakyat.
Senyum santai:
Walaupun ada pelajar yang memahat dendam pada kerajaan,tapi ada yang saya perhatikan mereka masih juga menggunakan pemberian kerajaan itu. Ketepikan soal parti politik, pelajar seharusnya manfaatkan pemberian tersebut.