Bismillahirrahmanirrahim,
Aku keliru sekarang ini.
Aku ni tengah duduk di Malaysia atau di Palestin?
Sebentar tadi, mak suruh kunci pagar rumah di hadapan. Masa tengah nak mengunci mangga pagar tu, tiba-tiba ada letupan di tepi ku. Ya Allah, terkejut aku dibuatnya. Anak-anak jiran rumah sedang sakan main mercun bola!
Kenapa aku betul-betul benci mercun?
1. Zaman Silam/Kanak-Kanak
- Dulu aku rajin beli mercun di kampung. Main bersama-sama dengan sepupu lelaki. Tapi sepupuku itu dah meninggal di usia muda. Perempuan agak failed kalau main mercun. Penakut. Lainlah lelaki memang berani. Kadang-kadang tu rasa tergugat. Disebabkan rasa malu tak pandai main, lebih baik aku berhenti.
2. Zaman Asrama
- Kenangan puasa dan raya semasa duduk di asrama adalah zaman yang paling aku suka. Tapi bila duduk di asrama kenalah tunjuk yang kita ni budak pandai sikit dan rajin belajar.
Pada suatu malam, waktu aku tengah belajar di bilik prep, tiba-tiba ada senior aku main mercun bola betul-betul dekat sebelah meja belajar aku. Aku yang khusyuk study tu terkejut beruk dibuatnya. Aku menangis dan lari masuk ke dalam dorm kerana sangat terkejut dan takut dengan bunyi mercun yang kuat tu. Senior aku tu kena tahan dengan warden sebab bawa benda terlarang di asrama. Padan muka!
3. Masa Nak Beraya
- Yang ini paling aku pantang. Waktu aku nak beraya di rumah atuk saudara, ada ke patut segerombolan budak-budak menyekat laluan ke rumah atuk saudaraku tu dengan meriam simen. Nak pergi rumah tu kena merentas jambatan kayu yang agak rapuh.
Perjalanan aku tersekat di jembatan tu. Nak teruskan memang aku agak takut. Lagi-lagi meriam tu bunyinya agak kuat dan semacam je diperbuat daripda simen. Dahlah masa tu aku agak gendut, takut-takut roboh je jembatan tu.
4. Kredibiliti Kerajaan
- Yang ini lagi aku menyampah. Masa dekat-dekat raya haritu, aku sempatlah belek-belek facebook (tak silap FB PDRM kot) yang katanya 'Polis menahan penjual mercun',' Polis rampas mercun' , Polis rampas itu ini, Polis buat operasi itu ini. Wah! Syabas PDRM dalam membanteras perniagaan mercun!
Padahal masa aku pergi ke expo raya haritu, berduyun-duyun peniaga jual mercun walhal balai polis kawasanku dekat je dengan tempat expo tu.
Oh! Mungkin pada mereka, "Ermm takpelah...tak meriah takde mercun time raya ni..."
Isu kastam pun aku nak pertikaikan. Aku pelik. Dulu bukan main kata mercun tu diharamkan. Tapi macamana barang-barang mercun ni boleh terlepas? Kastam sibuk nak periksa barang-barang orang lain yang tersangkut tu. Tapi mercun tu macamana pula? Aku cuma kesian dekat mereka yang barang-barang dari oversea ditahan kastam.
Oh! Mungkin pada mereka, "Ermm takpelah...tak meriah takde mercun time raya ni..."
Aku rasa mungkin kerajaan boleh meluluskan penggunaan 'mercun ringan' sahaja seperti mercun pop-pop(paling low), bunga api, mercun roket dan bunga api roket. Haramkan sepenuhnya penggunaan mercun yang berbahaya seperti mercun mancis dan mercun bola.
5. Mak Bapak aka Ibu Bapa
- Ibu bapa lah sebenarnya paling berperanan penting. Kita selalu je dengar dan baca di dada-dada akhbar, 'Anak putus jari', 'Anak hilang tangan', 'Ibu terkilan anak hilang kepala' dan seangkatan dengannya. Luluh hati mak dan ayah nak menyambut raya dengan anak-anaknya yang buat hal. Tau pun sedih, tapi siapa yang kena bertanggungjawab?
Aku sarankan ibu bapa hari ini, didiklah anak. Anak-anak nak main mercun atau bunga api tu perlu ada pengawasan mereka. Sebaiknya lagi, didik anak-anak akan bahayanya mercun.
Sekarang ini tengah isu palestin. Aku rasa wajar mak bapak ajar anak-anak mereka tentang kaitan mercun tu dengan bom sebenar yang berlaku di bumi Palestin tu. Di sana, setiap hari mereka dibom dengan 'mercun durjana' dan mereka akan menangis. Tetapi di Malaysia, sepanjang raya dimainkan mercun dan mereka akan tertawa. Dua dunia berbeza. Biarlah anak-anak bila sudah besar nanti lebih cakna dengan isu ummah.
6. Trend
- Dalam hidup aku, aku memang tak suka ikut trend sangat. Mercun popular di musim perayaan. Ramai orang main pada waktu tertentu. Tapi bila hari biasa, tak main. Hipokrit.
7. Zaman Tua
- InshaAllah jika aku dinpanjangkan usia hingga waktu tua nanti, aku risau kalau tiba-tiba ada bunyi mercun boleh membuatkan aku lemah jantung dan sebagainya. :'(