Post Terbaharu :

Tuesday, August 12, 2014

Don't Expect People | Pengalaman Jual Barang Online

Bismillahirrahmanirrahim,

Belum sampai 24 jam, saya ada terima banyak mesej SMS dan Whatsapp. Ini semua gara-gara saya post iklan nak jual lens kamera DSLR dengan beg kamera Crumpler di beberapa website. Ramai betul yang bertanya pasal barang tersebut. 

Agak sukar kalau kita nak deal dengan orang melalui online.  Kadang-kadang, yang mesej tu cuma mahu tanya item ada lagi ke tidak. Atau kata lain, tak serius. 

Macam tadi, ada seorang lelaki ni, tanya macam-macam. Ingatkan betul-betul nak beli. Last2 dia diam seribu bahasa. Ada yang suruh hold item tersebut. Last2 tak bayar apa pun. Ada juga yang suruh email itu ini lah. Allah...dah terang-terang saya bagitahu semua details dalam iklan, nak email apa lagi? Kalau di FB, sudah tentunya mereka suruh 'PM''PM''PM'.

Saya tak prefer COD (Cash On Delivery), sebabnya banyak perkara nak kena deal dengan pembeli. Nak set tarikh, masa dan tempat yang sesuai lagi. Lagi pun saya jenis malu nak jumpa orang yang tak dikenali. Biasanya kalau COD ni, pembeli akan rasa yakin dengan barang yang nak dibeli. Tapi perkara yang tak suka, kebanyakan mereka akan minta nego harga pada waktu itu. Kadang-kadang, pembeli tak serius nak COD.

Kadang-kadang tu saya dapat mesej yang kasar bunyinya. Dalam iklan saya dah tulis nama perempuan. Tapi mereka ni, asyik-asyik tulis " Salam bro....item ada lagi x?" (ini masih lagi sopan) Ada yang tulis 'Wa...Lu'. Lepas tu marah-marah. Ada juga yang pernah ugut saya. Tuduh saya kata tak jujur bagai. Macam-macam kerenah manusia sekarang ini. 

Kalau saya sendiri, saya akan cuba 'menyopankan' diri bila berbicara. Yela, bukan kita ni gangster pun. Kita juga tak boleh lah expect semua orang kat dunia ni baik-baik belaka. Mungkin mereka tidak dididik dengan adab dan budi bahasa dengan baik. Tapi bila fikir semula, bukankah ini benda asas kemanusiaan?

Tapi takpelah, pengalaman mematangkan hidup. Kita kena belajar jumpa 1000 jenis manusia.

0 Perkongsian:

Post a Comment