Post Terbaharu :

Wednesday, August 27, 2014

Quotes: Forrest Gump

Bismillahirrahmanirrahim,
Filem-filem lakonan Tom Hanks sememangnya menjadi filem kegemaran saya untuk ditonton. Kebanyakan filem dia bertemakan 'kehidupan survival'. Bagi saya, filem ini sarat dengan intinya, tentang kehidupan, setia kawan, pengorbanan, kasih sayang, percintaan, kesedihan dan inspirasi. Memang patut filem ini dilabelkan sebagai filem yang cemerlang. 

Saya sendiri tak sangka, filem ini dibuat pada tahun 1994. Tapi penggunaan teknologi CGI dalam filem ini sangat baik. Seni gambar dia pun cantik je. Seperti biasa, filem yang sarat dengan elemen motivasi akan meninggalkan bekas di hati.

Forrest Gump ini ialah seorang lelaki yang lemah IQ-nya. Berbekalkan panduan dan didikan daripada ibunya, dia meneruskan kehidupannya seperti orang lain mengikut acuan tersendiri walaupun orang sekeliling melabelkan dirinya seorang yang bodoh.  Jangan disangka, sebodoh-bodoh dia pun banyak kelebihan dan kemuliaan dia berbanding dengan orang lain yang serba sempurna.
Antara quote yang saya suka ialah:

"Mak saya selalu kata, 'Hidup ini umpama sekotak coklat, kita tak akan tahu apa isi di dalamnya'"


"Percayalah, setiap hari-hari kita, pasti ada keajaiban"


"Kita perlu buat yang terbaik dengan apa yang Tuhan sudah beri pada kita"


"Mak, kenapa mak dah nak mati? Sebab ia sudah tiba masanya. Mati itu sebahagian daripada kehidupan"


"Kamu ni bodoh ke? Tak, orang bodoh je buat benda bodoh"


"Kenapa kita tak dapat banyak hasil? Sebab engkau kurang berdoa"


Semoga ada manfaatnya. Lepas ni nak tengok cerita Laskar Pelangi & Sang Pemimpi pulak. :-)

Friday, August 22, 2014

Mengharapkan Perubahan...

Bismillahirrahmanirrahim,
Baru seminggu berdiet. Alhamdulillah, sudah 4kg turun. Harap-harap, sebelum masuk sem baharu ni nanti dapat turunkan banyak sikit supaya nanti boleh jadi lebih aktif. Apa yang diperlukan sekarang ni, determination dan semangat perlu tinggi dan berterusan. :')
Semoga diizinkanNya.
Kenangan silam je ni. 
Target loss 10kg.

Thursday, August 14, 2014

[UPDATE] Projek Koswer

Bismillahirrahmanirrahim,
Saje nak tunjuk progression projek koswer untuk cikgu sekolah. Rasa nak release sikit. Kot-kot2 ada orang nak komen. Seriusly, susah nak buat benda ni. Pengisian dia terlalu banyak. Kena banyak bersabar.
Ini sebahagian sahaja. Banyak lagi nak kena buat. :-(

Lari Dari Jodoh?

Bismillahirrahmanirrahim,

Santai-santai berchatting dengan sahabat. Tertanya satu persoalan. Mungkin persoalan ini kedengaran agak remeh. Tapi bila dah sampai satu tahap, terfikir juga kalau kita tak suka akan seseorang. 


'Kalau Dah Jodoh, Tak Ke Mana'

Itu ungkapan yang selalu kita dengar. Entahlah...siapakah jodoh kita dan bilakah ia yang sudah tertulis olehNya? Kalau lari-lari, then jumpa balik.

Tapi itu je selalu kita fikir. Cuba fikir bilakah dan macamana kita mati nanti? Memang tak boleh lari.


==========================================
Ada orang , umur 18 tahun dah kawen .
Dan , 
Ada orang , umur 18 tahun dah mati ..

Cuma kau perlu tahu ,
Tak semua orang akan kawen , tapi semua orang akan mati ...
========================================== 




Tuesday, August 12, 2014

Don't Expect People | Pengalaman Jual Barang Online

Bismillahirrahmanirrahim,

Belum sampai 24 jam, saya ada terima banyak mesej SMS dan Whatsapp. Ini semua gara-gara saya post iklan nak jual lens kamera DSLR dengan beg kamera Crumpler di beberapa website. Ramai betul yang bertanya pasal barang tersebut. 

Agak sukar kalau kita nak deal dengan orang melalui online.  Kadang-kadang, yang mesej tu cuma mahu tanya item ada lagi ke tidak. Atau kata lain, tak serius. 

Macam tadi, ada seorang lelaki ni, tanya macam-macam. Ingatkan betul-betul nak beli. Last2 dia diam seribu bahasa. Ada yang suruh hold item tersebut. Last2 tak bayar apa pun. Ada juga yang suruh email itu ini lah. Allah...dah terang-terang saya bagitahu semua details dalam iklan, nak email apa lagi? Kalau di FB, sudah tentunya mereka suruh 'PM''PM''PM'.

Saya tak prefer COD (Cash On Delivery), sebabnya banyak perkara nak kena deal dengan pembeli. Nak set tarikh, masa dan tempat yang sesuai lagi. Lagi pun saya jenis malu nak jumpa orang yang tak dikenali. Biasanya kalau COD ni, pembeli akan rasa yakin dengan barang yang nak dibeli. Tapi perkara yang tak suka, kebanyakan mereka akan minta nego harga pada waktu itu. Kadang-kadang, pembeli tak serius nak COD.

Kadang-kadang tu saya dapat mesej yang kasar bunyinya. Dalam iklan saya dah tulis nama perempuan. Tapi mereka ni, asyik-asyik tulis " Salam bro....item ada lagi x?" (ini masih lagi sopan) Ada yang tulis 'Wa...Lu'. Lepas tu marah-marah. Ada juga yang pernah ugut saya. Tuduh saya kata tak jujur bagai. Macam-macam kerenah manusia sekarang ini. 

Kalau saya sendiri, saya akan cuba 'menyopankan' diri bila berbicara. Yela, bukan kita ni gangster pun. Kita juga tak boleh lah expect semua orang kat dunia ni baik-baik belaka. Mungkin mereka tidak dididik dengan adab dan budi bahasa dengan baik. Tapi bila fikir semula, bukankah ini benda asas kemanusiaan?

Tapi takpelah, pengalaman mematangkan hidup. Kita kena belajar jumpa 1000 jenis manusia.

Saturday, August 9, 2014

Quotes: The Amazing Spider Man 2

Bismillahirrahmanirrahim,
2 hari lepas, saya baru je tengok cerita The Amazing Spider-Man 2. Filem ini merupakan satu-satunya filem yang membuatkan saya sebak selepas filem The Dark Knight Rises. Selama tengok mana-mana filem superhero sebelum ini, tak pernah pula saya boleh rasa nak nangis. Huhu. Mungkin filem-filem lain tu ditonton tanpa nilai.


====================================

Part yang membuatkan saya rasa sebak adalah semasa Gwen Stacy memberi ucapan ketika hari graduasi dan semasa dia terjatuh di menara jam, lalu mati. Sambil-sambil dengar lagu OST filem ini. Saya tertarik dengan ucapan dia;

" I know that we all think we're immortal, we're supposed to feel that way, we're graduating. The future is and should be bright, but, like our brief four years in high school, what makes life valuable is that it doesn't last forever, what makes it precious is that it ends. I know that now more than ever. 

And I say it today of all days to remind us that time is luck. So don't waste it living someone else's life, make yours count for something. Fight for what matters to you, no matter what. Because even if you fall short, what better way is there to live? "

" Saya tahu kita semua menganggap diri kita takkan mati. Memang patut begitu. Dengan cara itu, kita dah bergraduasi. Sebagaimana tiga, empat tahun berada di sekolah tinggi. Yang membuat hidup kita menjadi lebih berharga adalah saat hidup akan berakhir. Apa yang membuat hidup ini berharga. Aku baru menyedarinya sekarang. 

Dan aku mengatakannya. Di hari yang penting ini yang akan mengingatkan kita tentang masa. Jangan sia - siakan hidupmu dengan menjadi orang lain. Jadilah orang yang berguna. Perjuangkan impian kamu. Apapun yang terjadi.Meskipun kita gagal.  Itu cara terbaik menjalani kehidupan."

                                        =========================

Sambungan ucapan dia semasa Peter yang tengah down tu tonton klip video dia;


" It's easy to feel hopeful on a beautiful day like today, but there will be dark days ahead of us too. 

There will be days where you feel all alone, and that's when hope is needed most. No matter how buried it gets, or how lost you feel, you must promise me that you will hold on to hope. Keep it alive. We have to be greater than what we suffer.


My wish for you is to become hope; people need that. And even if we fail, what better way is there to live?

As we look around here today, at all of the people who helped make us who we are, I know it feels like we're saying goodbye, but we will carry a piece of each other into everything that we do next, to remind us of who we are, and of who we're meant to be."

" Kita pasti berasa sangat bersemangat di hari yang indah ini. Tapi kita pasti akan lalui juga hari yang suram. 

Ada harinya, dimana kamu akan berasa keseorangan. Ketika itulah, kita masih boleh berharap. tak kira betapa sukarnya dan betapa pedihnya kamu rasa. Berjanjilah pada saya. Yang kamu akan terus berharap. Teruslah Bertahan. Kita harus bangkit dari penderitaan kita.


Saya harap.kita semua akan menjadi harapan. Kepada orang yang memerlukan. Walaupun kita gagal..,

nikmatilah kehidupan kita.

Lihat di sekeliling kita pada hari ini. Inilah orang-orang yang membantu kita untuk sampai ke tahap ini...

Saya tahu kita akan berpisah.Tapi kita tetap ada secebis kenangan untuk dibawa bersama ke dalam perjalanan hidup kita. Untuk mengingatkan diri kita sebenarnya dan apa kita akan jadi."

====================================

Sebenarnya saya takdelah faham sangat maksud ucapan tersebut. Mungkin lagu background dia yang buat kita rasa mendayu-dayu. Tapi dalam ucapan dia tu masih ada nilai buat kita kaitkan perjalanan hidup ini.

Apa yang boleh dikonklusikan ialah tiada apa-apa yang sia-sia. Allah tak akan ciptakan sesuatu itu sia-sia meskipun ada langkah kita ini pernah tersilap. Just percaya, ada hikmah mandatang.