Bismillahirrahmanirrahim,
Baru-baru ini, kecoh insiden pergaduhan
yang berlaku di Plaza Low Yat. Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang
hal ini. Entah kebenaran berpihak pada siapa. Macam-macam kronologi cerita
keluar. Dalam hal ini, boleh jadi si pembeli rasa tertipu dan ingin ambil hak
dia. Lantas, dengan rasa tak puas hati, dia attack semula si penjual. Boleh
jadi yang sebaliknya berlaku.
Pernah suatu hari, saya terlalu marah
dengan seseorang lalu menyebabkan saya bertindak di luar jangkaan. Apa yang
saya buat? Tak perlulah saya ceritakan, sebab saya rasa malu bila
terkenangkannya. Ya, kita mungkin mahu menegakkan kebenaran. Tapi harus
diingat, matlamat tak menghalalkan cara. Semurni mana pun niat kita kalau
caranya salah, ianya tak baik. Lihat sahaja insiden tersebut, kesudahannya
rusuhan dan pergaduhan berlaku.
Bila rasa marah atau
tak puas hati ni, ianya banyak melibatkan kita punya nafsu dan syahwat. Selama
ini saya ingat nafsu dan syahwat ni cuma terhad pada kemahuan dan keinginan
seksual sahaja. Rupanya ianya banyak terpalit dengan emosi dan perasaan. Kita
selalu je dengar ungkapan,
“Ikut kata hati mati,
ikut perasaan badan binasa”
Contoh, macam kita nak buat
pilihan, kadang-kadang kita tak tahu samada nak pilih yang itu atau yang ini.
Kita berada di dalam dilemma. Semestinya kita mudah dengar kata hati dan
perasaan. Hati suruh pilih yang itu, manakala perasaan rasa seronok nak yang
ini.
Sebenarnya kita nak
ikut kata hati atau perasaan? Setahu saya, hati inilah raja dalam diri kita. Ia
sensor terhebat yang Allah cipta yang bertindak mengawal diri. Tapi
kadang-kadang ikut kata hati ni pun macam tak boleh pakai jugak sebab banyak
dipengaruhi oleh nafsu dan syahwat. Kalau ikut perasaan pula, macam-macam
perasaan pula timbul. Tambah lagi kalau ada si syaitan yang menghairahkan
susasana.
Dalam Islam, banyak
suruh umatnya jaga hati. Hati ini fitrahnya bersifat sedih dan timbal balik, kita
yang kena bijak kawal ia. Ada doa yang selalu kita baca iaitu mohon ketetapan
hati.
Hasil perkongsian
daripada seorang sahabat, sebenarnya
kita boleh dengar kata hati, tetapi harus letak akal rasional dalam membuat
pilihan dan tindakan. Yup, itulah yang membezakan kita dengan haiwan. Dalam
mengejar keinginan kita, kita lupa yang kita ada akal untuk berfikir.
Contoh macam insiden
ini, mungkin dengan berfikir, kita boleh fikir,
“Apa yang akan berlaku kalau
aku buat macam itu?
Apa aku akan rugi atau
bahaya?”
Contoh lain, haritu
saya ada beli controller XBOX dek kerana teruja dengan design dia. Kesudahannya,
ia terbiar di dalam almari macam tu sahaja. Sepertinya membazir. Jika saya
fikir sebelum beli dahulu, mungkin saya akan kata,
“Apa aku akan guna atau
tidak?
Apa semua game
compatible dengan controller ni?
Apa duit aku cukup
untuk beli keperluan yang lain?”
Berfikir sebelum
bertindak. Kita akan letak rasional dalam suatu situasi, dan kita akan tahu ‘cause and effect’ jika ia berlaku.
Bukan buat ‘try and error’. Kalau
ikut hati dan perasaan sahaja, memang perasaan negatif banyak dominasi nanti. Kalau
masih rasa buntu juga, kita boleh buat solat istikharah. InshaAllah dengan
solat ini, gerak hati itu Allah yang pandu.
Wallahualam.