Bismillahirrahmanirrahim,
Sejujurnya sepanjang cuti semester kali ini,hati dan jiwa saya agak memberontak kerana tidak mahu berada di rumah jika tanpa membuat sesuatu kerja. Di sebalik itu, saya mengkoreksi diri semula. Apakah tujuan saya untuk berkerja? Dengan nama Allah S.W.T, saya mahu berkerja Lillah disamping ingin mengurangkan beban mak ayah dan juga ingin mencari suasana baru dalam hidup ini.
Selepas tamatnya semester 1 2011/2012 yang lalu, kaki saya 'rajin' berjalan meneliti setiap pelosok kedai-kedai yang menawarkan JAWATAN KOSONG. Tambah-tambah lagi, jari-jemari saya ini rajin menaip di atas papan kunci laptop sambil mencari kekosongan jawatan di Google search mahupun di laman Mudah.my.
Bila pergi ke kedai, sambil bertanya "Encik,ada kerja kosong tak?" dibalasnya "Tak adalah dik". Sedih...remuk perasaan ini. Bermacam-macam kedai ditanya soalan yang sama, namun jawapannya kekal. Mungkin ramai pelajar lepasan PMR dan SPM dah rebut peluang kerja sementara ini.
Baru-baru ni, ada sebuah supermarket dibuka berdekatan dengan rumah saya. Perkataan JAWATAN KOSONG jelas-jelas tertera di atas bunting yang dipasangnya.Lebih-lebih lagi gaji yang ditawarkan agak 'lumayan'. Namun, hati saya seolah-olah tidak tergerak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut disebabkan 2 PERKARA. Apakah 2 PERKARA itu?
*******************
Sebulan pun berlalu, saya bersama adik-beradik saya mengunjungi supermarket berkenaan, ternyata memang 2 PERKARA itu wujud!
Yang pertama, AURAT. Sudah tentunya banyak kedai-kedai supermarket di Malaysia ini mewajibkan pekerjanya memakai baju uniform sebagai lambang identiti dan 'setia' pada kedai tersebut.
Paling menyedihkan di sini, BAJU UNIFORM 'STANDARD' : T-SHIRT LENGAN PENDEK YANG MEWAJIBKAN TUDUNG MASUK KE DALAM BAJU dan BAJU MASUK KE DALAM SELUAR (sambil menunjukkan sesuatu). Malah diherdiknya bagi wanita yang menyarung lengan untuk menutupi kulit. Apakah motif perlu meletakkan standardize sebegini? Mungkinkah dengan cara sedemikian dapat menarik 10 ribu pengunjung?
Yang kedua, IKHTILAT. Pekerja perempuan mencuit-cuit pekerja lelaki sambil ketawa terbahak-bahak dan berdekah-dekahnya. Lagi-lagi pekerja perempuan yang suka berkelompok. Seolah-olah perkataan dan penghayatan 'Batas Pergaulan' tidak wujud dalam kamus hidup mereka. Yes! Di sini bukan UIAM yang mertabiyyahkan pelajar dengan Biah Solehah. Mengapa mesti begitu ya?
Ketuk-Ketuk Hati:
Saya faham, kehidupan dan latar sosial setiap manusia itu pelbagai. Mungkin tatacara mereka ada sesetengahnya membuatkan kita rasa 'asing' dan 'jengkel' di kelopak mata. Semuanya terletak pada diri kita.Seharusnya kita cakna dalam menangani dan bersemuka dengan kemelut ini. Memang benar kita sibuk mengejar gaji dan pangkat di samping mencari Mardhatillah yang menjadi teras utama. Janganlah sampai orang kata :
'Untung lah...Dapat kerja gaji lumayan....tapi maruah tergadai'.
KITA BERKERJA UNTUK BERIBADAH.
Teringat kata-kata seorang sahabat,Nurul Nafisah Kamis,
" Kita kena biasakan diri berjumpa dengan orang ramai yang pelbagai sifat supaya mudah untuk kita menjalani proses adaptasi semasa zaman perkerjaan nanti".
Meskipun saya masih tidak bekerja pada ketika ini, tetapi saya masih menghasilkan pendapatan di rumah. Bagaimana caranya? Ikuti kisah seterusnya di sini.