Post Terbaharu :

Friday, July 6, 2012

Suatu Ketika: SMAC 2012

Bismillahirrahmanirrahim, 
Hari ini saya terkenang kisah lama saya sewaktu di Semester 3 2011/2012 iaitu Sport and Martial Arts Carnival (SMAC), satu-satunya aktiviti yang terpahat semasa semester pengajian terakhir saya berada di bumi UIA Petaling Jaya....
Aktiviti ini merupakan salah satu acara wajib UIA yang berkenaan dengan sukan.Jika di sekolah, kita diraikan dengan 'Hari Sukan', di UIA pula SMAC menjadi penggantinya. Kali pertama saya dijemput untuk menjadi pemain INTECHSS bagi sukan badminton beregu adalah semasa RAFEST dijalankan. Pada waktu itu, saya memang agak ragu-ragu dengan diri sendiri. Layakkah saya menjadi pemain ni? Ini disebabkan saya pernah mengalami kecederaan yang serius di kaki dan saya tidak tangkas untuk berlari. Dan lagi parah lagi saya turut dilantik menjadi jurugambar rasmi SMAC buat kali kedua! Tentunya dilema melanda diri kerana seseorang pemain perlulah mempunyai stamina yang kuat dan juga fokus yang berpanjangan. Apatah lagi saya perlu melaksanakan dua tuntutan dalam satu masa.

Pada awalnya keluarga 'melarang' saya untuk menyertai pertandingan ini dek risau akan kesihatan diri. Setelah saya yakinkan mereka yang saya memang boleh buat, mereka menyokong pilihan saya. 

Sepanjang 2 bulan berlatih, sahabat-sahabat pemain Fasila,Siti,Nadia dan Fatimah banyak membantu saya. Pernah juga kami berlatih hingga jam 12 malam di gelanggang badminton Mahallah Khadijah dan pada ketika itu saya pengsan kerana terlalu letih berlatih. Tidak lupa juga sahabat-sahabat yang lain terutamanya Shifa,Nafisah,Amirah,Bibi,Muna dan Nazihah yang turut sudi menemani saya berlatih. Tentunya Shifa terkenang peristiwa lucu tentang 'kain' tu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sahabat-sahabat INTECHSS turut meminta saya meng-design bendera persatuan. Memang ketika itu saya agak kekeringan idea. Jadi, saya design bendera INTECHSS yang sangat simple. Bukannya apa,bagi saya jika 'terlalu cantik' menyukarkan kita untuk design sendiri di atas lembaran kain bendera itu, ini kerana ketika bersama line up INTECHSS  2010/2011 yang dulu, ianya menyukarkan kami untuk menyiapkan banner. Warna merah maroon membara menjadi pilihan kami.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tanggal 17Mac yang lalu, berlangsungnya acara seperti badminton dan volleyball. Giliran perlawanan saya adalah pada pukul 7 malam. Sewajarnya, acara sukan yang hampir dengan waktu solat  perlulah dibekukan sementara. Saya faham,pihak SMAC terpaksa meneruskan untuk mengelakkan penangguhan acara. 

Antara kualiti yang ada dalam acara kali ini ialah BIAH SOLEHAH jelas menjadi teras dalam SMAC. Setiap acara yang melibatkan pemain perempuan menjadi hijab bagi penonton lelaki dimana mereka tidak dibenarkan melihat pemain wanita bermain. Tahniah bagi pihak FSCC dan Campus Buddies atas perlaksanaan ini! Saya turut pernah menjadi salah seorang ahli Campus Buddies sewaktu di tahun pertama dulu. Bukan mudah untuk menyekat dan mentarbiyyah pelajar-pelajar di sini.

Disebalik kebaikan, ianya tidak terlepas daripada hadirnya kekurangan. Cuma di sini, apa yang dapat dilihat, kebanyakan sukarelawan tidak menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya. Biar saya ambil satu contoh,(maaf,ini berdasarkan pemerhatian saya) sukarelawan yang ditugaskan menjaga 'line' gelanggang kebanyakkannya 'khayal' dan tidak tahu menahu. Tidak tentu pasal pemain sendiri yang menggalas tugasan tersebut.Mungkin di sini mereka kurang mendapatkan taklimat yang jelas almaklumlah bukan mudah untuk memahami peraturan sukan. Jadi, saya mohon pihak FSCC dapat memperbaiki aspek ini untuk acara akan datang.

                             +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berdasarkan undian, team saya perlu berentap dengan team MEDCY! Bak kata orang, siapa kena lawan dengan MEDCY memang 'habis' !. 
Bersalam-salaman sebelum perlawanan bermula
Allahuakbar! Bolehkah kami melawan mereka yang menjadi juara badminton SMAC yang lalu. Apatah lagi saya yang masih lagi 'fresh' dalam sukan ini malah dihimpit dengan masalah kesihatan. Ini semua ILLUSSION OF THINKING! 
Team MEDCY yang hebat-hebat belaka
Taktik Pyshco
Semasa perlawanan berlangsung, saya gunakan taktik silat dan muka 'physco' untuk mengelirukan pihak lawan. Pada ketika itu, pihak lawan berkerut dahi. Tidak dinafikan team MEDCY menjadi lombong emas dalam SMAC. Kami bermain 3 set. Keputusannya 1-2.  
Fasila yang menjadi 'penyelamat' bola tangkis

Kami kalah dalam 2 set terakhir.Walaupun hanya menang di set pertama sahaja, kami dapatmenyumbangkan mata buat INTECHSS dan saya sangat bersyukur dan enjoy dengan perlawanan ini. Bayangkanlah seorang yang tidak tahu strategi,freshy malah sakit kaki boleh menempuhinya walau hanya dengan satu kemenangan.

Itu semua tidak penting, paling membuatkan saya terharu adalah semangat berpasukan. Sepanjang perlawanan, sahabat-sahabat yang memasuki acara sukan yang lain, datang di dewan AMF itu untuk memberikan sokongan kepada kami. Semua sedia maklum, pelajar ICT UIA merupakan komuniti kecil kerana pelajarnya amatlah sedikit.Walaupun kalah, mereka tetap menyahut kami dengan kata-kata semangat. Itulah intipati penting dalam SMAC yang sentiasa terpahat dalam hati saya. 

" Walaupun bunga itu tiada madu, Allah Yang Maha Pengasih masih kurniakan bunga yang cantik  untuk nikmati keindahannya" 

~INTECHSS Selamanya~



Wednesday, July 4, 2012

Repeat MUET

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah... itulah ungkapan sebaiknya diucapkan selesai sahaja menduduki ujian Speaking Test MUET buat kali kedua tadi ! Ya, saya memang MUET REPEATER!
Suatu Ketika :
Pertama kali saya menduduki ujian MUET adalah pada bulan Mac yang lalu. Selepas mendapat result yang 'kurang memberansangkan', saya mula agak panik. Dengar-dengar untuk ke kuliah di main campus UIA , result MUET kena 'cantik' malah 'bersih', jika tidak nanti kena banned! . Mana tidak kalutnya, pendaftaran untuk pejalar ijazah pertama dibuka pada bulan September nanti. Lantas saya terus hubungi pihak Department of Admission&Record (ANR) berkenaan result tersebut. Staf di situ maklumkan perkara yang sama. Jika hendak ke main campus nanti result mesti kena 'cantik'. Lagi-lagi bagi sesiapa yang ambil program Medik. Result mereka kena 'tough' walaupun kuliah letakkan syarat band yang rendah. Tanpa berfikir panjang, saya terus beli nombor pin di BSN dan terus daftar online secara persendirian bagi menduduki ujian MUET sesi Julai ini.

Jika direnung semula result yang lalu, markah yang 'mencacatkan' result saya adalah bahagian LISTENING. Memang sangat teruk. Sebenarnya,semasa di dewan peperiksaan  hari tu, saya tersalah faham dengan arahan yang dinyatakan dan juga otak saya melayang dek kesejukan berjam-jam dalam dewan AMF itu. Saya pun rasa pelik, kebanyakkan sahabat-sahabat yang satu batch dapat result yang kurang menawan juga.Walaupun agak kecewa, saya pasti  semua yang berlaku ini pastinya salah satu hikmah yang Allah sampaikan.

Sebenarnya, [maaf jika sumber tidak tepat] kawan-kawan saya yang sudah berada di main campus maklumkan kepada saya, result MUET ini hanya digunakan masa nak graduate degree & waktu nak kerja nanti sahaja.  Sebabnya mereka sendiri pun belum ambil ujian MUET lagi.Aik? Kenapa staff ANR tu cakap lain pulak? Mana satu nak ikut ni? Nak ikut kawan-kawan atau orang UIA sendiri? Sedangkan berlambak lagi pelajar degree di UIA tu tak ambil MUET/result tak cantik lagi. 
Bagi saya, cukuplah kita memudahkan urusan orang lain dahulu, mana lah tahu suatu hari nanti orang lain permudahkan urusan kita. Kan?

Berbalik apa yang berlaku pada hari ini:
Bermacam-macam status Facebook sempat saya tinjau semalam, ada yang kata:

"Takutnya nak speaking test MUET esok!!!"
"Hati berdebar-debar"
"Doakan saya speaking test MUET esok ye..."
"All the best "
"Cuak lah!!"
"Dup Dap,Dup Dap"

Saya percaya majoriti calon ujian MUET termasuklah saya mengalami perkara yang sama namun tidaklah semuanya. Semasa saya dibilik kuarantin tadi, masing-masing bermuka cuak. Ada yang membelek-belek buku MUET, ada juga sedang berlatih bersendirian. Mengapa kita perlu rasa takut? Bercakap je pun! 
Saya akui, saya bukanlah penyampai yang baik lebih-lebih lagi kena bercakap dalam bahasa Inggeris. Bagi saya, ACT NATURALLY!. Bagaimana kita bercakap seharian itu, itulah speaking diri kita. Jangan hipokrit kerana ingin dapat markah yang tinggi. Bertindaklah dengan kejujuran. Bukanlah di sini saya bermaksud jika kita seorang pendiam, kita mesti jadi pendiam semasa di bilik ujian nanti. Luahkan sahaja apa kita tahu.Apa-apa pun, latihan dan rujukan perlu dibuat untuk kita mencakna lagi minda kita ni. Ok ye.  Doakan saya dan sahabat-sahabat yang lain untuk menduduki ujian bertulis pula pada 28Julai ini.All the best to all MUET candidates....