Bismillahirrahmanirrahim,
Tak lama lagi akan masuk bulan Ogos. Kalau ikut perancangan, saya perlu menyiapkan kerja Projek Multimedia untuk cikgu sekolah sebelum akhir bulan tersebut. Maknanya ada lebih kurang 3-4 minggu sahaja lagi.
Peringkat Deisgn. Tak siap pun lagi. |
Buat suatu sistem multimdia menggunakan aplikasi Flash memanglah agak sukar. Kena sarat dengan idea kreatif dan banyak berimanginasi untuk tampilkan kelainan supaya nampak lebih menarik. Macam biasa, kalau kita buat projek mesti akan ada rasa down dan hilang mood dan motivasi.
===============================
Semalam saya sempatlah tengok 2 cerita batman; The Dark Knight & The Dark Knight Rises. Bagi saya, filem-filem Batman memang menusuk kalbu dan boleh menaikkan semangat seseorang. Lagi-lagi dengar lagu latarnya yang diadun oleh Hanz Zimmer. Memang meremang.
Biasanya, kalau saya rasa down, saya akan buka lagu di youtube. Saya akan buka lagu OST The Dark Knight Rises. Lagu yang paling saya suka 'Why Do We Fall?'
Saya sempat ambil quote daripada filem Batman Begins. Quote yang saya suka ialah semasa babak Bruce Wayne terjatuh dalam perigi. Kemudian bapa dia bertanya, "Bruce, kenapa kita terjatuh?".
Manakala dalam filem The Dark Knight Rises, saya suka babak Bruce cuba lepaskan diri dari lombong sambil berlatarkan bunyi lagu Why Do We Fall. Seorang doktor yang berada di situ juga mengingatkan Bruce, "apa yang kita perlukan adalah kekuatan dalaman bukan kekuatan fizikal".
Filem-filem hollywood ni walaupun macam dongeng, tapi sarat dengan nilai. Cubalah bandingkan filem melayu.
==============================
Pada setiap semester, saya akan ada 2-3 projek subjek yang perlu dibuat. Ada yang senang dan ada yang susah. Kena cari idea dan solusi. Waktu tengah buat, mesti ada rasa stress, takut, sedih, kecewa dan down. Nak menghadap groumate yang tak komited lagi payah. Kadang-kadang tu terpaksalah buat kerja keseorangan.
Saya teringat 2 sem kebelakangan ni. Sewaktu kena menyiapkan projek Web Programming 1 dan Projek Game Multimedia. Saya akan menangis keseorangan. Sebab projek-projek itu agak sukar. Tambah lagi groupmate cuma ada 2 orang sahaja termasuk saya. Kena belajar independent. Bila stress saya akan buka lagu Why Do We Fall ni.
Saya juga akan buka kompilasi lagu motivasi di Youtube. Kebanyakan semua lagu OST filem.
Tak kurang dari itu, saya akan buka lagu-lagu Zikir Ustaz Zulkarnain. Memang membangkitkan semangat. Dan...boleh buatkan kita menangis. Mengingatkan kita supaya sentiasa bertawakal pada Tuhan. Pernah satu hari tu saya diminta design poster. Seriusly memang saya takde idea langsung pada masa tu. Bila bukak lagu zikir ustaz ni, entah tiba-tiba bertubi-tubi idea datang. Huhuhu.
Selain itu, digalakkan buka alunan bacaan Quran. Saya suka dengar bacaan qari Mishary Rashid Al Afasy. Memang sedap. Biasanya juga, saya akan buka Surah Luqman bacaan (tak ingat). Tapi alunan dia memang sangat merdu. InshAllah, kalau kita dengar ayat-ayat Quran ini, dapat aliran-aliran positif. Plus dapat pahala.
Lagu macam lagu Melayu, saya akan buka lagu-lagu KRU, Gemuruh-Faizal Tahir, Berdiri-Suki. Yang lain-lain tak berapa minat.
Projek Game Multimedia, Semester 4. ============================== Saya fikir saya ini lemah. Saya tak pandai.Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan. Walauapapun, Alhamdulillah, projek-projek tersebut sudah pun berakhir dengan jayanya. Bila kita stress, kita akan memaksa diri kita terus berusaha. Kurangkan sandaran pada orang lain. Buktikan yang kita ini boleh.Apa yang saya dapat sepanjang buat projek-projek tersebut, 'Sebenarnya, lemah itulah sumber kekuatan'. |
0 Perkongsian:
Post a Comment