Bismillahirrahmanirrahim,
Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk. Banyak midterm exam, assignment, presentation, kelas tutorial dan kuiz diadakan sepanjang minggu ini. Memang kena banyak kejar masa.
Dipendekkan cerita, saya pergi ke kelas tutor jam 5 petang pada hari Selasa yang lalu. Basikal saya pula bocor pada waktu itu. Jadi saya kenalah berjalan kaki selama 20minit untuk pergi ke kelas. Apatah lagi sekarang tengah musim hujan di waktu petang. Jadi, saya terlewat beberapa minit.
Setibanya saya di hadapan pintu kelas sambil mengetuk-mengetuk pintu untuk masuk. Alangkah sedihnya, langsung tak diendahkan kehadiran saya ketika itu. Sedangkan sesi belajar pun tak dimulakan lagi. Kerusi pun banyak kosong. Saya tanya kawan dari sudut luar kelas, dia kata tutor tu tak kasi masuk.
Saya pulang dengan perasaan dan harapan yang sangat hampa. Kita datang tutor ni sebab nak tolong diri kita. Kita mahu perbaiki subjek itu. Tapi tutor itu sendiri sepertinya tak beri peluang. Tak kanlah terlewat beberapa minit sudah sebegitu? Bukan kita tak datang langsung!
Detik hati ketika itu, "Aku bersungguh-sungguh mengerah keringat berjalan jauh mendaki bukit KICT, naik ke tingkat tinggi kelas. Kesudahannya aku pulang macamtu sahaja."
Cuba bertimbang rasa sedikit, ada pelajar yang kelasnya sampai pukul 5 petang. Mahu solat Asar lagi. Sudah pastinya memerlukan sedikit masa untuk selesaikannya. Sedangkan kuliah biasa bersama pensyarah pun tak macamtu. Bak kata orang, 'Kelas tutor je kot!'.
Ya, saya faham. Kalau kita sendiri yang jadi tutor, then kita lihat pelajar-pelajar ramai yang datang lewat, muka yang sama, sambil belajar sambil lewa dalam kelas. Sudah pastinya kita marah.
Kalau ditakdirkan suatu hari nanti saya jadi tutor ke, guru ke, pensyarah ke atau apa sahaja. Saya akan guna konsep 'Tegas tapi mesra'. Ya, kita jangan terlalu sombong.
Sebagai pelajar, kita harus hormat siapa pensyarah dan tutor kita. Cuma, rasanya kalau ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, mereka pun rasanya ada budi bicara untuk pertimbangkannya. Ya, mereka pun jangan terlalu sombong.
Selepas ini, kita hargailah bila ada sesi tutor. Ambil peluang itu.
Selepas ini, kita hargailah bila ada sesi tutor. Ambil peluang itu.