Bismillahirrahmanirrahim,
Masa balik dari kelas tadi, saya ada lalu dekat centre UIA. Nampak ada seorang brother bawa 2 buah pasu aiskrim pasu yang dibelinya di Dewan CAC. Memang nampak mengiurkan. Ada kawan bagitahu harga dia RM5 untuk sepasu. Ais krim pasu ni mula popular sejak awal tahun ini.
Bila nampak tu rasa teringin juga nak ada pengalaman makan ais krim pasu. Tapi kalau diikutkan, ais krim pasu ni boleh je buat sendiri. Tak ada apa yang menarik melainkan dia letak ais krim tu dalam pasu plastik bersama cebisan biskut oreo. Sama juga masa pisang goreng cheese jadi viral dulu.
=======================================
Sebelum ini, saya ada prinsip 'Tak apa bayar mahal sikit untuk sebuah pengalaman' dan 'belum cuba belum tahu'.
Berbaloikah kita laburkan duit hanya untuk sebuah pengalaman?
Contoh kalau kita pergi jalan-jalan, teringin nak masuk muzium, zoo atau taman tema itu ini di mana perlu membayar tiket masuk dengan harga yang mahal, apa kita rasa berbaloi?
Dulu, saya dengan kawan ada pergi ke Taman Tema Times Square (klik sini). Harga dia mahal RM45 macamtu. Masa tu saya berkobar-kobar, kononnya ini pengalaman beharga. Kami hanya sempat bermain satu game sahaja dan kami termuntah-muntah di situ akibat pening. Kesudahannya, kami beredar macamtu sahaja. Rasa duit itu hangus.
Bagi saya, kalau pengalaman itu tak mendatangkan manfaat, memang ia satu sia-sia. Pengalaman memang guru terbaik kita. Di situ kita boleh menilai melalui apa yang kita lalui sebelum itu. Bila ada bab melibatkan duit tu, kita perlu fikir dua tiga kali. Utamakan yang mana penting dulu. Kalau rasa benda tu sekadar trend, tak payah lah kot. Kurangkan budaya membazir.
0 Perkongsian:
Post a Comment