Bismillahirrahmanirrahim,
Pagi tadi, kami sebagai mahasiswa dan penuntut di UIAM mendapat berita yang agak mendukacitakan dari pihak UIA sendiri di mana yuran pengajian kami mula dinaikkan bersempena GST yang bakal dimulakan pada bulan April ini.
Luluh rasa hati. Ringgit Malaysia yang sedang jatuh, sara hidup semakin sempit, ditambah pula dengan cukai GST inikan pula yuran semakin meningkat.
Apa-apa pun, tunggu penjelasan dari pihak SRC UIA akan isu ini. Sebagai seorang rakyat marhein yang kerdil ini, amatlah muak dengan suara yang seperti tidak diendahkan. Jika kita membantah sekali pun, mungkin lokap atau penjara menjadi sasaran.
Siapalah kita mahu melawan atau mengubah? Benar, suara rakyat lebih berkuasa, tapi tengoklah realiti di Malaysia bro...
Saya teringatkan pesanan Prof Dr Muhaya akan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kata beliau, jika situasi ini berlaku cuba ambil dari sudut positif. Dalam kesempitan wang, push diri kita untuk sentiasa berjimat cermat. Didik sifat suka menabung. Didik sifat bersungguh-sungguh dalam bekerja. Jadikan ia sebagai motivasi.
Bila fikir balik, betul jugak apa beliau katakan tu. Walaupun tahu latar belakang Prof tu sebagai seorang doktor yang mungkin 'bernasib baik' dari segi ekonominya.
Kita ni, sikit-sikit nak makan sedap-sedap atau mewah-mewah. Sikit-sikit nak hang out, OOTD, throwback. Mentang-mentanglah sekarang ada instagram. Boleh lah show off. Mana duit tak habis. Rasanya, takde masalah kalau nak enjoy, tapi sekali-sekala je lah.
Kita ni, sikit-sikit nak makan sedap-sedap atau mewah-mewah. Sikit-sikit nak hang out, OOTD, throwback. Mentang-mentanglah sekarang ada instagram. Boleh lah show off. Mana duit tak habis. Rasanya, takde masalah kalau nak enjoy, tapi sekali-sekala je lah.
Sebagai seorang pelajar, rasa tercabar hidup di zaman ini. Hal sendiri pun tak pandai diuruskan. Kawan-kawan banyak pengaruh jugak. Nak kahwin lagi banyak benda nak fikir. Fikir hal anak-anak lagi tu. Nasib badan kahwin selepas GST.
Semakin lama, semakin faham keperluan menyimpan harta, aset, emas, perak dan Solat Dhuha tu.
1 Perkongsian:
Apa la sangat daya insan biasa mcm kite ni.
Post a Comment