Post Terbaharu :

Showing posts with label cabaran mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label cabaran mahasiswa. Show all posts

Friday, March 27, 2015

GST: Cabaran & Motivasi

Bismillahirrahmanirrahim,
Pagi tadi, kami sebagai mahasiswa dan penuntut di UIAM mendapat berita yang agak mendukacitakan dari pihak UIA sendiri di mana yuran pengajian kami mula dinaikkan bersempena GST yang bakal dimulakan pada bulan April ini.

Luluh rasa hati. Ringgit Malaysia yang sedang jatuh, sara hidup semakin sempit, ditambah pula dengan cukai GST inikan pula yuran semakin meningkat. 

Apa-apa pun, tunggu penjelasan dari pihak SRC UIA akan isu ini. Sebagai seorang rakyat marhein yang kerdil ini, amatlah muak dengan suara yang seperti tidak diendahkan. Jika kita membantah sekali pun, mungkin lokap atau penjara menjadi sasaran. 

Siapalah kita mahu melawan atau mengubah? Benar, suara rakyat lebih berkuasa, tapi tengoklah realiti di Malaysia bro...

Saya teringatkan pesanan Prof Dr Muhaya akan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kata beliau, jika situasi ini berlaku cuba ambil dari sudut positif. Dalam kesempitan wang, push diri kita untuk sentiasa berjimat cermat. Didik sifat suka menabung. Didik sifat bersungguh-sungguh dalam bekerja. Jadikan ia sebagai motivasi.

Bila fikir balik, betul jugak apa beliau katakan tu. Walaupun tahu latar belakang Prof tu sebagai seorang doktor yang mungkin 'bernasib baik' dari segi ekonominya.

Kita ni, sikit-sikit nak makan sedap-sedap atau mewah-mewah. Sikit-sikit nak hang out, OOTD, throwback. Mentang-mentanglah sekarang ada instagram. Boleh lah show off. Mana duit tak habis.  Rasanya, takde masalah kalau nak enjoy, tapi sekali-sekala je lah.
Sebagai seorang pelajar, rasa tercabar hidup di zaman ini. Hal sendiri pun tak pandai diuruskan. Kawan-kawan banyak pengaruh jugak. Nak kahwin lagi banyak benda nak fikir. Fikir hal anak-anak lagi tu. Nasib badan kahwin selepas GST.

Semakin lama, semakin faham keperluan menyimpan harta, aset, emas, perak dan Solat Dhuha tu.

Monday, March 9, 2015

Solat Itu Program

Bismillahirrahmanirrahim,
Bagi saya, 'cabaran' bergelar 'mahasiswa' adalah susah bangun solat subuh. Benarlah trainer saya pernah kata dahulu, '20 peratus sahaja yang mampu bangun solat subuh'. Bandingkan zaman sekolah, kelas kita bermula seawal 7.30pagi, jadi memang tidak hairan kita akan bangun subuh. 

Sejak dari kecil di bangku sekolah kita sudah dilatih secara tidak langsung untuk bangun subuh. Bila sudah beranjak ke alam kampus, kita ditinggalkan bersendirian kerana sudah pandai berdikari. Tetapi, adakah bangunnya kita sama seperti dahulu? Tambah lagi di waktu hujung minggu, rata-rata masih beradu di atas bantal yang empuk ketika sudah teriknya matahari. 

=========================

Baru-baru ini, langsir bilik di Mahallah Asiah sudah ditukar warnanya dari warna kuning kepada warna maroon gelap. Kalau kita tutup langsir ini, memang tak dapat bezakan siang atau malam. Sejak dari itu, saya mengalami masalah nak bangun Subuh. 

Kadang-kadang itu, saya meminta kakak saya yang berada di UM untuk miss call saya di waktu Subuh.

Semalam, saya ada kursus di luar kawasan kampus seawal 8 pagi. Jika terlambat, kami akan ditinggalkan. Oleh kerana terlalu risau, saya minta kakak saya miss call saya beberapa kali. 

"Kak, boleh tak tolong kejutkan Lily Subuh esok. 
Sebab ada program esok ni. Takut terlepas".

Wah, nak bangun Subuh sebab ada program ye? Dah Allah program-kan Program Solat Subuh setiap hari itu bukan namanya program jugak? 

Seorang programmer akan faham bagaimana program-kan sesuatu. Mengharapkan hasilnya terbaik. Haiyaaa! Saya sendiri dah la belajar programming.

Peranan orang sekililing dan aktiviti seharian kita banyak mainkan peranan dalam menjayakan program ini.