Post Terbaharu :

Showing posts with label Pemerhatian. Show all posts
Showing posts with label Pemerhatian. Show all posts

Monday, February 6, 2012

SMS Orang Ber'couple'

Bismillahirrahmanirrahim,

"Hye Cayang, tgah watpe turw"

 "Cayang, hubby cyg cyg"

"Muahh3x"

Nak termuntah rasanya bila baca ayat di atas. Alahai orang ber'couple' zaman sekarang ni, masa sebelum kahwin inilah keluar ayat sayang menyayang TETAPI selepas kahwin, tiadanya ayat-ayat manis terpacul di tepian bibir mereka. Malah perbualan mereka di talian SMS, mengalahkan pasangan suami isteri. Bila disuruh laksanakan tanggungjawab sebagai suami/isteri, FAILED!

Kadang-kala saya berfikrah, mengapa 'couple zaman sekarang' itu dikategorikan sebagai HARAM walaupun tiadanya adengan 'sentuh-menyentuh' atau lebih sinonimnya "Eh,kami tak wat apew-apew pown". Mana kan tidak, kirim ayat berbunga-bunga yang memaut mereka ke asmara ZINA. Allah s.w.t kan dah berfirman dalam surah al Isra supaya kita janganlah hampiri zina.
Maka, BERCINTALAH SELEPAS SAAT LAFAZ SAKINAH. Bukankah itu lebih manis? 
Masing-masing sedang bermula sesi taaruf antara Sang Suami dan Si Isteri...Bukankah itu yang dikatakan cinta sejati berlandaskan peraturan Allah? TAK MATI LAH CINTA SEJATI 

p/s: kepada mereka yang sedang bercouple, sila lah terasa. Fikirlah sejenak masa hadapan anda untuk akhirat anda, suami/isteri anda,anak-anak anda,cucu anda dan tanggungjawab anda.



Wednesday, December 21, 2011

Untung Lah...Dapat Kerja Tapi Maruah 'Tergadai'

Bismillahirrahmanirrahim,
Sejujurnya sepanjang cuti semester kali ini,hati dan jiwa saya agak memberontak kerana tidak mahu berada di rumah jika tanpa membuat sesuatu kerja. Di sebalik itu, saya mengkoreksi diri semula. Apakah tujuan saya untuk berkerja? Dengan nama Allah S.W.T, saya mahu berkerja Lillah disamping ingin mengurangkan beban mak ayah dan juga ingin mencari suasana baru dalam hidup ini.
Selepas tamatnya semester 1 2011/2012 yang lalu, kaki saya 'rajin' berjalan meneliti setiap pelosok kedai-kedai yang menawarkan JAWATAN KOSONG. Tambah-tambah lagi, jari-jemari saya ini rajin menaip di atas papan kunci laptop sambil mencari kekosongan jawatan di Google search mahupun di laman Mudah.my. 

Bila pergi ke kedai, sambil bertanya "Encik,ada kerja kosong tak?" dibalasnya "Tak adalah  dik"Sedih...remuk perasaan ini. Bermacam-macam kedai ditanya soalan yang sama, namun jawapannya kekal. Mungkin ramai pelajar lepasan PMR dan SPM dah rebut peluang kerja sementara ini.

Baru-baru ni, ada sebuah supermarket dibuka berdekatan dengan rumah saya. Perkataan JAWATAN KOSONG jelas-jelas tertera di atas bunting yang dipasangnya.Lebih-lebih lagi gaji yang ditawarkan  agak 'lumayan'. Namun, hati saya seolah-olah tidak tergerak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut disebabkan 2 PERKARA. Apakah 2 PERKARA itu?   

*******************
Sebulan pun berlalu, saya bersama adik-beradik saya mengunjungi supermarket berkenaan, ternyata memang 2 PERKARA itu wujud!  

Yang pertama, AURAT. Sudah tentunya banyak kedai-kedai supermarket di Malaysia ini mewajibkan pekerjanya memakai baju uniform sebagai lambang identiti dan 'setia' pada kedai tersebut.
Paling menyedihkan di sini, BAJU UNIFORM 'STANDARD' : T-SHIRT LENGAN PENDEK YANG MEWAJIBKAN TUDUNG MASUK KE DALAM BAJU dan BAJU MASUK KE DALAM SELUAR (sambil menunjukkan sesuatu). Malah diherdiknya bagi wanita yang menyarung lengan untuk menutupi kulit. Apakah motif perlu meletakkan standardize sebegini? Mungkinkah dengan cara sedemikian dapat menarik 10 ribu pengunjung?
Yang kedua, IKHTILAT. Pekerja perempuan mencuit-cuit pekerja lelaki sambil ketawa terbahak-bahak dan berdekah-dekahnya. Lagi-lagi pekerja perempuan yang suka berkelompok. Seolah-olah perkataan dan penghayatan 'Batas Pergaulan' tidak wujud dalam kamus hidup mereka. Yes! Di sini bukan UIAM yang mertabiyyahkan pelajar dengan Biah Solehah.  Mengapa mesti begitu ya?

Ketuk-Ketuk Hati:
Saya faham, kehidupan dan  latar sosial setiap manusia itu pelbagai. Mungkin tatacara mereka ada sesetengahnya membuatkan kita rasa 'asing' dan 'jengkel' di kelopak mata. Semuanya terletak pada diri kita.Seharusnya kita cakna dalam menangani dan bersemuka dengan kemelut ini. Memang benar kita sibuk mengejar gaji dan pangkat di samping mencari Mardhatillah yang menjadi teras utama. Janganlah sampai orang kata :
'Untung lah...Dapat kerja gaji lumayan....tapi maruah tergadai'.

KITA BERKERJA UNTUK BERIBADAH.

Teringat kata-kata seorang sahabat,Nurul Nafisah Kamis,
" Kita kena biasakan diri berjumpa dengan orang ramai yang pelbagai sifat supaya mudah untuk kita menjalani proses adaptasi semasa zaman perkerjaan nanti".

Meskipun saya masih tidak bekerja pada ketika ini, tetapi saya masih menghasilkan pendapatan di rumah. Bagaimana caranya? Ikuti kisah seterusnya di sini.




Monday, November 7, 2011

Perlu Ke Lontar Mortar Board Di Hari Konvokesyen?

Bismillahirrahmanirrahim,
Pada kebiasaannya, di penghujung tahun kebanyakan IPT-IPT di Malaysia ini mengadakan istiadat konvokesyen bagi pelajar-pelajar yang tamat pengajiannya. Tersenyum riang pabila melihat sang anak menggengam segulung ijazah sambil keharuan memeluk ibu dan bapanya. 

Kemudiannya, berkumpul bersama kawan-kawan yang baru sahaja mendapat gelaran 'Graduan' dan menanggalkan mortar boardnya (topi yang dipakai semasa konvokesyen) dan akhirnya dilambung ke atas dengan serentaknya.
Persoalannya di sini, PERLUKAH MORTAR BOARD ITU DILONTARKAN? Bukankah topi itu diumpamakan sebagai ilmu dan ianya terletak di atas kepala kerana peranan dan nilai ilmu itu yang tinggi? Jadi, bukankah perbuatan melontarkan mortar board itu seakan-akan kita 'mecampak' atau lebih manisnya dikatakan sebagai 'menghina' ilmu itu sendiri?

Mungkin ada yang berpendapat, perbuatan itu cuma melambangkan keriangan atau kebebasan atau kemerdekaan setelah bertarung bagaikan berjuang di medan peperangan menuntut ilmu....aik, bukankah menuntut ilmu itu tidak mengenal titik noktah? Bak kata pepatah:

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Ada juga yang berpandangan perbuatan tersebut sudah dikatakan 'adat' ketika konvokesyen seperti mana 'adat' meniup lilin ketika majlis hari lahir.Terpulanglah bagi mereka yang menafsirnya. Teringat kata-kata ayah, 

"Bila dah konvo ini, jangan ingat kita sudah berada di kemuncak, 
keluar dari Universiti belum tentu kita dapat kerja,
 cuba lihat berapa ramai penganggur yang masih merempat, 
berusahalah dan yakinlah akan rezeki Allah"

#foto ihsan daripada Insaniah Corner
Sekalung tahniah buat kakakku,Nurul Akma yang baru sahaja menerima scroll semasa Istiadat Konvokesyen Uitm kali ke 75 di Uitm Shah Alam pada 27 Oktober yang lalu.

Ketuk-Ketuk Hati: Raikan kejayaan anda dengan sujud syukur  kepadaNya ...

Sunday, October 30, 2011

Insaf di Theme Park,Berjaya Times Square



Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, masih rajin jari-jemari ini untuk post entri yang terbaru.

Sehari selepas tamatnya IPTIM, pada awal perancangan saya ingin ke Pudu Sentral (nama baru bagi Stesen Puduraya) bagi membeli tiket bas ke Parit Buntar untuk melawat keluarga angkat di sana.
Seorang sahabat mengajak saya ke Times Square almaklum dia dapat boucer diskaun 15% ke Theme Park,Berjaya Times Square.

Dengan hanya menaiki monorail dari stesen KL Sentral, kami terlajak ke stesen Bukit Bintang, padahal TS terletak di stesen Imbi. Kami pun berjalan kaki ke sana. Sepanjang perjalanan, kami disogokkan pelbagai barangan dari salesman dan saleswoman yang 'kononnya' minta sokongan sedangkan hakikinya mengambil kesempatan. Bermacam helah dan alasan kami berikan memandangkan kami tiada hati nak beli barangan mereka. Mana tidaknya, wajarkah keychain sebesar biskut harganya sampai RM60.00?
Wajarkah seller nak melariskan produk mereka dengan cara menyogok/memaksa orang awam!?
Setibanya kami di Theme Park tersebut,
 kami menaiki "Cosmo" iaitu sejenis gondola yang berputar 360 degree!
Pada mulanya kami duduk di kerusi gondola itu dengan tenangnya. Tiba-tiba enjin dihidupkan dan gondola itu diterbalikkan dengan laju dan xsemerta-mertanya beberapa kali. Kami terkejut dan hanya nama "Allah" terpacul dari mulut ini sambil berkata "Nak Balik...Nak Balik..." dimeriahkan lagi dengan pekikan orang bersebelahan saya. Kawan saya asyik menyebut "Ya Allah, nyawa ini hendak tercabut". 

Sepanjang gondola itu diterbalikkan ke hadapan,ke atas, ke belakang dan ke bawah, saya hanya memikirkan seolah-olah seperti terlibat dalam kemalangan jalan raya. Air mata berjujuran membasahi pipi ini. Seakan-akan malaikat maut datang menjemput untuk menarik nyawa saya. MasyaAllah....

Sehabis sahaja permainan tersebut ditamatkan, saya terus menangis dan dengan cepatnya terus ke tandas kerana kepala pening dan loya. Melihat kawan yang menangis, tersentap hati saya ini. Detik hati saya ingin menaiki lagi permainan yang lain memandangkan saya sudahpun membayar tiket. Saya ke permainan seterusnya iaitu "Spinning" bersendirian. Sayang seribu kali sayang, situasinya lebih kurang sama dengan permainan "Cosmo" itu. Saya bergegas ke tandas kerana loya.

Petang itu juga,kami segera pulang ke UIA. Peritnya pengalaman kami di Theme Park tersebut.

Ketuk-ketuk Hati: Hidup Ini Adalah Pinjaman,Bila-Bila Masa Sahaja 'Tuannya' Boleh Mengambil Semula PinjamanNyA. Kita Milik Allah.





Monday, October 17, 2011

BERDOSA pakai stoking koyak bagi Muslimah !

Bismillahirrahmanirrahim,
alhamdulillah, saya masih dikurniakan kudrat untuk menulis entri kali ini. Jari-jemari ini ringan sahaja untuk menaip tiap-tiap perkataan . (Tapi kan, rajin tak jari-jemari ini membilang seutas tasbih untuk berzikir pada Allah? erkk....).

Risau saya dibuatnya tentang tajuk post ini: "BERDOSA pakai stoking koyak bagi Muslimah !".
Saya tidak berniat mahupun menjatuhkan hukum malah tidak sesekali mahu 'mencipta' fatwa. 

Sedikit perkongsian:
Semasa semester 1 yang lalu, saya ke bilik seorang sahabat ni selepas pulang dari kelas. Pada hari tersebut cuacanya agak panas. Saya memakai stoking gelap berwarna hitam kepunyaan ayah. Memandangkan stoking itu sudah agak lama dibeli, terdapat kesan koyak kecil dibahagian tapaknya, almaklumlah permukaan tapak stoking kan mudah haus dek selalu bergeser dengan kasut.

Salah seorang sahabat menegur saya,
"Eh stoking Lily koyak ke?"

"A'ah, tapi inshaAllah xnampak kulit kaki sebab terlindung dengan kasut,lagipun stoking ini bukan digunakan samasa solat" 
balas saya.

Tiba-tiba seorang lagi menambah malah memberi sedikit 'tazkirah', mungkin saya patut menggelarkannya 'ustazah'.

"Lily tau tak,stoking yang koyak tu bla..bla..
 setiap aurat kita tu bla..bla..bla.. kalau terdedah sedikit dosanya bla..bla..bla....", 
tegas 'ustazah' itu. 

Saya xberapa ingat ayat yang disampaikannya.
                                

Merah malu muka saya ditegurnya di hadapan  kawan-kawannya yang lain. Seakan-akan HINA NYA STOKING KOYAK kepunyaan ayah saya itu. Seakan-akan BERDOSA memakai stoking koyak bagi seorang muslimah itu! Setiap kali saya memakai stoking, saya sentiasa berharap agar terhijabnya aurat kaki dan terlindung dari segala keburukan. Walaupun ada kesan koyak yang kecil ditapak, tapi sekurang-kurangnya ianya masih dapat menutup kaki saya apabila memakai kasut. Stoking tu saya gunakan untuk ke kelas sahaja. Barangkali, dia mahu saya memakai hijab yang SEMPURNA untuk menutup aurat.

Apa yang paling membingungkan di sini, kalau diperhatikan oleh SILAP MATA (mata yang memerhati secara kasar), 'ustazah' tu X memakai stoking pun semasa di luar. (mungkin dia terlupa kot nak pakai stoking, Husnu Zon...) atau mungkin saya terlepas pandang.Mungkin juga dia dah pakai stoking kini. Siapa tahu kan? Hidayah itu milik Allah.

Walau apa pun, segala kebaikan yang disampaikannya saya ambil dan tentunya ada hikmah disebaliknya.




Sunday, September 4, 2011

Manusia Takut Ini

Bismillahirahamanirrahim,

Kebanyakan Manusia Takutkan Ini:
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I



Salah satu ketakutan manusia. Takut orang menilai&mengkritik.

Mungkin Ini Dunia Semata-mata,
Maka Seimbangkanlah Duniawi dan Ukhrowi Itu....

Saturday, September 3, 2011

Mudah Ke Hidup Berkeluarga Suatu Hari Nanti?

Bismillahirrahmanirrahim,

Ketuk-Ketuk Hati: "Mudah ke aku hidup berkeluarga suatu hari nanti?"

Pabila berkunjung rumah sanak saudara baru-baru ini, kelihatan sepupu-sepupuku yang dahulunya teman saya bermain 'pondok-pondok','masak-masak','kahwin-kahwin' dan macam-macam lagi di kampung, kini sudahpun berkeluarga yang sibuk melayan karenah tetamu sambil bertatih-tatihkan anak-anak mereka yang manja. 

Kepala kian bersarang memikirkan semula, bagaimanalah kita mahu memikul tanggungjawab sebagai,suami dan isteri,ibu dan ayah suatu hari nanti. 



Sudah hampir 20 episod drama Nur Kasih saya sempat membelek-belek hinggakan terlupa tentang raya. Maklumlah taksub dengan mesej penyampaian dalam drama ni.Banyak intipati yang saya perolehi.Entahlah tetiba mendalami drama ni.

Kalau zaman kecik-kecik dahulu, ada sahaja kita memikirkan rupa 'bakal suami' sekadar 'suka-suka' sahaja .Tetapi kini, mungkin sudahpun kita kena serius mengenainya. Mungkin juga kebanyakan antara kita banyak memikirkan perkara SEBELUM perkahwinan itu. Tetapi terfikirkah kita pengorbanan dan perjuangan SEMASA dan SELEPAS pernikahan itu? 
Issh...issh....memang perkahwinan itu selangkah persediaan ke arah 'kesusahan'.Sudah bersediakah dan sanggupkah kita menghadapinya? Nak ambil hati bakal suami lagi.Nak ambil hati bakal mak ayah mertua lagi tu.Nak beli rumah lagi tu. Nak seimbangkan komitmen antara pelajaran dan keluarga pulak tu. Macam-macam lagi lah. Issh..Issh...

Fikirlah tentang tanggungjawab dan kebersanggupan kita dalam mencari erti perjuangan hidup menerusi perkahwinan....
"Aku Belum Bersedia,Tetapi Aku Harus Berusaha Ke Arah Persediaan"

“Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dgn mas kahwinnya RM..”
Itu yg tersurat.....
Tersirat? ini dia:
“Aku tanggung dosa2 si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya, & aku tanggung dosa bakal anak2 aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah badan aku”
from: Br.Syahmi&Afiq





Salam Aidilfitri daripada KETUK-KETUK HATI
Bersama kita menyucikan fitrah insani

Mohon Maafkan Diri Ini