Post Terbaharu :

Tuesday, May 10, 2011

Kalau Kita Ada Perancangan,Allah Pun Ada Juga

Salam alaik.


Ketuk-ketuk Hati: Kalau kita ada perancangan,Allah pun ada perancangan untuk kita. Paling penting, kita kena pasrah dan tahu melaksanakan pabila menerima perancangan daripada Yang Maha Merancang itu.. Beringatlah setiap sesaat yang kita hadapi di dunia ini,itu semua takdir Allah.



Bak kata mak saya "apa gunanya tahu merancang tetapi tidak pandai melaksanakannya"

Rindu SCS Sentiasa Bertaut

Salam alaik.

عَنْ جَرِيْرِ بِنْ عَبْدِاللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ لاَ يَرْحَمُ النَّاسَ، لاَ يَرْحَمُهُ اللهُ
(مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)
Terjemahan:

Daripada Jabir Bin Abdullah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, niscaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya.



"Tengok youtube,ingat kat head,
tengok gambar bunga,ingat profile pic Tasnim,
tengok buku diari sufi,ingat Ieja,
tengok raket,ingat Zila,
tengok tag name, ingat Hisyam,
tengok dslr,ingat abg Umar,abg Afiq&Lily,
tengok kotak,ingat kak Kiah,
tengok orang buat perangai pelik,ingat Naim."

~Amirah Abd Malek~


Melihat bermacam-macam ragam family SCS ni, telah mengetuk-ngetuk pintu hati saya dan bertautnya sang bayu rindu buat mereka meskipun penglibatan saya dengan FSCC sejak akhir sem 2 yang lalu berkurangan dek kerana komitmen pada perkara lain.Paling mengharukan saya ialah simpulan UKHUWAH yang dijalinkan begitu utuh sekali.

Ketuk-ketuk Hati:Kasih sayang yang terjalin antara sesama manusia adalah penyebab yang menentukan untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT. Dan selanjutnya kesan berkat rahmat Allah itu akan membawa kebaikan bagi kita di dunia dan di akhirat.
SEMOGA UKHUWAH SCS FAMILY SENTIASA BERKEKALAN.AMIIN.....

Sunday, May 8, 2011

Melakar Cinta Ilahi di Tasik Y

Salam alaik.
Alhamdulillah,6 mei yang lepas, terpautnya cinta anak-anak yang berasal dari negeri Johor yang damai dalam pertemuan Program Sua Rasa KPIJ.Ada yang dari Johor Bharu,Pontian,Senggarang dan juga Parit Raja.Kami bersatu demi melakar cinta Tuhan di Pusat Rekreasi Tasik Y Batu Pahat.


Tasik buatan yang berbentuk Y ini terletaknya di bandar Batu Pahat,Johor yang bertanda huruf A seperti dalam rajah (promote tempat)

Seperti biasa, pertemuan ini dimulakan rukun usrah yang pertama iaitu TA'ARUF.

Semoga Ukhuwah kerana Allah ini berkekalan antara Kak Islinda (UIA Gombak), Kak Asilah (Etiqa), Kak Azri (UPSI),Husna(UIA PJ), Lily (UIA PJ),Ina(IPG BP),Adik Habibah (STA) & Adik Syahida (STA).






Ketuk-ketuk Hati: Banyak mutiara ilmu yang dapat dikutip melalui USRAH.Dalam liqa usrah ini, kami berkesempatan berdiskusi mengenai ILMU (klik di sini). SEMOGA IANYA MENDATANGKA MA'NA KEPADA DIRI&SEBALIKNYA.

Bila Ada Ilmu...

"Ilmu bermaksud tibanya makna dalam diri dan tibanya diri dalam makna"
~Syed Naquib Al-Attas
~

Salam alaik.
Heh? Saya terpinga-pinga sambil menggaru-garu kepala memikirkan definisi ayat di atas. Rasanya tidak perlu mengulas panjang entri kali ini. Cukuplah sekadar beri analoginya.



Tamsilan yang boleh dikaitkan dengan maksud ayat tersebut ialah:
Adakah ilmu Islam itu membawa makna?
Adakah makna itu membawa pada diri kita?






Ketuk-ketuklah hati,tanya sejauh mana kita dapat membawa&mempraktikan sesuatu ilmu tersebut. Adakah hanya sekadar menulis di papan tulis? Atau sekadar menjawab di kertas peperiksaan? Atau menanti CGPA 4.00 di akhir result exam? Ataupun hanya mahu duduk di kerusi empuk dek pekerjaan yang disanjung ramai?

Ingatlah,sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang membawa kita lebih mendekatkan kepada Maha Pemberi Ilmu.Sayang seribu kali sayang,ditelan pahit,dibuang pun sayang, ramai sahaja manusia berilmu tapi ahlak terbang entah ke mana .Jadi hendaklah kita sentiasa bersihkan niat.

“Siapa yang berkehendakkan dunia, dia mestilahmempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkanakhirat, dia hendaklah mempunyai ilmu; siapayang berkehendakkan kedua-duanya makahendaklah ia mempunyai ilmu.”
Riwayat Muslim


Ketuk-ketuk Hati:
Ilmu tanpa amal = SIA-SIA
Ilmu tanpa rasa syukur = NTAH APA-APA JADINYA

Saturday, May 7, 2011

Berkitar Semula Di Hujung Minggu

"Dengan mengitar semula 1 tan kertas,kita dapat menyelamatkan 17 pohon pokok daripada ditebang"

Kita selalu sahaja mengeluh malah merengek-rengek "Panasnya Hari Ini",(panas lagi suhu neraka di akhirat kelak). Nak salahkan siapa? Tundinglah jari di muka sendiri. Salah satu faktornya adalah pemanasan global yang kian meruncing di arena ini. Kita sendiri lah yang merupakan ejennya.Walaupun fanomena ini agak mustahil untuk DIHENTIKAN kerana ianya tetap akan berlaku.

Apa yang boleh kita buat hanyalah melambatkan prosesnya sahaja. Antaranya kita boleh mengurangkan sistem pepejal yang terdapat di sekeliling kita dengan cara mengitar semula bahan-bahan terpakai.


Inilah aktiviti hujung minggu saya yang boleh dikatakan sebagai hobi tersemat sejak tingkatan 3 lagi.Saya bersama ayah sedang mengasingkan bahan-bahan mengikut jenisnya.


Bahan-bahan terkumpul diasingkan mengikut jenisnya.



Terima kasih juga kepada keluarga dan sahabat di UIA (Ija,Mus,Nada,Nafisah,Shifa,Mira,Fatin,Ruru&Aina) yang turut menyumbang dalam aktiviti ini. Buku-buku dan kertas dalam gambar ini kebanyakan kepunyaan mereka.


Kemudiannya,bersedialah menghantar bahan-bahan tersebut ke Pusat Kitar Semula.



Selain dapat menyelamatkan alam yang kian lama kian terkikis ini, kita juga boleh menjana pendapatan. 1 KG-KERTAS :35 sen, PLASTIK:40 sen, TIN:4O sen. (tertakluk pada pusat operasi)


Ketuk-Ketuk Hati : Bersediakah kita untuk merubah minda,sikap dan cara hidup?
Bumiku Lestari Hidupku Damai Abadi

Thursday, May 5, 2011

Hadiah Paling Istimewa (Bahagian Tanya Hati)

Salam alaik.
Apa perasaan kita sekiranya menerima 'hadiah' daripada seseorang?
Perasaan SUKA GEMBIRA,SERONOK,BAHAGIA DAN TERHARU sememangnya itulah yang membuak-buak dalam sanubari diri ini.Apatah lagi peroleh 'hadiah' yang mahal dan cantik seperti teddy bear,kamera DSLR,henset, frame gambar,cokelat,bunga,kereta dan banyak lagi.





Apa pula perasaan kita jika seseorang menghilangkan/merosakkan 'hadiah' tersebut?
Pastinya darah sepanas meledaknya gunung berapi meletus!

Namun itu,sejauh manakah 'hadiah' itu bermakna bagi diri kita?
Lupakah kita ada HADIAH PALING ISTIMEWA dalam kehidupan ini? Apakah ia?


Ketuk-Ketuk Hati: Apakah 'hadiah' itu? Saya akan menjawabnya pada post JAWAPAN HATI akan datang. Nantikannya sebagai perkongsian bersama.

Hantarkan jawapan anda diruangan comment post ini ataupun di ruangan chatbox.