Post Terbaharu :

Saturday, May 7, 2011

Berkitar Semula Di Hujung Minggu

"Dengan mengitar semula 1 tan kertas,kita dapat menyelamatkan 17 pohon pokok daripada ditebang"

Kita selalu sahaja mengeluh malah merengek-rengek "Panasnya Hari Ini",(panas lagi suhu neraka di akhirat kelak). Nak salahkan siapa? Tundinglah jari di muka sendiri. Salah satu faktornya adalah pemanasan global yang kian meruncing di arena ini. Kita sendiri lah yang merupakan ejennya.Walaupun fanomena ini agak mustahil untuk DIHENTIKAN kerana ianya tetap akan berlaku.

Apa yang boleh kita buat hanyalah melambatkan prosesnya sahaja. Antaranya kita boleh mengurangkan sistem pepejal yang terdapat di sekeliling kita dengan cara mengitar semula bahan-bahan terpakai.


Inilah aktiviti hujung minggu saya yang boleh dikatakan sebagai hobi tersemat sejak tingkatan 3 lagi.Saya bersama ayah sedang mengasingkan bahan-bahan mengikut jenisnya.


Bahan-bahan terkumpul diasingkan mengikut jenisnya.



Terima kasih juga kepada keluarga dan sahabat di UIA (Ija,Mus,Nada,Nafisah,Shifa,Mira,Fatin,Ruru&Aina) yang turut menyumbang dalam aktiviti ini. Buku-buku dan kertas dalam gambar ini kebanyakan kepunyaan mereka.


Kemudiannya,bersedialah menghantar bahan-bahan tersebut ke Pusat Kitar Semula.



Selain dapat menyelamatkan alam yang kian lama kian terkikis ini, kita juga boleh menjana pendapatan. 1 KG-KERTAS :35 sen, PLASTIK:40 sen, TIN:4O sen. (tertakluk pada pusat operasi)


Ketuk-Ketuk Hati : Bersediakah kita untuk merubah minda,sikap dan cara hidup?
Bumiku Lestari Hidupku Damai Abadi

1 Perkongsian:

Ummu Abiha said...

assalamuaalaikum.. kertas byk lgi ly.. huhu.. t kita wat aktiviti ni kat mahallah la.. kc an xde kitar semula ni =(

Post a Comment