Bismillahirrahmanirrahim...
Terkesima saya melihat keberanian peserta Imam Muda musim ke 2,IM Nazrul yang mempertahankan sahabat seperjuangannya yang kurang menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam program memecah tradisi itu dengan meminta mudirnya supaya tidak melakukan penyingkiran mingguan pada minggu ke 4.
Tindakan wajar oleh anak kelahiran Segamat,Johor ini adalah berlandaskan sebab musabab kesemua peserta masih lagi dalam proses menuntut ilmu dan seharusnya diberi peluang untuk mereka memperbaiki diri. Sehinggakan itu,IM Nazrul sanggup menerima denda khidmat masyarakat demi menyahut perjuangannya bersama peserta-peserta lain.
SYABAS IM NAZRUL!
Ketuk-ketuk Hati: Terharunya ada sahabat yang ingin berjuang bersama dengan kita dalam erti mahu mencari redha disisi Ilahi.Kita ni,nak masuk syurga bukanlah untuk diri sendiri sahaja...
maka sebab itulah,ajaklah orang lain bersama-sama melayari keindahan syurga itu.
"SATU UNTUK SEMUA,SEMUA UNTUK SATU"
0 Perkongsian:
Post a Comment