Post Terbaharu :

Wednesday, May 18, 2011

Sebelum Kita Tidur....

"Empuknya bantal ni"


Bismillah,

"Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku pohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain DIA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku bertaubat kepadaNYA), maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi)


Ketuk-Ketuk Hati:
Sudah terhapuskah dosa kita hari ini? Semalam bagaimana?
Kelmarin bagaimana? Minggu lepas? Bulan lepas?Tahun lepas?
Mudahnya madah mengatakan "barang lepas jangan dikenang".
Manusia....memang tak terlepas dengan dosa noda.


Sebelum ini tidur terakhir buatku,
Lafaz Istighfar Meniti Di Bibirku.

0 Perkongsian:

Post a Comment