Post Terbaharu :

Sunday, May 8, 2011

Bila Ada Ilmu...

"Ilmu bermaksud tibanya makna dalam diri dan tibanya diri dalam makna"
~Syed Naquib Al-Attas
~

Salam alaik.
Heh? Saya terpinga-pinga sambil menggaru-garu kepala memikirkan definisi ayat di atas. Rasanya tidak perlu mengulas panjang entri kali ini. Cukuplah sekadar beri analoginya.



Tamsilan yang boleh dikaitkan dengan maksud ayat tersebut ialah:
Adakah ilmu Islam itu membawa makna?
Adakah makna itu membawa pada diri kita?






Ketuk-ketuklah hati,tanya sejauh mana kita dapat membawa&mempraktikan sesuatu ilmu tersebut. Adakah hanya sekadar menulis di papan tulis? Atau sekadar menjawab di kertas peperiksaan? Atau menanti CGPA 4.00 di akhir result exam? Ataupun hanya mahu duduk di kerusi empuk dek pekerjaan yang disanjung ramai?

Ingatlah,sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang membawa kita lebih mendekatkan kepada Maha Pemberi Ilmu.Sayang seribu kali sayang,ditelan pahit,dibuang pun sayang, ramai sahaja manusia berilmu tapi ahlak terbang entah ke mana .Jadi hendaklah kita sentiasa bersihkan niat.

“Siapa yang berkehendakkan dunia, dia mestilahmempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkanakhirat, dia hendaklah mempunyai ilmu; siapayang berkehendakkan kedua-duanya makahendaklah ia mempunyai ilmu.”
Riwayat Muslim


Ketuk-ketuk Hati:
Ilmu tanpa amal = SIA-SIA
Ilmu tanpa rasa syukur = NTAH APA-APA JADINYA

0 Perkongsian:

Post a Comment