Post Terbaharu :

Wednesday, May 18, 2011

Sebelum Kita Tidur....

"Empuknya bantal ni"


Bismillah,

"Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku pohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain DIA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku bertaubat kepadaNYA), maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi)


Ketuk-Ketuk Hati:
Sudah terhapuskah dosa kita hari ini? Semalam bagaimana?
Kelmarin bagaimana? Minggu lepas? Bulan lepas?Tahun lepas?
Mudahnya madah mengatakan "barang lepas jangan dikenang".
Manusia....memang tak terlepas dengan dosa noda.


Sebelum ini tidur terakhir buatku,
Lafaz Istighfar Meniti Di Bibirku.

Thursday, May 12, 2011

Kempen "Saya blogger muslimah, saya jaga aurat dan akhlak saya" :)

Bismillah,
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.
( Hadis Riwayat Muslim )

Allhamdulillah,terharu hati dibuatnya pabila nama saya ditag oleh sahabat yang SANGAT BAIK terutamanya aspek budi pekertinya iaitu SITI MURNI (INI BLOG DIA).Rasailah hasil tintanya.


Pernah suatu ketika di zaman persekolahan,saya bertanya dengan seorang sahabat ini:

Lily : kenapa sedih ni Adah?
Adah: tadi kite pergi kedai xpakai stoking kaki,sedih.....takut nanti kena masuk NERAKA!

Gulp! Hanya jawapan yang macam 'kebudak-budakan' itulah yang meninggalkan bekas di hati saya.Mendalam maksud sahabat saya tu. Sejak itulah bangkitnya kesedaran saya tentang aurat ni.




Mudahkah mahu menutup aurat dan menjaga akhlak?Ada pelbagai alasan yang boleh kita kemukakan jika kita mengatakan 'Tidak'.Tetapi wajib tetap wajib.Dan,jika kita mengatakan 'Ya',pelbagai perkara juga yang perlu dipersoal kembali.Adakah ianya ikhlas semata-mata kerana Allah?
~Siti Murni Md Yusoff~





Hah,kali ini saya nak tag sahabat yang bernama:
Blog SITI MURNI

Fb SHIFA ROSLAN

Blog UMMU ABIHA

Blog RUZANNA RUSLAN


Marilah kita join sama-sama kempen ini,
Macamana? Mudah sahaja, klik di sini

Ketuk-Ketuk Hati: Jenguk-jenguklah blog mereka ye,semoga dapat mengutip mutiara ilmu bersama.

Wednesday, May 11, 2011

Lamanya Tak Snap Gambar

Salam alaik.
Kian lamanya saya x snap gambar almaklumlah gambar-gambar yang ditangkap sebelum ini pun masih belum dikemaskini lagi.
Walaupun cuti semester yang diberikan agak panjang,hmm entahlah, cuti kali ini memberikan kesedaran bagi saya bahawa:

"SESUNGGUHNYA TANGGUNGJAWAB ITU LEBIH BANYAK DARIPADA MASA YANG ADA"


Memang agak merisaukan akan prestasi diri ini baik dari segi lahiriah mahupun rohaniah yang mungkin bertambah,berkurangan ataupun masih sama sahaja tanpa menunjukkan peningkatan akibat terlalu taksub dengan dunia lensa ini.
Namun,sahutan kesyukuran dipanjatkan kerana masih lagi dikurniakan kesedaran akan tanggungjawab yang menjadi asas utama dalam kehidupan ini sebagai HAMBA ALLAH...

Hanya berbekalkan kamera kompak olympus fe270 (sebelum ini) & kamera dslr canon eos 1000d, saya ingin mempamerkan serba sedikit KOLAJ FOTO yang pernah dihasilkan sebelum ini dengan lensa nama "Insaniah Corner"


Ketuk-Ketuk Hati: Pastikan setiap perbuatan kita berbalik pada diri kita& Maha Pencipta.yeah!

Tuesday, May 10, 2011

Kalau Kita Ada Perancangan,Allah Pun Ada Juga

Salam alaik.


Ketuk-ketuk Hati: Kalau kita ada perancangan,Allah pun ada perancangan untuk kita. Paling penting, kita kena pasrah dan tahu melaksanakan pabila menerima perancangan daripada Yang Maha Merancang itu.. Beringatlah setiap sesaat yang kita hadapi di dunia ini,itu semua takdir Allah.



Bak kata mak saya "apa gunanya tahu merancang tetapi tidak pandai melaksanakannya"

Rindu SCS Sentiasa Bertaut

Salam alaik.

عَنْ جَرِيْرِ بِنْ عَبْدِاللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ لاَ يَرْحَمُ النَّاسَ، لاَ يَرْحَمُهُ اللهُ
(مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)
Terjemahan:

Daripada Jabir Bin Abdullah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, niscaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya.



"Tengok youtube,ingat kat head,
tengok gambar bunga,ingat profile pic Tasnim,
tengok buku diari sufi,ingat Ieja,
tengok raket,ingat Zila,
tengok tag name, ingat Hisyam,
tengok dslr,ingat abg Umar,abg Afiq&Lily,
tengok kotak,ingat kak Kiah,
tengok orang buat perangai pelik,ingat Naim."

~Amirah Abd Malek~


Melihat bermacam-macam ragam family SCS ni, telah mengetuk-ngetuk pintu hati saya dan bertautnya sang bayu rindu buat mereka meskipun penglibatan saya dengan FSCC sejak akhir sem 2 yang lalu berkurangan dek kerana komitmen pada perkara lain.Paling mengharukan saya ialah simpulan UKHUWAH yang dijalinkan begitu utuh sekali.

Ketuk-ketuk Hati:Kasih sayang yang terjalin antara sesama manusia adalah penyebab yang menentukan untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT. Dan selanjutnya kesan berkat rahmat Allah itu akan membawa kebaikan bagi kita di dunia dan di akhirat.
SEMOGA UKHUWAH SCS FAMILY SENTIASA BERKEKALAN.AMIIN.....

Sunday, May 8, 2011

Melakar Cinta Ilahi di Tasik Y

Salam alaik.
Alhamdulillah,6 mei yang lepas, terpautnya cinta anak-anak yang berasal dari negeri Johor yang damai dalam pertemuan Program Sua Rasa KPIJ.Ada yang dari Johor Bharu,Pontian,Senggarang dan juga Parit Raja.Kami bersatu demi melakar cinta Tuhan di Pusat Rekreasi Tasik Y Batu Pahat.


Tasik buatan yang berbentuk Y ini terletaknya di bandar Batu Pahat,Johor yang bertanda huruf A seperti dalam rajah (promote tempat)

Seperti biasa, pertemuan ini dimulakan rukun usrah yang pertama iaitu TA'ARUF.

Semoga Ukhuwah kerana Allah ini berkekalan antara Kak Islinda (UIA Gombak), Kak Asilah (Etiqa), Kak Azri (UPSI),Husna(UIA PJ), Lily (UIA PJ),Ina(IPG BP),Adik Habibah (STA) & Adik Syahida (STA).






Ketuk-ketuk Hati: Banyak mutiara ilmu yang dapat dikutip melalui USRAH.Dalam liqa usrah ini, kami berkesempatan berdiskusi mengenai ILMU (klik di sini). SEMOGA IANYA MENDATANGKA MA'NA KEPADA DIRI&SEBALIKNYA.