Post Terbaharu :

Friday, August 12, 2011

Pabila Baazar Ramadan Jual Produk Kecantikan Kulit...

Bismillahirrahmaninirrahim,

Amoi: "You kalau xbeli you sangat rugi maa,kulit you dah makin teruk.You xda keinginan nak menjaga ka?"

Lily: " Nanti-nanti dulu lah auntie,saya kena call my mum dulu. 
Apapun,nanti saya call auntie ye."

Itu hanya madah bicara di bibir sahaja. Bagaimana dengan hati? Hati terketuk-ketuk samada mahu beli atau tidak produk penjagaan kulit muka yang katanya buatan "France" ini. Kalau dinilai dari segi keberkesanannya macam ada jaminannya. Dah beribu macam cara amoi berbangsa Cina tu menyakinkan saya tentang prouduk "France"nya itu. Bermula dengan langkah SCANNING KULIT MUKA, kemudiannya dipamerkan testimoni-testimoni daripada costumer-costumer setianya dan konsultasi daripadanya. Dengan tidak semena-menanya saya terpaksa bayar RM 3 untuk bayaran khidmat nasihat tersebut walaupun tanggapan pertama FREE CONSULTATION!


Melihat ragam kawan-kawan yang membelinya dengan harga RM200++,disogokkan lagi dengan lagu-lagu puasa berkumandang meriah diseluruh dewan Al Malik Faisal CFS IIUM tambah-tambah lagi hari tersebut hari terakhir bazaar itu diadakan (yang seakan-akan menghairahkan suasana Raya).Almaklumlah ingin kelihatan cantik dan sihat itu kan fitrah manusia. Sukar untuk kita menolaknya.






 Beautified for men is the love of things they covet; women, children, much of gold and silver (wealth), branded beautiful horses, cattle and well-tilled land. This is the pleasure of the present world's life; but Allah has the excellent return 
(Paradise with flowing rivers) with Him.
~Surah Al-Imran 3:14~


Mengapa saya perlu berfikir panjang untuk membelinya? Kerana harganya seperti membeli juadah puasa untuk 2 kali Ramadan? Atau harganya setanding dengan harga MP4 saya?

TIDAK! Saya begitu musykil dari mana sumber-sumber terkandung dalam produk tersebut. Sejauh mana kita yakin dengan produk yang katanya dari "France". (Bukan maksud saya produk ini penipu).Tetapi adakah ianya berkira soal Haram Halal? 
Sia-sia sahaja saya mengikuti forum "Haram di Sebalik Halal" anjuran FSCC ketika RAFEST dahulu. Sia-sia sahaja saya membelek-belek majalah SOLUSI ISU REPRINT "Kerana Rezeki Masuk Neraka" mahupun mengintai-intai laman web JAKIM.

Saya tidak menyalahkan amoi Cina tersebut, disitulah dia mencari sumber pendapatan dan kembangkan businesnya daripada dia pergi merompak rumah orang. Betul x?

~Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in~


Cumanya, umat Islam itu sendiri harus bijak menilai soal remeh temeh yang acap kali dipinggirkan dek keinginan dan kepuasan diri.

Servey: Jawapan Bila Di Ajak Join BERSIH 2.0

Bismillahnirrahmanirrahim,

Masih ingat gerakan BERSIH 2.0 sebulan yang lalu?
Bukan niat untuk berperihal politik kali ini,sekadar meniliti respon-respon daripada kalangan pelajar-pelajar CFS IIUM. Maklumlah, kebanyakkan pelajar sekarang cepat sahaja terpengaruh sentimen-sentimen politik. Ianya baik untuk kita tahu tampuk pemerintahan negara ini, tapi perlulah bertindak guna AKAL. Mari, kita lihat jawapan classmate saya ini.

Dikisahkan satu perbualan di kelas English suatu ketika,
Budak A:
"Wei, jom lah ikut aku join BERSIH 2.0 sabtu ni (9 julai)". Dengan nada berkobar-kobar.
Budak S: 
"Aku bukan xnak pergi, cuma aku masih ada mak bapak. Aku kesiankan kat diorang. Nanti kalau jadi apa-apa kat aku.Diorang yang risau sebab aku lah satu-satunya harapan diorang."

Tuesday, August 9, 2011

2ribu &2 juta Dosa!

Bismillahirrahmanirrahim,


Ketuk-Ketuk Hati di Bulan Ramadan:
Hari demi hari ramadan hari ini berlalu, ramadan hari esok entah bagaikan wujudnya atau 'ghaibnya'. Siapalah kita berhak untuk lebih mengetahuinya jika nak dibandingkan dengan Yang Lebih Mengetahui.


"Nilailah diri kita ini, kalau kita ada 2 ribu dosa besar, ibarat dosa kecil kita 2juta!,

Jadi bagi menghapuskan dosa2 kecil itu, amalan di bulan Ramadan inilah peluang terbaik.

Bagaimana dengan dosa besar? X lain xbukan,hanya dengan Taubat...."




~Coretan tazkirah ramadan di musolla Mahallah Khadijah,CFS IIUM~

Friday, July 8, 2011

Parah! Memang Parah!

Bismillaharrihmanirrahim,
Ketuk-Ketuk Hati :


"Kita selalu menginginkan orang sekeliling mempercayai diri kita.
Parah bukan jikalau kita tidak lagi dipercayai oleh manusia seperti keluarga dan kawan-kawan? 
Seakan-akan diri kita ini dibuang hidup-hidup oleh mereka.
Tiada makna kepercayaan untuk kita".


"TAPI, lagi parah sebenarnya jikalau kita sendiri yang tak percaya pada diri sendiri.


Terkadang hari, acap kali kita rasa takut-lah,humble-lah, low profile-lah dan macam-macam lagi apabila berdepan dengan apa-apa situasi. Ketahuilah itu semua hanya lah    Illussion of Control! " 

Ironinya: "Seorang pelajar CFS IIUM takut untuk menghadiri temuduga permohonan jawatan FSCC disebabkan rasa segan dengan calon-calon temuduga yang lain yang 'kononnya' hebat-hebat belaka daripada dirinya".


Mengapa? Kita xpercaya boleh berdiri sama tinggi dan setanding dengan mereka yang 'kononnya' hebat itu?
Ada berani?
Hei, percayalah Allah sentiasa bersama kita. Asalkan hati ikhlas....


You can ACHIEVE it if You BELIEVE it
~Coretan Hati dan Timbaan Pengalaman Hidup~


Saturday, June 25, 2011

Semester Ini: Kenali lah diri kita

Bismillahirrahmanirrahim
Sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat terutamanya yang sedang masih melangkah seribu kaki di alam kampus.


Renungkan diri kita selama ini.
Siapakah kita pada hari pertama menjejak kaki ke universiti?
Siapakah kita setelah memperoleh sahabat-sahabat baru?
Siapakah kita setelah tidak terkongkong oleh sesiapapun?


ATAU
untuk memudahkan penelitian dan memandang secara keseluruhan,
cuba renungkan diri kita ketika di semester pertama,kedua dan seterusnya sehingga lah hari ini.


..............................................................


Ketuk-Ketuk Hati:


Pernah saya mengadu kepada sahabat seusrah memperihalkan prestasi diri yang agak 'jiwa kacau' setelah  berhadapan dengan pelbagai situasi dalam semester berbeza yang berlainan atmosferanya di bumi UIA ni.
Secara khulasahnya,kita tatkala di........



SEMESTER 1:
KITA SEDANG MEMBINA DIRI 

SEMESTER 2:
KITA DIUJI DENGAN PELBAGAI UJIAN

SEMESTER BARU:
KITA MENGKOREKSI DIRI SELEPAS 
SEMESTER YANG LALU


Ada Apa Dgn Nora Elena?

Bismillahirahmanirrahim,
Tatkala media arus perdana hangat menyiarkan drama Nora Elena (baru sahaja tamat siaran) pasti ramai sahaja yang menyebut-nyebut kombinasi nama menarik perhatian itu.Ada yang sanggup menanti di hadapan kaca televisyen dari jam 7.00 petang hingga 8.00 malam.Bertitik tolak daripada itu juga lah ada juga termasuklah diri ini yang sanggup melewat-lewatkan waktu solat maghrib tika itu.

Walau pada hakikinya saya memang agak kurang berminat dengan mana-mana drama melayu, entah bagaimana diri yang lemah ini jua boleh turut tersangkut untuk menonton drama tersebut. Hampir 2 minggu saya menelan episod demi episod untuk mengetahui lanjutan jalan ceritanya melalui laman Tonton.com.Memang xdapat dinafikan,bila kita bersangkut paut dengan kebanyakan hiburan,mudah sahaja kita leka dan banyak mengabaikan perkara-perkara asas.

Walaupun drama ini berdominasikan tentang cinta dan kasih sayang antara insan,bagi saya lebih meneliti nilai kemanusiaan yang ditonjolkan  dalam drama ini.Antara yang menjadi tarikan saya,mengenai kesilapan manusia yang berhak diberi peluang kedua untuk menebus kesalahan dan memperbaiki diri.Selain itu juga,saya terpalit dengan kisah sikap manusia yang sentiasa berubah-ubah. Mungkin berubah ke arah yang lebih baik atau mahupun sebaliknya.

Ketuk-ketuk Hati: 
Di Dunia Ini, Ramai Sangat Manusia,Tidak Semudah Disangka Untuk Membelai Hati Mereka Sedangkan Hati Sendiri Pun Gersang.
Hati Kita Tiada Ketetapan. Bersamalah Kita Berusaha Memeliharanya.