Post Terbaharu :

Saturday, April 14, 2012

Bachelor in Information Technology (BIT) atau Bachelor in Computer Science (BCS) ?

Bismillahirrahmanirrahim,
Setelah sekian lamanya saya menyepi dalam dunia blogging, kali ini saya ingin berkongsi ilmu yang dicedok daripada program 'Education Trip to KICT' di UIA Gombak yang berlangsung pada 13 April lepas. Kalau persatuan PRESSS dan MEDCY mengadakan trip ke UIA Kuantan,kami yang terdiri daripada pelajar-pejalar ICT tahun akhir turut terlibat dalam aktiviti yang sama.
Program setengah hari ini membuka tirai dengan taklimat oleh pensyarah dari Kuliyyah ICT tentang perjalanan pelajar yang bakal mengambil program Ijazah. Kemudiannya,program ini diteruskan lawatan ke Kuliyyah.Kami didedahkan serba sedikit tentang persekitaran kampus utama dan profesion dalam ICT.

Satu persoalan yang bersarang di fikiran saya adalah 'YANG MANA SATU INGIN SAYA PILIH? 
Bachelor in Information Technology(BIT) atau  Bachelor in Computer Science(BCS)?

Mari kita lihat bidang-bidang dalam:

1. Bachelor in Information Technology

*information system
*multimedia and creative design
*data management system
*information security management
*network administration
*software engineering
*minor-businees administration

2. Bachelor in Computer Science

*network communication
*artificial intellegence
*system software
*system software
*computer security
*advanced mathematics and algorithm
*computer graphics and image processing

Ada juga mulut-mulut yang berbisik, 
"BIT tu untuk pelajar yang xperform dalam studies.
"BCS tu student yang hebat-hebat je".
"Amik BCS,peluang lagi besar".

Seorang pensyarah di situ,berpesan kepada saya, "Sebenarnya, mana-mana program bukanlah menunjukkan seseorang itu 'pandai' ataupun 'bodoh', tetapi kamu  pilihlah bidang yang betul-betul kamu minat".

Jadi, pilihan anda? Hamparlah sejadah dan beristkharahlah,semoga Allah tetapkan hati kita dan tunjukkan jalan yang mudah buat kita.



Fakta tentang Kuliyyah ICT:
* Merupakan satu-satunya bagunan yang baru dibina di UIA Gombak.
* Terletak di atas bukit berdekatan Kuliyyah AED.
* Bagunan yang berwarna jingga.
* Terdiri daripada 5tingkat.
* Terdapat KIOSK diberi nama 'ZC Kiosk'.
* Terdapat batu besar berbentuk sfera di halaman hadapan bagunan.
* Pelajar ICT pernah terperangkap di dalam lif selama 1jam.
* Hanya 2 program sahaja ditawarkan di peringkat ijazah sarjana iaitu 'Bachelor in Computer Science' dan 'Bachelor in Information Technology'. InshaAllah,2 lagi program bakal menyusul iaitu 'Bachelor in Multimedia' dan 'Bachelor in Software Engineering'(kalau xsilap).
* Bagunan KICT ini mirip bagunan-bagunan yang terdapat di UIA Kuantan.
* Reka bentuk dan susunan Dewan kuliyyah seperti di dewan rakyat(Parlimen Malaysia). 

Tuesday, February 7, 2012

Semoga Kerajaan Malaysia IKHLAS

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah,semalam saya berkesempatan menggunakan voucher 1Malaysia bersama dengan adik dan kakak. Bermacam-macam jenis buku dan alat tulis kami beli setelah terpendam beberapa bulan yang lalu.

Selepas kerajaan Malaysia memaklumkan kepada rakyat pada tahun lalu, bahawa pelajar sekolah akan mendapat RM100,manakala pelajar IPT bakal memperolehi voucher buku bernilai RM200. Ramai dalam kalangan pelajar IPT tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan tersebut. Pada mulanya saya terfikir, mengapa pelajar sekolah dapat wang tunai manakala pelajar IPT hanya dapat voucher yang terhad untuk membeli buku sahaja? Apakah rasionalnya?  
Setelah saya mengkaji dan merujuk sumber-sumber akan dasar utama usaha kerajaan ini, saya dapati pemberian tersebut adalah untuk mengurangkan tanggungan ibu bapa terhadap keperluan di sekolah dan IPT. 

Mutakhir ini, timbulnya isu yg kurang enak dimakan :'pelajar IPT beli novel seks guna voucher 1Malaysia' , 'pelajar jual voucher','pelajar IPT: "Membazir je,kami tak tahu nak beli apa dengan voucher tu" dan lain-lain.

Maka disebabkan itu,kerajaan mengambil tindakan tegas dengan menyaman pelajar yang menyalahgunakan voucher pemberian mereka itu (kes pelajar jual voucher). Manakan tidak kita dah memberi, penerima kena lah guna sebaik-baiknya. Jika tidak, hancurlah hati kita.

Pokok persoalan di sini adalah....mengapa pelajar tersebut berbuat sedemikian rupa? Mungkinkah mereka mempunyai masalah kewangan? Mungkinkah dengan menukar voucher tersebut kepada kepingan duit dapat membantu hidup keluarga mereka yang berposibiliti susah? Adakah wajar tindakan kerajaan menyaman mereka? 
Saya bukanlah pro kerajaan mahupun pro pembangkang.Dari kaca mata saya, sewajarnya kerajaan menyelidik dahulu latar belakang pelajar terbabit seterusnya mengambil langkah yang rasional dalam membantu permasalahan mereka. Bagi saya, semuanya terletak di tangan pelajar itu sendiri. Jika dia mahu menggunakan voucher tersebut ke jalan kebaikan, dia akan guna sebaiknya. Jika dia mahu ke arah keburukan, dia akan guna ke arah yang menyimpang. 

Ada juga pelajar IPT bersuara bahawa mereka tidak tahu nak berbelanja dengan voucher buku itu. Bagi saya, banyak lagi keperluan ilmiah seperti novel islamik,buku motivasi,majalah,buku kemahiran diri dan banyak lagi. Orang cemerlang adalah mereka yang pandai manfaatkan apa yang ada.

Ketuk-Ketuk Hati:
Kenapa kerajaan Malaysia pemurah bagi wang tunai dan voucher kepada pelajar? Adakah disebabkan pilihanraya yang bakal membuka tirai semata-mata? 
Semoga kerajaan Malaysia ikhlas dalam membantu keperluan rakyat. 

Senyum santai:
Walaupun ada pelajar yang memahat dendam pada kerajaan,tapi ada yang saya perhatikan mereka masih juga menggunakan pemberian kerajaan itu. Ketepikan soal parti politik, pelajar seharusnya manfaatkan pemberian tersebut.










Monday, February 6, 2012

SMS Orang Ber'couple'

Bismillahirrahmanirrahim,

"Hye Cayang, tgah watpe turw"

 "Cayang, hubby cyg cyg"

"Muahh3x"

Nak termuntah rasanya bila baca ayat di atas. Alahai orang ber'couple' zaman sekarang ni, masa sebelum kahwin inilah keluar ayat sayang menyayang TETAPI selepas kahwin, tiadanya ayat-ayat manis terpacul di tepian bibir mereka. Malah perbualan mereka di talian SMS, mengalahkan pasangan suami isteri. Bila disuruh laksanakan tanggungjawab sebagai suami/isteri, FAILED!

Kadang-kala saya berfikrah, mengapa 'couple zaman sekarang' itu dikategorikan sebagai HARAM walaupun tiadanya adengan 'sentuh-menyentuh' atau lebih sinonimnya "Eh,kami tak wat apew-apew pown". Mana kan tidak, kirim ayat berbunga-bunga yang memaut mereka ke asmara ZINA. Allah s.w.t kan dah berfirman dalam surah al Isra supaya kita janganlah hampiri zina.
Maka, BERCINTALAH SELEPAS SAAT LAFAZ SAKINAH. Bukankah itu lebih manis? 
Masing-masing sedang bermula sesi taaruf antara Sang Suami dan Si Isteri...Bukankah itu yang dikatakan cinta sejati berlandaskan peraturan Allah? TAK MATI LAH CINTA SEJATI 

p/s: kepada mereka yang sedang bercouple, sila lah terasa. Fikirlah sejenak masa hadapan anda untuk akhirat anda, suami/isteri anda,anak-anak anda,cucu anda dan tanggungjawab anda.



Saturday, January 21, 2012

Kes Anwar Ibrahim-Saiful Bukhari Sepatutnya Begini...

Bismillahirrahmanirrahim,

901,mungkin itulah nombor paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) apabila dibebaskan dari tuduhan meliwat ke atas bekas pembantunya,Saiful Bukhari Azlan (SBA). Sehingga kini, sebenarnya kes ini masih belum terlerai terutamanya buat SBA yang ingin menuntut bela terhadap dirinya. Mana kan tidak, maruah diri hendaklah di'suci'kan.
Banyak pihak mengatakan kes ini merupakan salah satu konspirasi untuk menjatuhkan mana-mana parti politik. Entah betul atau tidak. Masing-masing 'tolak' situ sini. Ketepikan sebentar dunia politik. Pandanglah dari sudut yang berlainan. Kes ini melibatkan DSAI yang merupakan seorang ISLAM. Begitu juga SBA yang merupakan seorang ISLAM. 

Pada pendapat saya,sewajarnya kes liwat yang terdakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari ini tidak perlulah digempar-gempurkan secara meluas kerana ianya melibatkan imej ISLAM itu tersendiri.Apatah lagi ianya melibatkan maruah diri bagi kedua pihak. Atau kata mudahnya, "Malulah saya". Sudah tercalar, bagaimana mahu diganti? 

Cukuplah kes ini dibawa ke mahkhamah syariah, tidak melibatkan mana-mana pihak luar campur tangan dan selesaikan sahaja dengan tenteram di situ.Yang membimbangkan,kes ini telah pun mendapat liputan meluas,baik dalam mahupun di luar negara. Risau-risau,pelbagai perspektif negatif agama lain terhadap Islam yang ditafsirkan 'BOBROK' di mata mereka.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, Nabi SAW bersabda: 
“Seorang hamba tidak menutupi aib hamba yang lain di dunia 
kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat”. 
(HR; Muslim)

Monday, January 2, 2012

Untungnya Solat Dhuha!

Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu

Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

~Doa Dhuha,Kumpulan UNIC~


Pertama kali mendengar lagu ini,sayu dan redup rasanya hati. Saya mula diperkenalkan dengan solat dhuha ini semasa sekolah menengah. Setiap kali masuk waktu mata pelajaran Agama Islam,Ustaz Kusnan sentiasa mengajak kami sekelas melakukan solat Dhuha sebelum kelas dimulakan. Pada waktu itu,saya masih tidak mengerti lagi,apa 'pentingnya' solat Dhuha ini. Kalau di rumah, ahli keluarga saya pun buat solat yang sama. 

Kemuncaknya, saya melihat roomate di UIA rajin melakukan solat Dhuha ini. Lebih-lebih lagi semasa Pesta Sukan IPTIM,walaupun banyak tugasan yang perlu dilangsaikan pada waktu pagi, namun saya kagum melihat mereka yang sanggup 'curi-curi' masa untuk menunaikan solat Dhuha.

Teringat lagi seminggu sebelum peperiksaan EPT (English Placement Test) berlangsung,saya yang kerunsingan  menghitung masa-masa yang untuk belajar grammar. Semakin belajar,semakin runsing, semakin takut. Dalam hati asyik kata "TAKUT! TAK EXIT!!!". Saya yakin,rata-rata pelajar di Pusat Asasi UIAM tak rela diri mereka repeat subjek EPT.
Lantas,saya terus mesej pada kawan-kawan untuk minta nasihat. Alhamdulillah,kawan-kawan terus memaku semangat buat saya. Seorang sahabat mengingatkan,

" Lily, jangan ingat nak EXIT sahaja. Ingat,kita belajar ni sebab nak ilmu. 
Kalau rasa resah,buatlah solat Dhuha.InshaALLAH Allah pasti tolong"
~Nurul Nafisah Kamis & Aina Mardiyah~

Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah, akhirnya saya EXIT jua. Mudah-mudahan,Allah Ar Razzaq berkati segala usaha saya dan dapatlah saya manfaatkan ilmu-ilmu yang ada. Benarlah janji Allah Azza Wa Jalla yang menjaminkan rezeki dalam Surah Ad Dhuha 1-5:
  “Demi waktu duha. Dan malam apabila ia sunyi sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu) sebagaimana yang dituduh oleh kaum Musyrik.Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda”.



Sunday, January 1, 2012

Kebaikan Yang Dilupakan

Bismillahirrahmanirrahim,

" Ketika anda melakukan sesuatu yang betul dan baik, 
tiada siapa pun yang mengingatinya..."

"Tetapi bila anda melakukan kesilapan, 
tiada siapa pun yang melupakannya..." 

~Asyraf Salleh~


Ketuk-Ketuk Hati:
Ingatlah  2 perkara seperti yang dianjurkan dalam ikram muslimin
1. lupakan kebaikan kita pada orang lain
2.lupakan kejahatan orang lain pada kita