Post Terbaharu :

Wednesday, May 23, 2012

Debat PTPTN

Bismillahirrahmanirrahim,
Pastinya jutaan mahasiswa-mahasiswa seluruh Malaysia semalam menyaksikan perdebatan hebat antara Ketua Pemuda UMNO,YB Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli mengenai isu pemansuhan PTPTN dan hala tuju pendidikan tinggi baik bersiaran di ASTRO Awani mahupun dicorong radio dan juga dilaman sesawang Youtube.
Di akhir perdebatan tersebut,tiadanya adengan penonton yang 'angkat kerusi' , ini bermakna rakyat sudah matang dan bertamadun dalam menilai dan menerima sesuatu itu. Yeke?
Tepat pada jam 10 malam tadi, muka saya sudah pun terpampang di hadapan televisyen sambil membawa nota dan pen untuk disalin segala isi yang dapat dikongsikan bersama.

Jika dilihat dalam debat ini,kedua-dua pedebat dilabelkan sebagai 'Akauntan', kebanyakan hujah yang dikeutarakan bersangkut paut pada ekonomi negara. Seperti maklum, negara berhadapan dengan hutang yang banyak oleh pelajar yang masih belum melunaskan hutang ptptn . . .
Namun, apa yang lebih mengelirukan adalah, kedua-dua pedebat ini,masing-masing mengeluarkan angka yang berbeza. Di pihak Rafizi, keluarnya nombor 0 manakala dipihak Khairy pula bernombor 1. Yang mana satu yang sebetulnya? Bukankah ianya mengelirukan rakyat?

Antara ungkapan yang saya dapat kongsikan di sini:
Rafizi -
*"Nk seribu daya,xnak seribu dalih"
*"kalau ragu2 dgn kemampuan nk hapuskan PTPTN ini, tunjukkan bagaimana nk berhadapan dgn hutang2 pelajar ni"

Khairy -
*"jgn buat perbandingan antara Apple dengan Rambutan"
*"Jika dikatakan KEADILAN, hapuskan semua pinjaman PTPTN,MARA dan sbgainya"
*pelajar haruslah buat pelaburan 20% untuk pelajaran demi mendapatkan masa hadapan yang cerah"

Ketuk-Ketuk Hati:
Bukan mahu menjadi pro mana-mana parti, bagi saya buatlah langkah yang pragmatik,realistik dan konkrit tentang masa hadapan pelajar ini dan bagi saya pendidikan percuma tidak relevan dgn MENTALITI pelajar sekarang, cukuplah setakat ni hapuskan cukai ptptn tu dulu

Benarkah DEBAT PTPTN tu semata-mata nak menunjukkan kematangan seseorang sebagai calon kerusi menjelang PRU 13 nanti?
~Berdebatlah untuk mencari KEBENARAN bukannya KEMENANGAN, orait?~

Monday, April 30, 2012

2 Perkara Sebelum Solat

Bismillahirrahmanirrahim,
Mutakhir ini, dari mulut ke mulut mahupun di dada-dada Facebook,ramai mengatakan isu BERSIH 3.0. Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu mengenai BERSIH juga yang dapat dicantas dalam program Majlis Tahlil dan Hari Keluarga bersama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia,CFS IIUM.Tapi...ni bukan BERSIH atas dasar politik ye. Ini BERSIH dalam solat. Dalam tazkirah yang disampaikan:


Perkara Sebelum Mendirikan Solat:
1.BERSIH dari segi kebersihan diri.
2.BERSIH dari segi kebersihan hati.

:)

Sunday, April 15, 2012

Kenali Hachiko

Bismillahirrahmanirrahim,
Saya ingin berkongsi serba sedikit cerita mengenai salah satu mahluk ciptaan Allah ini iaitu seekor anjing. Saya agak manyampah, mana2 sproduksi yang menghasilkan filem berkenaan haiwan,pastinya haiwan tersebut boleh bercakap atau boleh melakukan apa-apa sahaja seperti manusia. Bukankah ianya tidak logik diterima akal? Bukankah kita ini sudah diciptakan sebaagai sebaik-baik makhluk?
Apabila mendengar kisah anjing ini, air mata sesiapa sahaja pasti meruntun dan bergelinangan ditakung mata. Mengapa? Jom, kita hayati kisah benar anjing ini.


Hachiko, itulah nama sang anjing yang berasal dari negara terbitnya matahari,Jepun. Pada asalnya, ramai masyarakat dikelompok negara tersebut merasakan Hachi (nama singkatan bagi Hachiko) merupakan seekor anjing yang misteri. Baka keturunannya amatlah baik dan ia berasal dari keturunan Akita. 

Hachiko ni dibela oleh seeorang lelaki bernama Ueno Hidesaburo yang merupakan seorang profesor di salah sebuah universiti di Jepun. Pada awalnya, isteri professor ni sukar menerima kehadiran Hachi di rumah disebabkan kenakalan Hachi,lama kelamaan hatinya terpaut semasa melihat 'kemesraan' di antara Hachi dan suaminya. 




Professor Ueno selalunya ke tempat kerja menaiki keretapi di stesen Shinbuya .Setiap kali beliau hendak ke tempat kerja, Hachi sentiasa menemani di sisi tuannya itu. Hinggalah waktu petang,Hachi menunggu ketibaan tuannya pulang dari kerja dan ianya menjadi rutin harian Hachi untuk menjemput tuannya pulang.

Suatu hari,semasa professor Ueno sedang mengadakan kuliah, beliau diserang sakit angin ahmar secara tiba-tiba lalu meninggal dunia. Hachi yang serba tidak tahu tentang ketiadaan tuannya buat selama-lamanya, masih menunggu tuannya pulang dari kerja. Paling menyedihkannya,Hachi setia menunggu tuannya tanpa jemu di hadapan stesen keretapi dan ianya berlarutan hingga 9 tahun!

Penantian Hachi berakhir pada 8 Mac 1935, Hachi ditemui mati.

Kisah Hachiko ini pernah difilemkan pada tahun 1987 berlabel 'Hachiko Monogatari' (versi Jepun) dan pada tahun 2009 bernama 'Hachiko A Dog's Story'(versi Inggeris). 

Kisah Hachiko ini sangat memberi inspirasi kepada masyarakat awam terutamanya di Jepun kerana ianya sarat dengan nilai-nilai kesetiaan dan kasih sayang antara manusia dan haiwan.


Saturday, April 14, 2012

Bachelor in Information Technology (BIT) atau Bachelor in Computer Science (BCS) ?

Bismillahirrahmanirrahim,
Setelah sekian lamanya saya menyepi dalam dunia blogging, kali ini saya ingin berkongsi ilmu yang dicedok daripada program 'Education Trip to KICT' di UIA Gombak yang berlangsung pada 13 April lepas. Kalau persatuan PRESSS dan MEDCY mengadakan trip ke UIA Kuantan,kami yang terdiri daripada pelajar-pejalar ICT tahun akhir turut terlibat dalam aktiviti yang sama.
Program setengah hari ini membuka tirai dengan taklimat oleh pensyarah dari Kuliyyah ICT tentang perjalanan pelajar yang bakal mengambil program Ijazah. Kemudiannya,program ini diteruskan lawatan ke Kuliyyah.Kami didedahkan serba sedikit tentang persekitaran kampus utama dan profesion dalam ICT.

Satu persoalan yang bersarang di fikiran saya adalah 'YANG MANA SATU INGIN SAYA PILIH? 
Bachelor in Information Technology(BIT) atau  Bachelor in Computer Science(BCS)?

Mari kita lihat bidang-bidang dalam:

1. Bachelor in Information Technology

*information system
*multimedia and creative design
*data management system
*information security management
*network administration
*software engineering
*minor-businees administration

2. Bachelor in Computer Science

*network communication
*artificial intellegence
*system software
*system software
*computer security
*advanced mathematics and algorithm
*computer graphics and image processing

Ada juga mulut-mulut yang berbisik, 
"BIT tu untuk pelajar yang xperform dalam studies.
"BCS tu student yang hebat-hebat je".
"Amik BCS,peluang lagi besar".

Seorang pensyarah di situ,berpesan kepada saya, "Sebenarnya, mana-mana program bukanlah menunjukkan seseorang itu 'pandai' ataupun 'bodoh', tetapi kamu  pilihlah bidang yang betul-betul kamu minat".

Jadi, pilihan anda? Hamparlah sejadah dan beristkharahlah,semoga Allah tetapkan hati kita dan tunjukkan jalan yang mudah buat kita.



Fakta tentang Kuliyyah ICT:
* Merupakan satu-satunya bagunan yang baru dibina di UIA Gombak.
* Terletak di atas bukit berdekatan Kuliyyah AED.
* Bagunan yang berwarna jingga.
* Terdiri daripada 5tingkat.
* Terdapat KIOSK diberi nama 'ZC Kiosk'.
* Terdapat batu besar berbentuk sfera di halaman hadapan bagunan.
* Pelajar ICT pernah terperangkap di dalam lif selama 1jam.
* Hanya 2 program sahaja ditawarkan di peringkat ijazah sarjana iaitu 'Bachelor in Computer Science' dan 'Bachelor in Information Technology'. InshaAllah,2 lagi program bakal menyusul iaitu 'Bachelor in Multimedia' dan 'Bachelor in Software Engineering'(kalau xsilap).
* Bagunan KICT ini mirip bagunan-bagunan yang terdapat di UIA Kuantan.
* Reka bentuk dan susunan Dewan kuliyyah seperti di dewan rakyat(Parlimen Malaysia). 

Tuesday, February 7, 2012

Semoga Kerajaan Malaysia IKHLAS

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah,semalam saya berkesempatan menggunakan voucher 1Malaysia bersama dengan adik dan kakak. Bermacam-macam jenis buku dan alat tulis kami beli setelah terpendam beberapa bulan yang lalu.

Selepas kerajaan Malaysia memaklumkan kepada rakyat pada tahun lalu, bahawa pelajar sekolah akan mendapat RM100,manakala pelajar IPT bakal memperolehi voucher buku bernilai RM200. Ramai dalam kalangan pelajar IPT tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan tersebut. Pada mulanya saya terfikir, mengapa pelajar sekolah dapat wang tunai manakala pelajar IPT hanya dapat voucher yang terhad untuk membeli buku sahaja? Apakah rasionalnya?  
Setelah saya mengkaji dan merujuk sumber-sumber akan dasar utama usaha kerajaan ini, saya dapati pemberian tersebut adalah untuk mengurangkan tanggungan ibu bapa terhadap keperluan di sekolah dan IPT. 

Mutakhir ini, timbulnya isu yg kurang enak dimakan :'pelajar IPT beli novel seks guna voucher 1Malaysia' , 'pelajar jual voucher','pelajar IPT: "Membazir je,kami tak tahu nak beli apa dengan voucher tu" dan lain-lain.

Maka disebabkan itu,kerajaan mengambil tindakan tegas dengan menyaman pelajar yang menyalahgunakan voucher pemberian mereka itu (kes pelajar jual voucher). Manakan tidak kita dah memberi, penerima kena lah guna sebaik-baiknya. Jika tidak, hancurlah hati kita.

Pokok persoalan di sini adalah....mengapa pelajar tersebut berbuat sedemikian rupa? Mungkinkah mereka mempunyai masalah kewangan? Mungkinkah dengan menukar voucher tersebut kepada kepingan duit dapat membantu hidup keluarga mereka yang berposibiliti susah? Adakah wajar tindakan kerajaan menyaman mereka? 
Saya bukanlah pro kerajaan mahupun pro pembangkang.Dari kaca mata saya, sewajarnya kerajaan menyelidik dahulu latar belakang pelajar terbabit seterusnya mengambil langkah yang rasional dalam membantu permasalahan mereka. Bagi saya, semuanya terletak di tangan pelajar itu sendiri. Jika dia mahu menggunakan voucher tersebut ke jalan kebaikan, dia akan guna sebaiknya. Jika dia mahu ke arah keburukan, dia akan guna ke arah yang menyimpang. 

Ada juga pelajar IPT bersuara bahawa mereka tidak tahu nak berbelanja dengan voucher buku itu. Bagi saya, banyak lagi keperluan ilmiah seperti novel islamik,buku motivasi,majalah,buku kemahiran diri dan banyak lagi. Orang cemerlang adalah mereka yang pandai manfaatkan apa yang ada.

Ketuk-Ketuk Hati:
Kenapa kerajaan Malaysia pemurah bagi wang tunai dan voucher kepada pelajar? Adakah disebabkan pilihanraya yang bakal membuka tirai semata-mata? 
Semoga kerajaan Malaysia ikhlas dalam membantu keperluan rakyat. 

Senyum santai:
Walaupun ada pelajar yang memahat dendam pada kerajaan,tapi ada yang saya perhatikan mereka masih juga menggunakan pemberian kerajaan itu. Ketepikan soal parti politik, pelajar seharusnya manfaatkan pemberian tersebut.










Monday, February 6, 2012

SMS Orang Ber'couple'

Bismillahirrahmanirrahim,

"Hye Cayang, tgah watpe turw"

 "Cayang, hubby cyg cyg"

"Muahh3x"

Nak termuntah rasanya bila baca ayat di atas. Alahai orang ber'couple' zaman sekarang ni, masa sebelum kahwin inilah keluar ayat sayang menyayang TETAPI selepas kahwin, tiadanya ayat-ayat manis terpacul di tepian bibir mereka. Malah perbualan mereka di talian SMS, mengalahkan pasangan suami isteri. Bila disuruh laksanakan tanggungjawab sebagai suami/isteri, FAILED!

Kadang-kala saya berfikrah, mengapa 'couple zaman sekarang' itu dikategorikan sebagai HARAM walaupun tiadanya adengan 'sentuh-menyentuh' atau lebih sinonimnya "Eh,kami tak wat apew-apew pown". Mana kan tidak, kirim ayat berbunga-bunga yang memaut mereka ke asmara ZINA. Allah s.w.t kan dah berfirman dalam surah al Isra supaya kita janganlah hampiri zina.
Maka, BERCINTALAH SELEPAS SAAT LAFAZ SAKINAH. Bukankah itu lebih manis? 
Masing-masing sedang bermula sesi taaruf antara Sang Suami dan Si Isteri...Bukankah itu yang dikatakan cinta sejati berlandaskan peraturan Allah? TAK MATI LAH CINTA SEJATI 

p/s: kepada mereka yang sedang bercouple, sila lah terasa. Fikirlah sejenak masa hadapan anda untuk akhirat anda, suami/isteri anda,anak-anak anda,cucu anda dan tanggungjawab anda.