Post Terbaharu :

Friday, July 6, 2012

Suatu Ketika: SMAC 2012

Bismillahirrahmanirrahim, 
Hari ini saya terkenang kisah lama saya sewaktu di Semester 3 2011/2012 iaitu Sport and Martial Arts Carnival (SMAC), satu-satunya aktiviti yang terpahat semasa semester pengajian terakhir saya berada di bumi UIA Petaling Jaya....
Aktiviti ini merupakan salah satu acara wajib UIA yang berkenaan dengan sukan.Jika di sekolah, kita diraikan dengan 'Hari Sukan', di UIA pula SMAC menjadi penggantinya. Kali pertama saya dijemput untuk menjadi pemain INTECHSS bagi sukan badminton beregu adalah semasa RAFEST dijalankan. Pada waktu itu, saya memang agak ragu-ragu dengan diri sendiri. Layakkah saya menjadi pemain ni? Ini disebabkan saya pernah mengalami kecederaan yang serius di kaki dan saya tidak tangkas untuk berlari. Dan lagi parah lagi saya turut dilantik menjadi jurugambar rasmi SMAC buat kali kedua! Tentunya dilema melanda diri kerana seseorang pemain perlulah mempunyai stamina yang kuat dan juga fokus yang berpanjangan. Apatah lagi saya perlu melaksanakan dua tuntutan dalam satu masa.

Pada awalnya keluarga 'melarang' saya untuk menyertai pertandingan ini dek risau akan kesihatan diri. Setelah saya yakinkan mereka yang saya memang boleh buat, mereka menyokong pilihan saya. 

Sepanjang 2 bulan berlatih, sahabat-sahabat pemain Fasila,Siti,Nadia dan Fatimah banyak membantu saya. Pernah juga kami berlatih hingga jam 12 malam di gelanggang badminton Mahallah Khadijah dan pada ketika itu saya pengsan kerana terlalu letih berlatih. Tidak lupa juga sahabat-sahabat yang lain terutamanya Shifa,Nafisah,Amirah,Bibi,Muna dan Nazihah yang turut sudi menemani saya berlatih. Tentunya Shifa terkenang peristiwa lucu tentang 'kain' tu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sahabat-sahabat INTECHSS turut meminta saya meng-design bendera persatuan. Memang ketika itu saya agak kekeringan idea. Jadi, saya design bendera INTECHSS yang sangat simple. Bukannya apa,bagi saya jika 'terlalu cantik' menyukarkan kita untuk design sendiri di atas lembaran kain bendera itu, ini kerana ketika bersama line up INTECHSS  2010/2011 yang dulu, ianya menyukarkan kami untuk menyiapkan banner. Warna merah maroon membara menjadi pilihan kami.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tanggal 17Mac yang lalu, berlangsungnya acara seperti badminton dan volleyball. Giliran perlawanan saya adalah pada pukul 7 malam. Sewajarnya, acara sukan yang hampir dengan waktu solat  perlulah dibekukan sementara. Saya faham,pihak SMAC terpaksa meneruskan untuk mengelakkan penangguhan acara. 

Antara kualiti yang ada dalam acara kali ini ialah BIAH SOLEHAH jelas menjadi teras dalam SMAC. Setiap acara yang melibatkan pemain perempuan menjadi hijab bagi penonton lelaki dimana mereka tidak dibenarkan melihat pemain wanita bermain. Tahniah bagi pihak FSCC dan Campus Buddies atas perlaksanaan ini! Saya turut pernah menjadi salah seorang ahli Campus Buddies sewaktu di tahun pertama dulu. Bukan mudah untuk menyekat dan mentarbiyyah pelajar-pelajar di sini.

Disebalik kebaikan, ianya tidak terlepas daripada hadirnya kekurangan. Cuma di sini, apa yang dapat dilihat, kebanyakan sukarelawan tidak menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya. Biar saya ambil satu contoh,(maaf,ini berdasarkan pemerhatian saya) sukarelawan yang ditugaskan menjaga 'line' gelanggang kebanyakkannya 'khayal' dan tidak tahu menahu. Tidak tentu pasal pemain sendiri yang menggalas tugasan tersebut.Mungkin di sini mereka kurang mendapatkan taklimat yang jelas almaklumlah bukan mudah untuk memahami peraturan sukan. Jadi, saya mohon pihak FSCC dapat memperbaiki aspek ini untuk acara akan datang.

                             +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berdasarkan undian, team saya perlu berentap dengan team MEDCY! Bak kata orang, siapa kena lawan dengan MEDCY memang 'habis' !. 
Bersalam-salaman sebelum perlawanan bermula
Allahuakbar! Bolehkah kami melawan mereka yang menjadi juara badminton SMAC yang lalu. Apatah lagi saya yang masih lagi 'fresh' dalam sukan ini malah dihimpit dengan masalah kesihatan. Ini semua ILLUSSION OF THINKING! 
Team MEDCY yang hebat-hebat belaka
Taktik Pyshco
Semasa perlawanan berlangsung, saya gunakan taktik silat dan muka 'physco' untuk mengelirukan pihak lawan. Pada ketika itu, pihak lawan berkerut dahi. Tidak dinafikan team MEDCY menjadi lombong emas dalam SMAC. Kami bermain 3 set. Keputusannya 1-2.  
Fasila yang menjadi 'penyelamat' bola tangkis

Kami kalah dalam 2 set terakhir.Walaupun hanya menang di set pertama sahaja, kami dapatmenyumbangkan mata buat INTECHSS dan saya sangat bersyukur dan enjoy dengan perlawanan ini. Bayangkanlah seorang yang tidak tahu strategi,freshy malah sakit kaki boleh menempuhinya walau hanya dengan satu kemenangan.

Itu semua tidak penting, paling membuatkan saya terharu adalah semangat berpasukan. Sepanjang perlawanan, sahabat-sahabat yang memasuki acara sukan yang lain, datang di dewan AMF itu untuk memberikan sokongan kepada kami. Semua sedia maklum, pelajar ICT UIA merupakan komuniti kecil kerana pelajarnya amatlah sedikit.Walaupun kalah, mereka tetap menyahut kami dengan kata-kata semangat. Itulah intipati penting dalam SMAC yang sentiasa terpahat dalam hati saya. 

" Walaupun bunga itu tiada madu, Allah Yang Maha Pengasih masih kurniakan bunga yang cantik  untuk nikmati keindahannya" 

~INTECHSS Selamanya~



Wednesday, July 4, 2012

Repeat MUET

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah... itulah ungkapan sebaiknya diucapkan selesai sahaja menduduki ujian Speaking Test MUET buat kali kedua tadi ! Ya, saya memang MUET REPEATER!
Suatu Ketika :
Pertama kali saya menduduki ujian MUET adalah pada bulan Mac yang lalu. Selepas mendapat result yang 'kurang memberansangkan', saya mula agak panik. Dengar-dengar untuk ke kuliah di main campus UIA , result MUET kena 'cantik' malah 'bersih', jika tidak nanti kena banned! . Mana tidak kalutnya, pendaftaran untuk pejalar ijazah pertama dibuka pada bulan September nanti. Lantas saya terus hubungi pihak Department of Admission&Record (ANR) berkenaan result tersebut. Staf di situ maklumkan perkara yang sama. Jika hendak ke main campus nanti result mesti kena 'cantik'. Lagi-lagi bagi sesiapa yang ambil program Medik. Result mereka kena 'tough' walaupun kuliah letakkan syarat band yang rendah. Tanpa berfikir panjang, saya terus beli nombor pin di BSN dan terus daftar online secara persendirian bagi menduduki ujian MUET sesi Julai ini.

Jika direnung semula result yang lalu, markah yang 'mencacatkan' result saya adalah bahagian LISTENING. Memang sangat teruk. Sebenarnya,semasa di dewan peperiksaan  hari tu, saya tersalah faham dengan arahan yang dinyatakan dan juga otak saya melayang dek kesejukan berjam-jam dalam dewan AMF itu. Saya pun rasa pelik, kebanyakkan sahabat-sahabat yang satu batch dapat result yang kurang menawan juga.Walaupun agak kecewa, saya pasti  semua yang berlaku ini pastinya salah satu hikmah yang Allah sampaikan.

Sebenarnya, [maaf jika sumber tidak tepat] kawan-kawan saya yang sudah berada di main campus maklumkan kepada saya, result MUET ini hanya digunakan masa nak graduate degree & waktu nak kerja nanti sahaja.  Sebabnya mereka sendiri pun belum ambil ujian MUET lagi.Aik? Kenapa staff ANR tu cakap lain pulak? Mana satu nak ikut ni? Nak ikut kawan-kawan atau orang UIA sendiri? Sedangkan berlambak lagi pelajar degree di UIA tu tak ambil MUET/result tak cantik lagi. 
Bagi saya, cukuplah kita memudahkan urusan orang lain dahulu, mana lah tahu suatu hari nanti orang lain permudahkan urusan kita. Kan?

Berbalik apa yang berlaku pada hari ini:
Bermacam-macam status Facebook sempat saya tinjau semalam, ada yang kata:

"Takutnya nak speaking test MUET esok!!!"
"Hati berdebar-debar"
"Doakan saya speaking test MUET esok ye..."
"All the best "
"Cuak lah!!"
"Dup Dap,Dup Dap"

Saya percaya majoriti calon ujian MUET termasuklah saya mengalami perkara yang sama namun tidaklah semuanya. Semasa saya dibilik kuarantin tadi, masing-masing bermuka cuak. Ada yang membelek-belek buku MUET, ada juga sedang berlatih bersendirian. Mengapa kita perlu rasa takut? Bercakap je pun! 
Saya akui, saya bukanlah penyampai yang baik lebih-lebih lagi kena bercakap dalam bahasa Inggeris. Bagi saya, ACT NATURALLY!. Bagaimana kita bercakap seharian itu, itulah speaking diri kita. Jangan hipokrit kerana ingin dapat markah yang tinggi. Bertindaklah dengan kejujuran. Bukanlah di sini saya bermaksud jika kita seorang pendiam, kita mesti jadi pendiam semasa di bilik ujian nanti. Luahkan sahaja apa kita tahu.Apa-apa pun, latihan dan rujukan perlu dibuat untuk kita mencakna lagi minda kita ni. Ok ye.  Doakan saya dan sahabat-sahabat yang lain untuk menduduki ujian bertulis pula pada 28Julai ini.All the best to all MUET candidates....




Tuesday, June 12, 2012

Perjuangan Bersama SENTRA Ta'aruf Week 2012/2013

Bismillahirrahmanirrahim,
"Kopi O...Kopi O.."
"Sentra Macho...Sentra Macho.."
"Coca Cola Seven Up..Coca Cola Seven Up.."
"Come On Sentra Don't GIVE UP!"  [sambil jatuhkan kepala]

Pastinya sahabat-sahabat SENTRA (Security & Transportation Bureau) Ta'aruf Programme 2012/2013 merindui bait-bait ayat 'cheers' di atas sebagai pengubat rindu.

Alhamdulillah setelah 2 minggu menempuhi pengalaman yang cukup manis dan berharga nilainya dan tidak dinafikan ianya cukup memenatkan! 
Pengalaman bersama SENTRA tahun ini dengan tahun lepas [klik di sini] ternyata bagaikan langit dan bumi yang cukup berbeza sekali.

Pada awalnya, saya memang agak sukar untuk menerima biro ini. Mana tidaknya, lain di minta,lain dapatnya. Apatah lagi saya dapat biro yang sekali lagi bakal 'menghitamkan kulit ini'. Tidak dinafikan juga, hati berbisik mengatakan 'SENTRA SEKARANG XBEST MACAM SENTRA DAHULU!'. Ikhlaskah saya dalam program kali ini?

Selama ini, saya pendamkan untuk dapatkan biro Publication & Protocol ataupun biro Catering. Bukan hanya 'keinginan buta' semata-mata, tetapi sebenarnya saya ada 'agenda' tersendiri untuk biro tersebut. Apakah agenda tersebut? Biarlah hati ini yang mengetahuinya.....

Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 216,
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Sepanjang kursus induksi dijalankan, saya mencuba dan terus mencuba semaikan hati saya dengan ungkapan ini:
"TERIMALAH SESUATU ITU DENGAN HIKMAH"

Bisik hati seringkali tertanya-tanya, "Agak-agaknya apa lah hikmah yang Allah nak bagi tu....ni mesti Allah nak bagi benda yang best-best ni".

Tup....tup...Taa'ruf Programme pun membuka tirainya. Sambil berdiri segak dan 'macho'nya biro saya mengenakan topi yang cukup bergaya, baju batik berwarna kuning jingga dan bertag,memahat senyuman di pagi hari. Kami sebagai 'insan pertama' tentu nya tidak sabar menanti  menyambut kehadiran adik-adik baru kami.
Tugas kami ini, bukanlah semudah yang disangka. Selain terpaksa berjemur di bawah sinaran matahari, kemahiran menyusun atur susunan parking kereta dan juga memahami kehendak ibu bapa mencabar kewibawaan kami yang selama ini hanya bergelar sebagai pelajar.


Biro yang dipimpin oleh saudara Na'im Azhari dan Nurul Nazihah Khairuddin dan juga dijaga oleh saudari Adibah daripada biro PC ini benar-benar mengukir kenangan buat famili Sentra. Rasa seronok dan gembira dikongsi bersama.

Ya! Dan benarlah janji Allah itu memang saya telahpun menemui HIKMAH tersebut dalam biro ini! Walau hanya secebis, saya yakin hikmah daripadaNya amatlah luas.


Bagi saya,paling menarik di sini ialah gaya yang selama ini saya perlakukan seperti gambar di bawah ini menjadi satu trademark dalam biro ini.
Di kesempatan ini, andai ada kata mahupun perbuatan saya tidak disenangi oleh sahabat-sahabat semua, dengan rasa rendah hati saya mohon maaf atas khilaf dan kekurangan diri saya ini sepanjang kita bersahabat.


"Ukhuwah Yang Terjalin Dek Sinaran Matahari"
~SENTRA Ta'aruf Programme 2012/2013~
 28Mei-9Jun 2012



Sunday, May 27, 2012

Taaruf Week 2012/2013

Bismillahirrahmanirrahim,
Sayu.....
Mungkin itulah ungkapan yang dapat digambarkan ketika ini. Alhamdulillah, saya terpilih buat kali kedua untuk berdiri sebarisan dengan komiti Taaruf Week bagi sesi 2012/2013 yang akan berlangsung pada 27 Mei hingga 8 Jun ini.

Namun, jauh dari sudut hati saya sayu dan sedih. Sahabat-sahabat seperjuangan yang dahulunya bersama dalam program Taaruf Week 2011/2012,tiada lagi menemani disisi. Tambah lagi, kebanyakan komiti terdiri daripada pelajar-pelajar 1st year. 
Tiadanya Amirah,penolong ketua biro PC yang tegas, tiadanya Ruru yang sentiasa menyebut "kowie!!!",tiadanya Aishah Faridah yang rajin ke hulu hilir, tiadanya Aishah Mahmud yang sempoi, tiadanya sahabat pengubat kesepian,Shifa yang happening....(shifa...ly sedih shifa xde...)

Apakah ini satu ujian buatku? Apa niatku selama ini?
Saya terpetik kata-kata seorang sahabat di sini,Na'im Azhari:


" nak tengok ikhlas ke tak diri ni bila join sesuatu program, senang je.. bilamana kita sanggup korbankan wang, tak kesah berabes duet untuk prog tu, tak fikir brape banyak 'ganjaran' yang akan dapat, sanggup korbankan waktu rehat & waktu cuti di rumah, sanggup abeskan masa untuk travel, sanggup korbankan segala2nya utk menjayakan prog tu, ikhlas la kita.. yang penting skali niat buat sume tu kerana Allah =)


#peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2, terutamanya Taaruf Week Committee Members, semoga Allah ikhlaskan hati kita sume, insya Allah =) "


Syukur Allah masih mengurniakan sahabat peneman sepi yang membakar semangatku - Nafisah,Amirah Hasni dan Nazihah untuk melawan kesayuan ini. 

Atas permintaan sahabat-sahabat di Facebook,saya sempat membuat banner grup di facebook dan juga profile picture untuk dikongsikan bersama sahabat komiti yang lain. Harapannya semoga ianya dapat membangkitkan semangat seperti tawe yang dahulu.... :')
Banner Group Taaruf Week Committee

Default Picture Facebook

Saturday, May 26, 2012

Fahami LYNAS

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, pagi tadi saya bersama keluarga berkesempatan menghadiri ceramah mengenai LYNAS-Bicara Pakar Nadir Bumi anjuran KPT yang berlangsung di UTHM.

Sebelum ini saya tidak banyak mengikuti perkembangan mengenai isu LYNAS ini. Apa yang saya tahu lebih kurang 3 bulan lalu, wujudnya Himpunan Hijau dek membantah pembinaan kilang LYNAS yang berada di Kuantan yang boleh membahayakan kesihatan dan keselataman penduduk Malaysia. 

Sebenarnya, terlampau banyak 'fatwa-fatwa' yang mengatakan LYNAS ini amatlah merbahaya. Sepanjang sesi ceramah tersebut, ianya sedikit sebanyak membuka mata dan minda saya melihat sejauh mana keberkesanan LYNAS ini yang selama ini saya berfikrah LYNAS MEMANG BAHAYA! 
Saya suka dengan sikap penceramah,Prof Badrul Hisyam daripada Universiti Malaysia Pahang yang berkongsi ilmu tanpa mengira latar belakang ataupun tidak meletakkan unsur politik dalam ceramahnya.

Jom, di sini saya kongsikan info ringkas yang mudah difahami mengenai LYNAS. Saya harap pembaca fahami dulu dan celik tentang objektif dan impak penubuhan LYNAS ini. Malas lah nak tulis panjang-panjang.
1.Apa itu LYNAS?
Merupakan kilang pengeluaran nadir bumi yang terletak di GebengKuantanPahang. Kilang ini milik syarikat Australia.

2.Kenapa pilih Malaysia sebagai lokasi kilang?
Sebab kedudukan Malaysia yang ada kat Kuantan tu sangat strategik. Mereka (Australians) percaya kat Malaysia ramai rakyat memerlukan pekerjaan.

3.Apa pula dikatakan nadir bumi tu?
Nadir bumi adalah sejenis bahan kimia. Biasanya bahan ini diaplikasikan dalam pembuatan pelbagai barang. Antaranya seperti barang elektronik,kenderaan,bahan gunaan harian dan sebagainya.

4.Penting ke nadir bumi ini?
Penting, kalau x alat seperti televisyen, IPhone, dan handphone anda tidak akan berfungsi :-D

5.Selain LYNAS (Australia), negara mana yang ada sumber nadir bumi ni?
Negara yang banyak sumber kimia ini ialah China. Kat Malaysia hanya dalam 0.03% sahaja.

6.Kenapa isu LYNAS ini dibangkitkan?
Adanya aduan mengatakan projek LYNAS ini menghasilkan bahan kimia yang merbahaya kepada penduduk disekelilingnya. Terutamanya kesan pembiasan radiasi.

7.Betul ke Projek LYNAS ini memang bahaya?
Impaknya tidak besar. Kerana LYNAS bukan NUCLEAR POWER PLANT BUT TYPICAL CHEMICAL PLANTIroninya, bahan nadir bumi ini digambarkan sebagai 4kg paket tepung. Kemudian anda hirup menggunakan hidup dan ianya akan menyebabkan kanser untuk 20-30 tahun akan datang. Adakah kita sanggup menghirup tepung?  -kajian saintifik

8.Betul ke Projek LYNAS ini menghasilkan radiasi yang tinggi?
Pengguna Iphone/Smartphone yang lebih berpotensi mendapat kesan radiasi tinggi.
Berdasarkan RIA, kajian keselamatan dan kesihatan telahpun dijalankan di LYNAS ini. Tiada laporan lagi mengatakan manusia mati disebabkan radiasi.

9.Apa faedahnya LYNAS terhadap Malaysia? 
Menyemak je? Tidak. 
Ianya memberi peluang pekerjaan tetap kepada rakyat iaitu hanya sebanyak 350 kekosongan. Dalam masa yang sama, ia dijadikan pusat penyelidikan disamping membantu dalam meningkatkan kemahiran dalam industri kimia dan menumbuhkan lagi ekonomi Malaysia.

10.Siapa yang boleh isi jawatan dalam LYNAS ini? Gaji sebulan berapa?
Mereka yang layak dengan syarat-syaratnya. Gaji dalam RM4000 ke atas.

11.Adakah projek LYNAS ini diteruskan?
Ya.

Segala fakta dan maklumat di atas merupakan catatan ringkas saya dalam ceramah tersebut. Sekiranya terdapatnya kekurangan/kecacatan fakta,mohon dapat diperbetulkan. Post ini ditujukan buat sahabat-sabahat UIA yang bakal menjejak kaki ke kampus UIA Kuantan dan juga penduduk di sana. Saya harap ianya serba sedikit dapat membuka minda anda. Saya bukanlah pelajar jurusan Kimia. Jika anda kurang yakin dengan info saya ini, anda boleh rujuk maklumat sains yang lebih tepat dan terperinci. :-)

Ketuk-Ketuk Hati:
Janganlah dikaitkan sepenuhnya isu LYNAS dengan politik dan kelemahan undang-undang Malaysia. Berfikrahlah secara kehadapan dan tidak meletakkan satu sudut sahaja. Jika ianya dikatakan agenda satu pihak untuk menang, ubahlah pandangan. Yang benar tetap benar. LYNAS bukanlah agen politik.






Wednesday, May 23, 2012

Debat PTPTN

Bismillahirrahmanirrahim,
Pastinya jutaan mahasiswa-mahasiswa seluruh Malaysia semalam menyaksikan perdebatan hebat antara Ketua Pemuda UMNO,YB Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli mengenai isu pemansuhan PTPTN dan hala tuju pendidikan tinggi baik bersiaran di ASTRO Awani mahupun dicorong radio dan juga dilaman sesawang Youtube.
Di akhir perdebatan tersebut,tiadanya adengan penonton yang 'angkat kerusi' , ini bermakna rakyat sudah matang dan bertamadun dalam menilai dan menerima sesuatu itu. Yeke?
Tepat pada jam 10 malam tadi, muka saya sudah pun terpampang di hadapan televisyen sambil membawa nota dan pen untuk disalin segala isi yang dapat dikongsikan bersama.

Jika dilihat dalam debat ini,kedua-dua pedebat dilabelkan sebagai 'Akauntan', kebanyakan hujah yang dikeutarakan bersangkut paut pada ekonomi negara. Seperti maklum, negara berhadapan dengan hutang yang banyak oleh pelajar yang masih belum melunaskan hutang ptptn . . .
Namun, apa yang lebih mengelirukan adalah, kedua-dua pedebat ini,masing-masing mengeluarkan angka yang berbeza. Di pihak Rafizi, keluarnya nombor 0 manakala dipihak Khairy pula bernombor 1. Yang mana satu yang sebetulnya? Bukankah ianya mengelirukan rakyat?

Antara ungkapan yang saya dapat kongsikan di sini:
Rafizi -
*"Nk seribu daya,xnak seribu dalih"
*"kalau ragu2 dgn kemampuan nk hapuskan PTPTN ini, tunjukkan bagaimana nk berhadapan dgn hutang2 pelajar ni"

Khairy -
*"jgn buat perbandingan antara Apple dengan Rambutan"
*"Jika dikatakan KEADILAN, hapuskan semua pinjaman PTPTN,MARA dan sbgainya"
*pelajar haruslah buat pelaburan 20% untuk pelajaran demi mendapatkan masa hadapan yang cerah"

Ketuk-Ketuk Hati:
Bukan mahu menjadi pro mana-mana parti, bagi saya buatlah langkah yang pragmatik,realistik dan konkrit tentang masa hadapan pelajar ini dan bagi saya pendidikan percuma tidak relevan dgn MENTALITI pelajar sekarang, cukuplah setakat ni hapuskan cukai ptptn tu dulu

Benarkah DEBAT PTPTN tu semata-mata nak menunjukkan kematangan seseorang sebagai calon kerusi menjelang PRU 13 nanti?
~Berdebatlah untuk mencari KEBENARAN bukannya KEMENANGAN, orait?~