Post Terbaharu :

Friday, October 25, 2013

Terlanggar

Bismillahirrahmanirrahim,

Kisah Hari Ini...


"...Tadi pagi nak pergi kelas Tutor, tup...tup kelas cancel 




Pagi tadi juga tak sempatlah nak berserapan, maka perut pun berkocak-kocak kelaparan.
Tersinggahlah di Cafe Babush. Time nak parking basikal di ruangan yang sempit dan crowded itu, terlanggar sebuah motor yang dipercayai milik seorang lelaki.



'ktuk...ktuk...ktuk', bunyi benda terjatuh.
Allah....cermin motor tu tertanggal. Merah biru mukaku waktu itu. Orang disekeliling melihatku seakan-akan diriku seorang penjenayah!
Panik masa memasangkan cermin itu semula. Dahlah diri ni xreti bab2 motor. Cuba punyalah cuba tapi xberjaya juga nak pasang kepala cermin motor itu.

Dengan rasa rendah hati...saya menulis memo dan berikan no phone kepada pemilik motor untuk memohon maaf. Sejurus lepas tu, saya 'larikan diri' & pecut balik ke Mahallah kerana sudah fobia. 

--------------------------------

Sedih rasanya sampai xde mood nak makan. 
Tiba-tiba dapat mesej berbunyi, "Ok xpe, maaf diterima (owner motor)".
Ya Allah...Alhamdulillah..wa syukurillah!!! Terus semangat nak makan....."

Berkat hari jumaat. Mudah je kan? Mohon maaf xakan merubah masa lalu tapi dapat mengubah masa hadapan. Semoga Allah merahmati pemilik motor itu.

Huhuhu

Friday, October 11, 2013

Kembang Kecut Kembang

Bismillahirrahmanirrahim,
Tadi pergi area centre tersempak classmate lama. 
Dia kata, "Eh, kenapa Lily semakin 'comel' ni?"

Comel tu bukan sebab apa. Sebab sudah kembali 'berisi'. :-(
Kawan lagi sorang tu menyapa, "Dulu waktu Lily susut, kurus betul! Ni semua lepas Lily berhenti diet kan" 

Haha...memang betul pun. Saya sudah kembali berisi. Cuti semester hari tu membuatkan berat saya naik 8kg! Patutlah sem ni rasa 'berat', pemalas dan self demotivated.
Rindu rasanya zaman diet dulu tu. Masa tu kita lebih banyak menghargai nikmat kesihatan, dapat kawal nafsu, dapat save duit dan suatu masa tu kita boleh merenung 'kesusahan' orang lain.
~Zaman kecut, sem 2 tahun pertama~

Hmm...sem ni saya dah mula berdiet. Tapi masih tak berapa nak berjaya. Mungkin banyak faktor luaran. Boleh ke nak teruskan ni? Rasa macam menyesal tak jaga mind setting awal -awal sem haritu. Sia-sia saya bersusah penat berdiet dulu tu. For things to change, I must changes first!.

"...Berhentilah menyesali apa yg telah terjadi. 
Kegagalan hanya sebuah pelajaran 
yang menghiasi perjalananmu menuju kejayaan hari ini...."

~Rasanya zaman CFS lagi chubby~




Thursday, October 10, 2013

Projek B 2.0

Bismillahirrahmanirrahim,
Projek B='Projek Biru'. 
Saya rakamkan sekitar pemandangan 
di Mahallah Aminah UIAM Gombak masa nak pergi Cafe haritu. 
Saya tak tahu sangat kat area mana hotspot untuk tangkap gambar di Mahallah ni.
Projek ini lebih banyak fokuskan langit biru. 
Tekniknya menggunakan shutterspeed,iso,aperture, hdr & saturation.






Bila renung ke langit, kita tahu itu Langit Ilahi

Wednesday, October 9, 2013

Perempuan Meng'imam'kan Doa?

Bismillahirrahmanirrahim,
Status FB saya minggu lepas, mungkin isu ini agak 'remeh temeh'. 

Bagi saya ini isu sensitif.Di manakah kedudukan manusia yang berlainan gender ini?
Masih ingat lagi kisah Aminah Wadut yang mengimamkan solat jemaah suatu ketika dahulu? Islam semakin liberal kot!

====================================================
Teringat lagi kisah ketika di zaman persekolahan dahulu. Saya merupakan seorang pengawas sekolah. Kebiasaannya di awal pagi sebelum mulakan pelajaran dalam kelas, semua pelajar diminta beratur di luar kelas untuk membaca  Asma Husna dan doa manakala para pengawas sekolah diminta untuk memerhati dan 'menjaga' kelas-kelas yang ditugaskan. Memandangkan saya merupakan penolong ketua pengawas ketika itu (bukan nak bangga :-P), kerja saya agak sedikit 'bebas'. Saya bebas menjaga di mana-mana sahaja. 

Pada suatu hari tu, saya pergi ke bilik Multimedia untuk melihat proses bacaan doa yang biasanya diwakili oleh pengawas lelaki. Masa tu, saya pelik tiada seorang pengawas lelaki pun yang ke bilik itu. Masa pun semakin suntuk. Pelajar-pelajar sudah beratur dan menunggu di luar kelas. Last-last, saya yang tolong 'mengimamkan' bacaan doa tersebut melalui mikrofon sekolah. Pastinya warga sekolah hairan pada masa itu. Suara bacaan lelaki selama ini tiba-tiba bertukar menjadi suara perempuan yang merdu!

Selepas itu, salah seorang guru disiplin sekolah memburu ku! Allah2x! Saya ada buat salah ke? Apa yang patut ku buat ni? Masa tu saya cuba 'melarikan diri'. Akhirnya 'tertangkap' jua dengan guru disiplin. Saya yang pergi 'menyerahkan diri'. 
Guru tersebut bertanya, 
"Awak ke yang baca doa tadi?"

Dengan nada yang ketakutan saya pun menjawab, 
"Minta maaf cikgu, saya yang baca doa tadi..."

Lalu,cikgu pun membalas,
"Mana budak lelaki ni?! Dah pupus ke apa?!...Nasib lah awak ada..."

Sayangnya ....lelaki masa tu masih belum dididik dengan rasa tanggungjawab pada awal usia. Fakta tipikal sekarang ini, "Lelaki hanya matang mejelang umur 30-an". Mungkinkah inilah yang dikatakn 'Dunia Nak Kiamat?'. 

Dikau boleh berdiri macho di hadapan sang kekasihmu, tapi disuruh bab2 imam ni tak kan rebah? Bak lirik lagu Terhangat Di Pasaran nanyian KRU&Adam AF2,
"Ramai lelaki mengaku macho...tapi hancur..."

Bangkitlah wahai para mujahidin, engkau bakal pengemudi bahtera ini. 
Kami pendukung setiamu. Engkau harapan kami. 
Sampai bila mahu duduk berdiam diri?

By the way, tak semua pun lelaki macam ini, cuma mungkin masih ada lagi tidur lena  dari  melihat hidup ini yang tidak berkesudahan dengan mehna tribulasi ini. JUST KEEP CALM & BE GENTLE LA BRO...

=============================================
Respon daripada Kak Mas, senior ICT mencantas persoalan 'Di manakah hala tujunya sang lelaki nanti atas dasar tanggungjawabnya?' di akhir katanya.

 

P/S: tak sangka pulak, status ku tu kena troll jugak dalam IIUM Online XD



Sunday, October 6, 2013

Bengkel Adobe Photoshop

Bismillahirrahmanirrahim,
Ahad yang lepas(30September 2013), saya sempat menghadirkan diri dalam Bengkel Adobe Photoshop anjuran Kelab Pembina UIAM yang diadakan di bagunan Kuliyyah Engineering. Bengkel ini dikendali oleh 2 orang pelajar ICT (bangganya :-D) iaitu Kak Aisyah Hijazi dan Abang Hafizi.
Seorang senior menegur saya, 
"Eh awak datang jugak ke, bukan dah expert ke...? Mesti nanti bosan je kan" 

Huhu saya pun membalas, 
"MasyaAllah, Ishh xdela bang, byk sgt bnda saya kna belajar walau dari basic sklipun..."

Memang bengkel ini dikhususkan untuk tahap 'beginner' & 'intemediate'. Saya sendiri tak merasakan saya dalam kategori 'expert' mahupun professional. Selama ini dalam karya saya pun banyak 'ciplak' idea orang lain dan kebanyakkannya saya suka guna 'jalan pintas' tanpa melalui proses 'basic' untuk buat proses editting. Jadi, apa salahnya saya bermula dari bawah. Tambah-tambah lagi, sesiapa join bengkel ini dapat sijil & star point! 
Part yang paling best, ada sesi belajar mewarna!
Nampak macam aktiviti budak-budak je kan? 
Tapi suatu hari nanti pasti ada manfaatnya lebih-lebih  kalau nak buat doodle dakwah. 
Orang-orang sekarang suka je kartun martun ni.
Haa...yang ini saya gali-gali lukisan yang saya ada. Saje saje nak cuba mewarna.
Rasanya nanti saya plan nak buat kartun doodle. 
Mungkin nak kembangkan bakat dan business.

So far, alhamdulillah banyak juga mutiara saya dapat kutip dalam program ini. :-D

-Sama macam dalam hidup ini jugak, kita perasan 'sudah bagus', 
padahal benda basic kt skeliling pun kita ambil ringan je-



Kad Jemputan Dinner SRC Carnival

Bismillahirrahmanirrahim,
Agak-agaknya ada bakat x nak buat kad kahwin nanti?
Tapi sayangnya...saya dijemput untuk menghadiri dinner itu 
tetapi saya sendiri yang menolaknya mentah-mentah 
sebab saya memang tak suka apa-apa grand dinner. Maaf sangat2.
Lagi-lagi tengah diet ni. :-P