Bismillahirrahmanirrahim,
Status FB saya minggu lepas, mungkin isu ini agak 'remeh temeh'.
Bagi saya ini isu sensitif.Di manakah kedudukan manusia yang berlainan gender ini?
Masih ingat lagi kisah Aminah Wadut yang mengimamkan solat jemaah suatu ketika dahulu? Islam semakin liberal kot!
====================================================
Teringat lagi kisah ketika di zaman persekolahan dahulu. Saya merupakan seorang pengawas sekolah. Kebiasaannya di awal pagi sebelum mulakan pelajaran dalam kelas, semua pelajar diminta beratur di luar kelas untuk membaca Asma Husna dan doa manakala para pengawas sekolah diminta untuk memerhati dan 'menjaga' kelas-kelas yang ditugaskan. Memandangkan saya merupakan penolong ketua pengawas ketika itu (bukan nak bangga :-P), kerja saya agak sedikit 'bebas'. Saya bebas menjaga di mana-mana sahaja.
Pada suatu hari tu, saya pergi ke bilik Multimedia untuk melihat proses bacaan doa yang biasanya diwakili oleh pengawas lelaki. Masa tu, saya pelik tiada seorang pengawas lelaki pun yang ke bilik itu. Masa pun semakin suntuk. Pelajar-pelajar sudah beratur dan menunggu di luar kelas. Last-last, saya yang tolong 'mengimamkan' bacaan doa tersebut melalui mikrofon sekolah. Pastinya warga sekolah hairan pada masa itu. Suara bacaan lelaki selama ini tiba-tiba bertukar menjadi suara perempuan yang merdu!
Selepas itu, salah seorang guru disiplin sekolah memburu ku! Allah2x! Saya ada buat salah ke? Apa yang patut ku buat ni? Masa tu saya cuba 'melarikan diri'. Akhirnya 'tertangkap' jua dengan guru disiplin. Saya yang pergi 'menyerahkan diri'.
Guru tersebut bertanya,
"Awak ke yang baca doa tadi?"
Dengan nada yang ketakutan saya pun menjawab,
"Minta maaf cikgu, saya yang baca doa tadi..."
Lalu,cikgu pun membalas,
"Mana budak lelaki ni?! Dah pupus ke apa?!...Nasib lah awak ada..."
Sayangnya ....lelaki masa tu masih belum dididik dengan rasa tanggungjawab pada awal usia. Fakta tipikal sekarang ini, "Lelaki hanya matang mejelang umur 30-an". Mungkinkah inilah yang dikatakn 'Dunia Nak Kiamat?'.
Dikau boleh berdiri macho di hadapan sang kekasihmu, tapi disuruh bab2 imam ni tak kan rebah? Bak lirik lagu Terhangat Di Pasaran nanyian KRU&Adam AF2,
"Ramai lelaki mengaku macho...tapi hancur..."
Bangkitlah wahai para mujahidin, engkau bakal pengemudi bahtera ini.
Kami pendukung setiamu. Engkau harapan kami.
Sampai bila mahu duduk berdiam diri?
By the way, tak semua pun lelaki macam ini, cuma mungkin masih ada lagi tidur lena dari melihat hidup ini yang tidak berkesudahan dengan mehna tribulasi ini. JUST KEEP CALM & BE GENTLE LA BRO...
=============================================
Respon daripada Kak Mas, senior ICT mencantas persoalan 'Di manakah hala tujunya sang lelaki nanti atas dasar tanggungjawabnya?' di akhir katanya.
P/S: tak sangka pulak, status ku tu kena troll jugak dalam IIUM Online XD
0 Perkongsian:
Post a Comment