Post Terbaharu :

Monday, October 28, 2013

Bermain Squash Di Hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahim,

Memandangkan bumi UIA Gombak sentiasa dibasahi hujan di waktu petang, tak dapatlah saya nak berjogging. Minggu ini amat memeningkan saya. Banyak kuiz dan mid term exam yang belum selesai. Tak kan asyik nak memerah otak dan duduk sahaja dalam bilik kan?
Jadi saya nekad untuk bakar kalori dengan bermain squash di Female Sport Complex pada hari Sabtu dan Ahad.

Keadaan cuaca pada waktu itu tak berapa baik. Kilat sabung menyabung. Langit mendung kegelapan. Main squash ni senang, sebab tiada partner untuk menemani kita pun takpe. Kita cuma perlukan dinding. Sebab itulah saya suka. Cuma kos dari segi peralatan itu agak mahal sikit dan tempat untuk bermain pun agak terhad.
Harga sebatang raket pun dalam range RM90-RM150. Itupun cap biasa-biasa. Bolanya berharga RM9-10. Alhamdulillah, saya dapat beli dengan harga yang murah di laman Mudah.my semester lepas. Muna yang tolong belikan. Bolanya boleh cari di Jusco atau Aeon Big.
Ni masa bermain squash dengan Ed sem lepas.

Bagi sesiapa yang baru pertama kali bermain sukan ini, memang agak sukar untuk bermain walaupun tampak  mudah. Kita kena 'jaga' kelajuan bola yang melantun. Mula-mula tu juga, saya agak segan nak bermain. Orang yang ada disekeliling melihat saya yang tak pandai bermain ini. Tapi lama kelamaan saya rasa semakin selesa.

Apa yang saya dapat melalui sukan ini, selain daripada dapat bakar kalori dalam 300-500cal (untuk 1jam) ianya juga mengajar kita erti 'istiqamah'. Bila kita melantunkan bola, kita kena tahu arah pergerakannya dan kita kena tahu sekuat mana kita lontar bola tersebut. Kalau tak mahu bola itu asyik terlepas, lontar bola itu dengan kelajuan yang konsisten (ni yang untuk bermain secara single).

Sama juga dalam kehidupan seharian kita. Setiap amal yang kita kerjakan, hendaklah beristiqamah. Jangan hangat-hangat taik ayam. (peringatan buatku).

"Amal yang paling disukai Allah adalah 
amal yang dilakukan secara istiqamah  walaupun sedikit"

~Riwayat Bukhari Muslim drpd Aisyah~










0 Perkongsian:

Post a Comment