Post Terbaharu :

Sunday, October 6, 2013

Bengkel Adobe Photoshop

Bismillahirrahmanirrahim,
Ahad yang lepas(30September 2013), saya sempat menghadirkan diri dalam Bengkel Adobe Photoshop anjuran Kelab Pembina UIAM yang diadakan di bagunan Kuliyyah Engineering. Bengkel ini dikendali oleh 2 orang pelajar ICT (bangganya :-D) iaitu Kak Aisyah Hijazi dan Abang Hafizi.
Seorang senior menegur saya, 
"Eh awak datang jugak ke, bukan dah expert ke...? Mesti nanti bosan je kan" 

Huhu saya pun membalas, 
"MasyaAllah, Ishh xdela bang, byk sgt bnda saya kna belajar walau dari basic sklipun..."

Memang bengkel ini dikhususkan untuk tahap 'beginner' & 'intemediate'. Saya sendiri tak merasakan saya dalam kategori 'expert' mahupun professional. Selama ini dalam karya saya pun banyak 'ciplak' idea orang lain dan kebanyakkannya saya suka guna 'jalan pintas' tanpa melalui proses 'basic' untuk buat proses editting. Jadi, apa salahnya saya bermula dari bawah. Tambah-tambah lagi, sesiapa join bengkel ini dapat sijil & star point! 
Part yang paling best, ada sesi belajar mewarna!
Nampak macam aktiviti budak-budak je kan? 
Tapi suatu hari nanti pasti ada manfaatnya lebih-lebih  kalau nak buat doodle dakwah. 
Orang-orang sekarang suka je kartun martun ni.
Haa...yang ini saya gali-gali lukisan yang saya ada. Saje saje nak cuba mewarna.
Rasanya nanti saya plan nak buat kartun doodle. 
Mungkin nak kembangkan bakat dan business.

So far, alhamdulillah banyak juga mutiara saya dapat kutip dalam program ini. :-D

-Sama macam dalam hidup ini jugak, kita perasan 'sudah bagus', 
padahal benda basic kt skeliling pun kita ambil ringan je-



0 Perkongsian:

Post a Comment